Kalau kita lihat dan baca kisah2 orang yang berjaya, kita akan dapati mereka ada suatu persamaan – iaitu mereka unik dan mempunyai ciri-ciri tersendiri dalam bidang yang mereka ceburi. Arwah Sudirman misalnya, pernah bertanyakan satu soalan kepada idolanya sebelum beliau membuat keputusan untuk menjadi seorang penghibur dan jawapan yang beliau dapat adalah...” You need to be different. Be unique .” Jadi hari ini noona ingin cuba ketengahkan seorang penyanyi dari Korea yang baru-baru ini namanya disebut-sebut kerana membuat cover dan lagu dalam Bahasa Melayu. Inilah keunikan yang noona rasa boleh buat dia pergi jauh. Nama empunya badan ialah Kim Dong Gyun. Sebenarnya, noona HQ yang mula2 cerita pasal KDG ni sbb dia ada buat lagu Malay-Korean sebelum ni iaitu lagu 'Masih Cinta'. Cover lagu Sayang yg Faizal Tahir nyanyi pun dia ada buat jgak. Pada noona, Kim Dong Gyun ni biasa je dari segi suara dan rupa. Tak terlalu hebat, namun tak terlalu teruk juga. Dia ada g...
3 kpop noona fans talk, discuss, review but mostly rant about Kpop.