Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2018

Throwback Thursday Episode 2: UKISS

Hi semua! Selamat datang ke Episod 2 untuk #throwbackthursday featuring UKISS. UKISS bermula pada tahun 2008 dan sampai sekarang aku masih tak boleh blah dengan maksud disebalik akronim UKISS iaitu Ubiquitous Korean International Idol Super Star. Hehehe kemain panjang lagi nama diorang. Mari kita tengok pilihan lagu untuk di"balingbelakang" minggu ini. Shut Up aka Shikero Ah untuk pengetahuan, Jungkook bukanlah maknae pertama yang acah Oppa dalam lagu. Bila Dongho dok panggil diri Oppa dengan muka comel tu, hahaaa oklah percubaan sangnamja tu. Oh yes, inilah MV yang pilihan style mereka mengingkatkan aku pada 2 MV DBSK iaitu Wrong Number dan Mirotic. Aku masih sangat suka dengan suit biru tu. Kemas dan smart je nampak. Masa ni pun baru tahu perkataan man-bra tu apa huhuhuu.  Mahir betul cakap shikero lepas dengar lagu ni berkali-kali. Dok tengok MV lama ni semula idol suka betul pakai eyeliner & eye makeup gini time awal-awal debut, sepesen je.

Thursday Throwback Episod 1: BEAST

Beberapa minggu lepas, Noona A ada suggest buat baling belakang untuk lagu kpop. Al-maklumlah, Noona bertiga tak sempat kejar lagu-lagu baru yang sentiasa keluar. Jadi bila terdengar lagu kpop zaman gila & aktif kpop dulu, rasa nostalgic pula. Episod pertama Thursday throwback ini aku dedikasikan kepada kumpulan BEAST. BEAST masih wujud sekarang ( Januari 2018) tapi guna nama baru iaitu HIGHLIGHT walaupun sudah kurang satu ahli Hyunseung. Marilah kita melalui memory lane dengan lagu pilihan DJ anda hari ini, Noona B. 비가 오는 날엔 (On Rainy Days) Permulaan lagu je dah mendayu. Nyanyian dengan suara clear jelas sedap je ditelinga. Dengar pulak tu waktu sejuk-sejuk hujan…perghhh. Ini contoh lagu yang kau tak bercinta pun apatah lagi clash tapi sendiri feel sayu..hahaha Dah 7 tahun wei lagu ni. Kalau hantar anak sekolah, dah dapat result UPSR dah budak tu..huhuu. Katanya kalau hujan kat Seoul sana, lagu ni naik balik masuk dalam chart, ha gitu nak cakap be