Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2015

Solo Yong Hwa Jjang!

Sebelum ini noona ada post tentang review MV Mileage Yong Hwa kan. Pastu cakap tak sabaq nak tengok performance live Yong Hwa kan. Ni nak kasi tengok video live lagu-lagu Yong Hwa yang awesome. Serius semua lagu Yong Hwa sedap2. Live performance Yong Hwa feat YDG Mileage. Comel Yong Hwa menari. Koh Koh Koh Lagu Checkmate ini best. Serius best lagu ini, lagu ini combination bahasa Korea, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris. Part chorus bahasa Inggeris tu best.  Lagu Energy ini. Memang kasi energize sama korang. Lagu ini Yong Hwa feat lak dengan Verbal Jint. Pun best juga. Tapi dalam banyak2 lagu feat Yong Hwa ini, aku lebih suka lagu Checkmate dengan One Fine Day. Yong Hwa feat Yoon Do Hyun, lagu Cruel Memories. Suara Yoon Do Hyun memang menyerlah husky and bersuara besar, agak tenggelam sedikit suara Yong Hwa di situ. Overall lagu ini best. One Fine Day. Macam lagu-lagu sebelum ini. Mesti ada addictive chorus. Lagu ini pun ada addictive part dia walaup

HIJABSTER CONFESSES: “HOW I WENT FROM INDIE TO GILA K-POP”

This noona says it as it is! Couldn't have explained it better. Dongsaeng2 sekalian... silakan baca post dari Afi Noor ini. Now. Paillee!! (click the link below  ↓ ) HIJABSTER CONFESSES: “HOW I WENT FROM INDIE TO GILA K-POP” Right on the dot kan? Especially the concert part. And the good music part. And the fan commitment part. And...ok you get the idea. Eh...maaf. Ter-speaking plak. But seriously, come on lah..takkan tetiba korang tengok video tu, terus suka hati badak nak label kpop ni haram.  Kalau macam tu, noona pun boleh senaraikan berlambak lagi perkara yang patut haram jika korang tak mampu nak kawal diri.  Point is...keep calm and follow kpop. kfood. ktourism. kstyle. kfashion. kkkk~

Why you need to love Jackson?

1. Jackson jenis tak memilih kawan. Dengan sape2 pun dia kawan. Buktinya. Dia suka sangat dengan Gok Joo walaupun Gok Joo chubby comel gitu. Very friendly. Guk Joo dia anggap mama Korea dah. Jackson once dia suka orang tu, dia jenis akan stick melekat dengan orang tu. 2. Dia sangat sayang kan family dia. Sampai dia cakap he wonder kalau dia tak datang Korea mesti dia boleh jaga mak dia. Buktinya Mak dia datang Korea dalam program Roomate. Dia nangis kaw2. Hodoh naww muka dia bila nangis. Kekeke. Siap date dengan mak dia lagi, jarang tengok anak lelaki date ngan mak macam girlfriend and boyfriend tau. Orang tua cakap kalau, anak lelaki sayang gila and layan baik2 mak dia, nanti ada isteri pun dia sayang isteri macam mak dia. KroooHHHHH 3. Dia tak memilih untuk suka gadis. Ye memamg dia ada ideal type. Tapi gayanya, Jackson mementing hati dari wajah. Sebab dia penah cakap dia suka perempuan bertudung di Malaysia. Koh koh koh. Kembang noo hampa peminat Malaysia. 4.

Post Concert Depression

Kalau ikut pengalaman noona, depression ni akan berlaku dalam 2 -4 weeks, bergantung pada se-awesome mana concert tersebut se-hard core mana korang pada group se-lama mana group tu tak pernah datang malaysia events yang berlaku semasa concert tu. Contoh: diorang selfie dengan korang ke..perghhh noona A mau interframe. 2-4 weeks? nope. Aku rasa aku lagi awal dari tu. Day 1 : Ok lagi..boleh survive. Bangun pagi tu..tersengih2 seorang diri mengenangkan peristiwa semalam dengan oppa oppa dongsaeng memasing.  Masuk waktu lunch tetibe tak keruan. Jantung berdebar-debar. Tetibe flashback, waktu macam ni semalam dah dalam tren nak ke stadium ni.. Masuk Asar-Maghrib dah resah. Time macam ni semalam dah siap amek wuduk bertelekung bagai.. (padahal kalau kat umah lagi seploh menet nak Isyak baru nak Maghrib agaknya) Tiba-tiba sedih emosi sendiri. Macam mak kucing hilang anak. Pasang lagu diorang dengar sampai tido. Tengok balik semua MV diorang sambil  monologue   menangis teresak-

Park Shin Hye are so lucky

Lucky? Huntung apa? Sebab ap? Sebab dia selalu berlakon lead actress or heroine dalam usia yang muda bersama-sama jejaka kacak Korea. Semua yang kacak ko sambar kan..macam ni la ko Shin Hye..paii atii!  Antara Hero yang penah dia berlakon. 1. You're Beautiful - Jang Geuk Suek, Jung yong Hwa, Lee Hong Ki 2. Heart string - Jung Yong Hwa 4.  Flower Boys  Next Door - Yoon Shi Yoon 5. The Heir - Lee Min Ho, Won Bin Cerita ni hero dia semua nak kacak! Stress lak tengok orang kacak ni! 6. Pinochio - Lee Jong suk Ni lah Lee Jong Suk..eh... Di sebabkan semua hero yang dia berlakon   bersama    kacak, popular dan muda. Aku nak cadangkan Shin Hye ko berlakon dengan Song Joongki, Yang Seoung Ho dan Kim Soo Hyun. Look forward! Noona B Lagi Shin Hye untung adalah sebab aku minat dia. Berapa kerat je la artis perempuan yang aku minat, jadi dia kira terpilih nie..Hehe Dari segi lakonan, Shin Hye perlu berlakon lebih banyak drama dengan

Down the Memory Lane #Apgujeong-Rodeo

Bagi mereka yang minat kPop, yang telah mengikuti idol-idol untuk beberapa tahun, yang telah stalk mereka dengan gigihnya, yang telah meroyan malam-malam seorang diri kerana mereka, tentu anda akan mempunyai impian untuk melawat negara kelahiran idol-idol anda. Kami sudah. Kami teruja. dan kami masih belum jemu. Malangnya, masa kami sampai Apgujeong aritu, mmg agak kesuntukan masa. Dahla sesat nak cari. Tapi memang berbunga-bunga hati bila dapat tiba di destinasi. Ce tengok muka berbunga kami ini...hahahh  Begitu berbunga dan gembira bukan raut wajah kami? Kerana kami telah mencapai cita2 kami. Dongsaeng2 turut teruja taak? Haah..belajarlah rajin2. Buat bisnes ke..kumpul duit, pastu pergi melancong. Duit habis. Fikir 'what is life' jap pastu kumpul balik duit. Sambung balik jalan-jalan habiskan duit. Carilah pengalaman dan luaskanlah pandangan..  *Yelaaah..kumpul lah duit untuk pergi haji sekali. Tu kan dah mmg rukun Islam. -_-" Boleh b

Bangtan Boys BTS 방탄소년단 가요대제전 Intro performance Trailer

[Kalau video nie tak boleh view, pergi je Bangtantv  atau ibighit ] Seperti yang diketahui, Noona menonton persembahan sempena MBC Gayo 2014 dari post nie . Dah telah Noona nyatakan betapa hampeh & bengang nya Noona dengan camera angle oleh cameraman masa persembahan BTS. Dan jugak Noona mintak BigHit upload dance practice untuk persembahan tersebut. Dan pada 8 January, BigHit hint Coming Soon dekat Twitter diorang. BigHit being BigHit, they release a video 3 hours later. Jadi, video nie pasal apa? Video nie tunjukkan intro untuk performance diorang which include intro & Danger. Persembahan untuk Danger tak panjang & tak semua orang sempat menyanyi. Tapi the intro is important sebab menunjukkan betapa in-sync tarian diorang. Oh, lupa nak bagitau video nie not playable on mobile, sila bukak laptop opis korang. Hahaha.. After the performance, bukan saja ARMY meroyan dengan camerawork, rasanya BigHit pun bengang. Jadi apa diorang buat adalah upload video in

Gadis Melayu dicabul Mat Kpop?

Arini Malaysian kpop fandom digegarkan dengan berita yang kurang enak. Pertama kali dalam sejarah noona penah dgr. Media Malaysia sedang mensensasikan n tgh viral video anggota B1A4 peluk, cium budak2 Melayu Islam. Gadis Melayu dinoda katanya. Dicabul Mat Kpop gitu... Siap KJ bagi statement ohsem lagi. Oklah, sebagai 'veteran' dalam bab konsert kpop ni, walaupun noona tak berada di tempat kejadian, noona faham. Noona faham mengapa dongsaeng2 bertindak begitu. Namun...ini tidak bermakna noona or in this case, unnie menyokong tindakan korang. Unnie pun pernah melalui zaman kegilaan itu. Kalau tidak, xdelah unnie sanggup panjat pagar semata nak tengok betis sonyokshideh kann.. (sila ignore this statement). Apa yg unnie dapat katakan ialah.. 1.B1A4 tak salah. Mereka non-muslim maka mereka tak tahu batas yg sepatutnya. 2. Hakikatnya mereka juga orang Asia yg punya nilai hormat dan malu yang tinggi. Peluk cium strangers ni pun bukan budaya mereka juga. Kalau kita explain kt

정용화 (Jung Yong Hwa) - 마일리지 (Mileage) With YDG M/V ( Review)

Di tahun baru ini, harus menanti pembukaan lagu yang menarik perhatian bukan? (Skema ayat ini). Selalunya, awal2 tahun ni menurut pemerhatian aku, CNBLUE selalu comeback awal tahun. So, tahun ni, FNC debut Yong Hwa instead of CNBLUE. Yong Hwa? Ye! Yong Hwa debut as solo artist and semua fan dok berdebar2 nak tengok solo dia macam mana sebab Yong Hwa kan genius muzik, lagu dia semua Daebak! Jeng jeng! Nah Yong Hwa dengan lagu Mileage! feat YDG. Mari kita review MV dia MV dia aku rasa comel and sengal2 sebab background dia and item2 dalam MV semua pakai kad board je. Menarik! 1) Aaaaa..cantik bijik mata you Yong! Yobeoseyo..I nak cakap dengan Noona meroyan? Ada? Oh, I like the beat already dan jugak suara Yonghwa yang clear tu.Aaa...Yonghwa look so fluffy. 2) Tengok..tak payah cari model, idol, actress untuk watak perempuan dalam MV ini..pakai patung je..untung la jadi patung.. Tanjat itew yeobo! nasib patung cantik dari kak limah (maap kak limah) Aku je ke rasa YD

Def Dance Skool

Lepas buat post pasal K-Tigers, Noona teringat satu lagi channel yang selalu Noona tengok iaitu Def Dance Skool. Sebagaimana namanya, ini adalah sekolah tarian. Maka, video yang di upload adalah dance practice. Dia train dari budak-budak sampai la belia yang pastu pergi audition dekat idol company macam YG, CUBE,JYP. Ramai je foreigner pergi belajar kat sana. Agak-agak kalau tulang korang boleh dibentuk lagi, boleh la belajar kat sana. Def Dance Skool ada banyak dance practice yang osem boleh tengok kat sini  https://www.youtube.com/user/sun57500/videos Antara dance diorang yang aku suka adalah Warning: Most of them adalah budak-budak muda. Sila ingat bahawa anda adalah Noona pada diorang semua...haha Teentop- Miss Right Teentop- Rocking GOT7 - Girls,Girls,Girls Henry-Trap BTOB - Thriller

Jari tercantik kumpulan BTS (Beatiful finger of BTS)

Jari? Kenapa dengan jari diorang? Actually aku memang suka tengok jari tangan orang. Kalau jumpa mana-mana orang jari and gigi memang wajib aku tengok dulu. So benda ini terbawa-bawa sampai ke artis K-pop ni pun aku usha jari and gigi diorang. Di sebabkan gigi2 retis K-pop ni tersusun rapi, putih dan cantik. All pass A++++++++. Maka, jarilah yang aku lihat. Ni tabiat apa ntah.  So, ni antara group yang member dia mempunyai jari yang cantik iaitu BTS. Meh nak ranking meh. 1. V -   Kuku V  bersih,  so far tak penah nampak kuku dia panjang, then jari dia campur lelaki dan perempuan. Tak lelaki sangat and tak perempuan sangat tapi runcing dan panjang2.  2. Rap Monster -  Jari ni pun panjang2, kuku ada shine2 tapi selalu kuku dia simpan panjang sket. 3. Jin -  Actually jari Jin sangat cantik. Sangat macam perempuan. Runcing dan shine2. Tapi di sebabkan struktur jari die yg macam bengkok sedikit tetap menjadi pilihan noona juga. 4.  Jimin, Jung Kook,