Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2020

Flower Of Evil (2020) #kdrama Review

Drama yang dicadangkan oleh Noona HQ lepas Noona B bagi sikit sinopsis pasal kbook Almond. Katanya mungkin ada persamaan, cuba kau tonton drama ni. Oleh itu, Noona pun tengoklah drama terbaru Lee Junki ini. Ok mari baca synopsis Sinopsis Simple  Baek Hee-sung (Lee Joon-gi) menyembunyikan identity sebenar dari isterinya seorang anggota polis Cha Ji-won (Moon Chae-won). Famili bahagia dengan seorang anak perempuan. Hee-sung sebenarnya adalah identiti orang lain yang diambil oleh Do Hyun Su, seorang anak lelaki pembunuh bersiri.  Bermula masalah apabila rakan sekolah lama Hyun Su menjumpainya semula dengan nama & kehidupan baru. Mereka ingin membuktikan kebenaran tetapi menjadi hura hara apabila isterinya Detektif Cha juga menyiasat kes yang sama.  Apa akan terjadi apabila Detektif Cha menyedari bahawa beliau sedang menyiasat suaminya sendiri sebagai suspek kes pembunuhan? Siapa sebenarnya lelaki yang dikenalinya 14 tahun lepas ini? Adakah dia akan mempercayai lelaki ini atau bukti ya

Search (2020) #kdrama Review

  Annyeong! Noona baru habis tengok drama baru. Best ni, barang baek punya. Mari baca review noona. Sinopsis Simple Sekumpulan tentera elit Korea ditugaskan untuk menangkap makhluk yang tidak dapat dikenalpasti di sempadan negara Korea di kawasan DMZ. Dalam menyelesaikan misi itu mereka merungkai sejarah lama yang mengemparkan negara dan kisah keluarga masing-masing. Apakah makhluk yang perlu mereka bunuh itu? Apakah kebenaran disebalik kisah tahun 1997 itu? Review OCN drama kedua noona tengok tahun ini, dan seperti biasa OCN tidak mengecewakan bab action drama. Tema ketenteraan diangkat kali ini agak mengujakan kerana berlatarbelakangkan DMZ atau nama penuhnya Korean Demilitarized Zone iaitu kawasan antara Korea Utara dan Korea Selatan. DMZ ni kita boleh pergi melawat bila ke Korea, panjang umur ada rezeki noona pun teringin nak kesana. Kawasan ini memang sentiasa dikawal rapi dengan sekuriti level tertinggi, jadi jarang-jarang ada drama ambil tema tentera plus guna latar

Noona Sad Rant After Bang Bang Con BTS Online Concert

Sejuk-sejuk hujan pagi ni tersedih pulak. Tengok concert Bangtan cam ada yang missing.  Rupanya takde rasa bom!bom! Bass! masa concert.  Takde staff sound tak kasi record perf.  Takde menjerit sampai hilang suara.  Takde menjerit dengan orang seat sebelah yang taktau siapa.  Takde kena simbah air dari pentas.  Takde kaget sebentar keluar api dari stage.  Takde bersiap seawal pagi walaupun semalam tak boleh tidur.  Takde beriya menghafal fanchant.  Takde beriya guna # berhari-hari. Takde cari fansite nak beli merch. Takde cari dak twitter nak goodies free. Takde neves nak jumpa mutual kat real life.  Takde beratur nak bergambar dengan banner, bunting & standee.  Takde nangis kat lagu last.  Takde bawak kereta serupa F1 nak send off mereka naik flight.  Tapi yang ada post concert syndrome.  Masih rindu pada mereka.  Masih tak puas tengok performance.  Masih terbayang hyper & excitednya mereka atas stage.  Masih tersengih dengan fanservice mereka. Kita yang menonton concert semala

Dear My Room #kdrama Review

Sinopsis Simple “Dear My Room” Drama ini tentang Shim Eun Joo yang kehilangan pekerjaan dan menjadi freelancer. Dia adalah seorang editorial designer yang menganggur berbulan-bulan selepas tidak dapat pekerjaan baru.   Struggle untuk kembalikan kehidupan normal hingga dia tenggelam dalam slump berbulan lamanya. Eun Joo kembali bersemangat untuk teruskan hidup selepas dia mula mengemas biliknya. Dia menyedari yang dia suka interior design.   Lalu Eun Joo mula mengatur hidupnya kembali selepas bersemangat menmbaiki tempat tinggalnya. Review Ringkas Satu lagi drama based on webtoon. Drama pendek yang dijumpai bila aku randomly search drama tahun lepas-lepas. Disiarkan oleh Olive channel ( tak pernah kudengar nama Channel ni keluarkan drama, biasa rancangan masak-masak je). Drama ni juga dipanggil life DIY drama, seperti mana kita do –it-yourself interior design, begitu jugaklah kita kena DIY hidup kita sendiri gitu. The Actor Ryu Hye Young aka my favourite unnie dari Reply 1987