Skip to main content

Posts

Showing posts with the label fanaccount

2024 Redmi Iconic Fan Meet with Bambam

  Pavilion Kuala Lumpur  on  July 13, 2024 ! Hi..hi..hi. Hello semua. Maafkan kelambatan berkongsi catatan ini. Masa hari kejadian, sis acah nak live tweet masa event, tapi as usual..takdan. So here it is. Iconic Fan Meet Bambam ni kira k-event yang pertama after a looong time. Also winning a contest after a long time. Rasanya few times gak retweet kontes ni dalam twitter dengan hashtag #konteskpop (follow hashtag ni untuk kontes-kontes Korea yang lain). Lepas tu baru terfikir nak baca T&C. Kebetulan memang baru beli phone Mi. Maka layak masuk lucky draw, so just isi form saja settle. Ditakdirkan ada rezeki menang tiket alhamdulliah. Disebabkan sis dulu luar daerah, kena adjust schedule seminggu sebab nak fit the weekends kat KL. Fanmeet di Pavilion, maka berkali-kalilah tengok map nak decide stesen mana nak turut. Walaupun dah berkereta, public transport kenalah guna seperti zaman student dulu supaya jimat kos. Canggih noh MRT,LRT, ERL kita sekarang. Turun je stesen ...

[1906222] Fan Account Monsta X Here We Are World Tour Live in Malaysia

[Fan Account] The Legend Meet & Greet in Malaysia

5 Mac 2016 yang lepas, Noona sempat datang ke Meet & Greet  The Legend yang diadakan di Avenue K yang terletak depan KLCC. Selepas selesai majlis kahwin kawan di PJ (fuhh..boleh agak dah umur Noona berapa agaknya), kami bergegas ke sini. Parking full di Avenue K maka kita berparking di LGM atau nama sebenar, Lembaga Getah Malaysia. Dari pintu masuk ke tempat Meet & Greet ni dekat je sebab diadakan ditengah-tengah bangunan sempena Avenue K Asian Festival. Pukul 3 petang kami sampai, dah penuh media dan fans depan stage. Tapi oklah fans The Legend atau dikenali sebagai Herose ni tenang aje duduk bersila. Dalam pukul 3.30 petang opening show dibuat oleh kumpulan Project Pistol, iaitu rock band Malaysia. Apa, tak pernah dengar pun band ni? Takpe, korang mesti pernah dengar lagu Wanita Seluruh Dunia kan? Selepas 3 lagu tak silap, MC kasi peluang kepada media ( yang duduk bersila je kat bawah, I tot organizer kasi kerusi plastik ke kan) untuk tanya beberapa ...

[Fan Account] : CNBLUE The Class in Malaysia

CNBLUE datang Malaysia wot wot wot...Masuk ini dah 4 kali diorang datang Malaysia berdasarkan daya ingatan minuman susu fernleaf aku la. Sejak menang favorite artist pilihan Malaysia di Golden Disk Award 2013. Diaorang keep datang Malaysia. Dah dua kali pulang berhari raya di Malaysia. Maksud aku, time concert diorang jatuh time hari raya 2013 dan 2014. Tahun ini datang bukan hari raya tapi time puasa. Merasa la CNBLUE puasa yangyok kat Malaysia.  Noona HQ whatapps Noona B Noona HQ : Nanti tengok insta..surprise Noona B : Poyo tak nak bagitau pi airport..hahaha Noona HQ : Macam ni cerita dia. Aku cakap ngn roomate aku. Nak pergi ke menjemput CNBLUE. Dia cakap dia teringin nak pergi (my roomate is newbie on this world. Rasa serba salah mengajar dia bukan2) Aku cakap macam tak sempat sebab ada buka puasa dengan Sultan Selangor. Kita pergi time nak hantar pulang jela Kitaorag pun dgn normal buka puasa. Lepas itu tengah nak tunggu solat isyak dia cakap sempat tak nk pe...

[Fan Account] 150613-150614 VIXX in Malaysia KPOP World Festival

Assalamualaikum, Seperti tajuk di atas dan rant aku yang tak kebah-kebah dari VIXX. Sehingga dan ketika ini aku masih melihat video dan artikel VIXX. Aku tahu kewujudan VIXX tapi I'm not into them until aku jumpa tengok diorang depan mata. Oh maiii... 150613 Selepas baca fan project untuk menjemput VIXX di airport. Aku dalam dilema keselamatan untuk menjemput kerana kegagalan melihat BTS di airport hari itu. Takpelah. Kito coba yaaaa. Di sebabkan tengah bulan. Nak drive ke KLIA agak dua tiga kali juga aku pikior sebab minyak, tol dan parking. Memandangkan aku sorang je tak berbaloi. Cara jimat ke KLIA : 1. Park kereta dekat Putrajaya Sentral. RM 4 je 2. Naik KLIA transit dari Putrajaya ke KLIA. Kalau ada kad siswa RM 4.30 je. Aku sampai lebih kurang pukul 3.20 petang. Kelihatan fan VIXX iaitu Starlight telah bersemangat dengan sepanduk mereka dan practice bait kata-kata kepada VIXX. Masa ini confuse juga nak tunggu tingkat 3 atau tingkat 5. Lebih kurang p...

[Fan Account] The Red Bullet in Malaysia 2015 #TRBinMY #BTSinMY

Noona B and Noona HQ merupakan peminat tegar lagi cair dengan BTS. Makanya, kami merancang untuk sentiasa mengikut perkembangan mereka bila mereka di Malaysia sempena TRB. Dari datang airport, hello session, time concert dan hantar pulang ke airport. Noona gigih kali ini. #kembarabangtan [Peringatan : Fan account ini super panjang, tapi best] Mari bercerita dari KEDATANGAN BTS di KLIA 1. Noona HQ dan Noona B bergerak ke airport lepas kerja. Kami yang masih noobs dengan persekitaran KLIA. Dengan lurusnya kami menunggu kedatangan mereka di kawasan balai ketibaan yang selalu orang sampai itu. Sebab kami yakin BTS akan keluar area kami setelah melihat kamera diseluar (DSLR) Masternim yang kedengaran bercakap Korea dan Jepun. Tiba-tiba ada seorang fan menyapa kami bertanya gate mana yang diorang keluar. Kami penuh blur bertanya balik kepada fan tersebut, 'Ada gate lain ke?' Nampak tak noob tahap dewa noona ni. Tetiba juga ada fan lain dari Malaysia menyapa fan dari Jepun...