Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2021

Kill It (2019) #kdrama Review

Sinopsis Drama ini berkisar tentang Kim Soo-Hyun (Jang Ki-Yong) seorang pembunuh upahan. Dia kembali ke Korea setelah kematian lelaki yang menjaganya selama ini (also a killer). Dia kembali ke Korea juga untuk mencari asal usul dan kisah silamnya. Setiap kali selesai misi, dia akan diberi hint tentang sejarah dirinya. Dalam menyembunyikan jenayah & identitinya, Soohyun bertemu Do Hyun-Jin (Nana). Hyunjin adalah seorang anggota polis yang juga seorang anak yatim seperti Soohyun. Dapatkah dia mencari kebenaran tentang dirinya? Adakah dia akan terus menjadi pembunuh? Apa kaitan Soohyun dalam semua ini? Review Drama action crime yang fastpace. Gabungan semua pelakon & action scene best. 12 episod sahaja seperti kebiasaan OCN. Lakonan Nana dari kumpulan After School adalah baik dan action scene dia pun bagus. Ada beberapa scene perlu emosi   towards the end of the drama & ok jugak. Sebenarnya tak perasan pulak beberapa member After School active berlakon selain Uee.

The Bride of Habaek @ Bride of The Water God (2017) #kdrama Review

Satu lagi drama lama noona baru nak tengok. Lama dah cerita ni dari tahun 2017, tapi biasalah noona memang malas nak layan drama yang semua orang tengok unless ada peer pressure seperti tengok Start-Up . Masa tengok drama ni jugak noona belajar speedup video. Sempat je baca subtitle, dapat habiskan sejam tu lebih cepat. Sinopsis Lord Ha-baek (Nam Joo-hyuk) Water God yang nak naik takhta untuk menguasai Divine Realm ada misi untuk kembali ke ala mini untuk mendapatkan kembali batu suci. Bila dia masuk ke alam nyata ni dia hilang kuasanya dan perlu bantuan So-ah (Shin Se-Kyung). Sukar untuk So-ah mempercayai kisah ini tapi akhirnya dia setuju membantu Habaek. Dalam masa yang dia mula membongkar kisah lama dan trauma hidupnya. Review Drama yang diadaptasi dari manhwa ini ada potensi tinggi untuk jadi cerita yang sangat memorable sayangnya its not what happen. At least in my honest opinionlah. Kalau korang search drama ni mesti keyword tale of habaek ending, sad or happy ending

The Tale Of Nokdu (2019) #kdrama Review

  Satu lagi lama drama lama, satu lagi webtoon yang diangkat menjadi drama and I am loving this period drama. Sinopsis Nok Du (Jang Dong Yoon) dibesarkan disebuah pulau dengan keluarganya. Satu hari mereka diserang oleh pembunuh upahan. Dia mengejar assassin itu sampai ke sebuah kampung yang hanya didiami oleh wanita. Dia menyamar sebagai wanita untuk masuk kekampung itu. Disana dia bertemu dengan Dong Dong Joo (Kim So Hyun). Dia adalah gisaeng in training   dengan tujuan untuk masuk istana dan balas dendam kepada raja. Review Suka lakonan Dong Yoon dalam ni bila dia boleh switch character and we can see how he does it perfectly. I mean his pretty face thoroughly help with the disguise. Setelah menonton Scarlet Heart, Tale of Nokdu, 100 Days My Prince I know want A Sungkyunkwan Scandal 2.0 with new faces because the talent is right there. (Ok I just realized it’s a genre   here. Its cross dress sageuk drama that I like hahaa) Versatility Dongyoon dalam drama ni saja dah man

At Eighteen #kdrama Review

At Eighteen @ Moment of Eighteen Kdrama Drama yang dijumpai dan dihabiskan tengok dalam apps. Noona baru nak belajar tengok kdrama dari apps selama ni tengok diweb saja ( Web Tonton KDrama Percuma ). Ada beberapa apps yang free boleh tengok drama bila-bila masa, ada noona kongsikan disini  OK jum tengok review noona. Sinopsis 18-year-old Choi Joon-Woo (Ong Seong-Wu) seorang pelajar yang berpindah ke sekolah baru. Dia seorang yang suka menyendiri. Rakan sekelasnya   hampir semuanya dari keluarga kaya seperti Yoo Soo-Bin (Kim Hyang-Gi) dan Ma Hwi-Young (Shin Seung-Ho). Pada usia 18 tahun mereka masing-masing punya isu dan masalah sendiri. Joon woo ditinggalkan ayahnya sejak dari kecil, tidak banyak cakap, sering dihina kerana tiada ayah dan punya emak yang muda. Malah dia dipaksa pindah sekolah setelah di tuduh bergaduh. Pelajar-pelajar disekolah barunya juga ada isu sendiri. Soobin dikawal oleh ibunya yang punya cita-cita mahu dia ke univerisiti terbaik supaya tidak dipandang

Apps Tengok Drama Korea China Taiwan Thailand Free Percuma

Noona bermula dengan zaman Youtube 360p dengan 12 parts untuk tengok variety show. Lepas tu up sikit masuk ke Dailymotion. Kemudian tengok drama, show dalam website yang bertukar url setiap masa dengan 18 iklan entah apa-apa penuh skrin. Lepas tu baru Youtube bertambah maju dengan resolution video lebih baik. Mencabar betul nak tengok drama kan? Ha, syukur sekarang dunia dah maju dengan teknologi. Sekarang kita boleh tengok pelbagai drama, movie, variety show dalam apps je. Wah, benar-benar dihujung jari saja! Ini kali noona tak nak cakap pasal Netflix sebab korang lagi power, ini kali noona nak kongikan beberapa apps untuk tengok drama. Antara kelebihan apps ini adalah: boleh tengok dimana-mana, bila-bila masa asalkan ada internet versi Percuma pun sudah ada banyak drama yang ada boleh tengok drama Korea, Malaysia, Indonesia, Thailand, China ada movie, drama, anime, reality show, variety show ada Completed ada ongoing  iklan ada tapi tak lama dan elok sikitlah berbanding dalam website