Skip to main content

HappyVday Vecember

Noona HQ

Sedap pula bulan December tukar jadi Vecember. Macam mana boleh keluar Vecember ni? Sebab sebab sebab V (Kim Tae Hyung kumpulan BTS) dia dilahirkan pada bulan December iaitu 30hb December. Maka jadilah Vecember. Kenapa noona macam beria cerita tentang V ni? What the what the?

Noona nak meroyan nak cakap noona dah jatuh cinta dengan V lagi dan lagi jatuh cinta dengar lagu cover yang V buat. Bukan takat nyanyi je, dia kasi MV sekali tau. Katanya tanda penghargaan dan ucapan terima kasih kepada peminat sebab kasi dia hadiah, wish dia. Tak cukup tu masa hari jadi V. Peminat sudah kasi trending itu hashtag #HappyVday la..havoc uuoolll...

Meh melting sesama dengar suara V yang sangat awesome...The unique voice ever!

Happy Birthday V. Thank you! Kamsahamnida!



Ni lagi satu kes buat hati noona jumping2. Sebab budak ni suka buat muka ntah pape macam kat gambar bawah ni...Aigooo

Saya cute kan Noona?
Sleep Fashion 
Noona B

Hi semua orang...*Tarik nafas dalam-dalam....dalam-dalam lagiiii....hembussss*
Ok, dah tenang..sikit.Haha...
Langkah berjaga-jaga sebab saya dengan taehyung..saya..sayaa....ok fine..ngaku jerr
ULTIMATE BIAS AKU ADALAH TAEHYUNG..BIASS GLER OK. there I said it already..

Baiklah..Mari meroyan sempena birthday Taehyung semalam.
Firstly, Vecember adalah nama salah satu fansite Taehyung..Klik sini https://twitter.com/vecember1230
And aku rasa masternim sangat bijak kasi nama nie.

Setelah perbincangan dibuat, hashtag #HappyVday dipilih untuk birthday Taehyung. And it trend worldwide & trending di 6 negara OK. Including Malaysia jugak.


Trending worlwide yo!
Noona pun ada la jugak menyumbang kepada beberapa tweet guna hashtag tersebut.
Dan sudah menjadi tradisi Bangtan untuk keluarkan gambar-gambar derp masa birthday member diorang. Tu yang ada gambar Taehyung terselit kat kerusi tu dengan aksi tidur atas kerusi.
Nie kat bawah gambar yang diorang post.


Untuk makluman, Visual No 2 dalam Bangtan lepas Jin,
Taehyung pun tweet la cakap terima kasih atas mention & ucapan semua kan.
Pastu dia kata dia nak kasi gift pada ARMY, tu yang dia release cover Adele tersebut.

Dia ada kasi hint, tapi xde sape perasan..haha
Lepas tengok MV tersebut, dalam hati dah cakap mesti pasti confirm MV nie idea si Taehyung.
Rupanya memang idea dia, director dia. Rakam dalam 16 minit, kat lorong belakang dorm diorang.
Aku pasti jugak dia mesti tahan nak gelak je sepanjang MV tu.

Suara dia...suara dia....Arghhhh


Walaupun Engrish sangat kuat disitu (memandangkan level English dia adalah turn up! shit down...noizy...noizy..very..very noizy) kira ok la English dia.Comel what?.
Yang penting adalah suara dia yang sangat deep, sedalam lautan Pacifik dan mendatangkan rasa macam sedih gler, desperate. Memang T__T
Urgh..sekali lagi Taehyung ingatkan aku pada Jaejoong.

BigHit pulak releasekan gambar dia yang tak pernah keluar sebelum nie.





Kalau ada manusia kata nie tak comel, aku tak tau la.
Jadi, apa yang aku buat sempena birthday Taehyung?
Ini sesuatu yang luar biasa sebab aku tak bersungguh pun sambut birthday sendiri, inikan pulak birthday orang lain. Inikan pulak birthday orang yang tak tahu pun aku wujud kat dunia nie *ohh..story of a fangirl*.

Rakam video lukis nie untuk Taehyung. Serabai je tapi it's a big deal untuk aku sebab aku tak pandai melukis ok
In short, aku tak sangka menyambut birthday orang lain akan jadi sangat best macam nie.
Thank you for everything BTS.
Taehyung, kemungkinan besar hang tak jumpa pun post nie, apatah lagi faham apa aku taip,
but I want to wish you Happy Birthday, be healthy, keep smiling, show us more of your beautiful voice and be happy!!
And untuk kali yang ke-108..love ya!!

Noona A

Omo...omo..omo.. noona A tertinggal tren. Terharunyaaa melihat kegigihan rakan-rakan sekalian. Tahniah kepada noona HQ dan noona B kerana masih ada semangat juang dan spirit Kpop yang masih tinggi dalam diri. heheee..

Patutlah masa kat Saigon noona B kemain marah tak dapat nak tweet. Sebab tu ke? Tak dapat nak ber-vecember sekali. ahaks~

Kepada Tae-Hyung dongsaeng...Saengil Chukahae. Jangan notti-notti buat hati noona B & noona HQ flutter sangat. Kesian mereka.


Comments