Skip to main content

Posts

Showing posts with the label UKISS

Throwback Thursday Episode 2: UKISS

Hi semua! Selamat datang ke Episod 2 untuk #throwbackthursday featuring UKISS. UKISS bermula pada tahun 2008 dan sampai sekarang aku masih tak boleh blah dengan maksud disebalik akronim UKISS iaitu Ubiquitous Korean International Idol Super Star. Hehehe kemain panjang lagi nama diorang. Mari kita tengok pilihan lagu untuk di"balingbelakang" minggu ini. Shut Up aka Shikero Ah untuk pengetahuan, Jungkook bukanlah maknae pertama yang acah Oppa dalam lagu. Bila Dongho dok panggil diri Oppa dengan muka comel tu, hahaaa oklah percubaan sangnamja tu. Oh yes, inilah MV yang pilihan style mereka mengingkatkan aku pada 2 MV DBSK iaitu Wrong Number dan Mirotic. Aku masih sangat suka dengan suit biru tu. Kemas dan smart je nampak. Masa ni pun baru tahu perkataan man-bra tu apa huhuhuu.  Mahir betul cakap shikero lepas dengar lagu ni berkali-kali. Dok tengok MV lama ni semula idol suka betul pakai eyeliner & eye makeup gini time awal-awal debut, sepesen je.