Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2021

Review Criminal Minds Korea #kdrama

Hi! Lama betul tak tulis review #kdrama. Ini drama lama tahun 2017 tapi baru sekarang ditonton. Mari baca review noona!   Sinopsis Berkisar tentang kes jenayah yang cuba diselesaikan oleh National Crime Investigation (NCI). Menggunakan khidmat para profiler mereka cuba menangkap penjenayah berdasarkan profil untuk menyelesaikan pelbagai kes. Review Hampir semua orang pernah tengok Criminal Minds yang asal dari US, jadi perbandingan itu memang tak boleh nak elak. 20 episod, semua punya kes jenayah yang best dan ada watak yang berulang dan akhirnya diselesaikan diepisod final. Mungkin noona penonton tegar CM, memang kuat buat karakter asal dihati. Mungkin juga cuma 20 episod kita tak sempat mengenal karakter watak dengan mendalam. Tapi nice try jugak. Karakter kegemaran ramai pastinya Dr Reid yang dilakonkan oleh Go Yoon namun tak banyak sumbangan watak ini dalam drama. Cuma dapat 1 scene je lah yang nampak abs tu huhu. Lakonan Junki dan Chae Won pun ok. Noona jumpa merek

Review RUN ON #kdrama

Satu lagi drama ditengok separuh jalan dan baru nak habiskan. Legit tengok sebab Siwan. Mari tengok review sama-sama   Sinopsis Simple Drama ini berkisar tentang Ki Seon-gyeom seorang atlet lumba lari dengan Oh Mi joo seorang penterjemah. Perkenalan membawa Mi joo menjadi penterjemah untuk Seon gyeom tetapi sebenarnya dia dibayar oleh bapa Seon gyeom yang sangat controlling. Campur tangan ayah beliau menyebabkan hubungan mereka yang baru berputik hampir putus. Review Seperti noona mengaku kat atas, tengok cerita ni sebab ada Siwan. Dah drop pun tengok tiba-tiba katanya ada cameo kat hujung drama, maka kugagahkan diri sambung tengok. Sebenarnya halfway drama ni noona dah malas nak layan sebab macam tak tahu kemana focus cerita ni. Lepas tu bahagian yang menghiburkan sikit bila dia terbayang scene filem yang sedang dialihbahasa tu. Tapi sebenarnya tak significant pun scene tu semua huhuu Satu lagi yang noona layan sebenarnya relationship second lead iaitu Dan-ah dan Yonghwa