Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2019

Class Of Lies #kdrama Review

Class of Lies atau Mr. Temporary baru saja selesai tayangan pada 5 September 2019 yang lepas. Aku berminat nak tengok cerita ni sebab review tentang lakonan budak sekolah yang melakukan penipuan licik.  Sinopsis  Drama ini berkisar tentang seorang peguam iaitu Gi Moo-hyeok (Yoon Kyun-sang) yang diminta mewakili seorang pelajar sekolah Kim Han-soo. Han-soo dituduh membunuh rakan sekolahnya Jeong Soo-ah.  Rancangan asalnya adalah Han-soo mengaku menikam Soo-ah, dan dijatuhkan hukuman penjara. Namun Han-soo berkali-kali bertegas yang dia tidak akan membunuh Soo-ah.  Han-soo akhirnya menyerang peguamnya sendiri iaitu Moo-hyeok yang menunjukkan Soo-ah sebagai seorang wanita yang tidak baik, yang mempunyai “sponsor”.  Bengang dengan perbuatan anak guamnya, Moo-hyeok pergi ke pusat tahanan untuk bercakap dengan Han-soo. Sebaliknya mereka berdua bertekak. Han-soo tetap tidak mahu mengaku salah dan hanya mahu tahu keadaan Soo-ah yang masih tidak sedarkan diri di hospi

LIFE ON MARS #kdrama Review

Life on Mars adalah drama 16 episod di OCN yang disiarkan dari 9 Jun hingga 5 Ogos 2018. Sudah lama drama ini disiarkan dan berakhir tapi baru sekarang aku sempat menontonnya. Ada 3 sebab aku mula tonton drama ini:  1. Drama ini adalah adaptasi dari siri drama UK dengan tajuk sama pada tahun 2006. Agak jarang kita dengar Korea adapt siri drama dari negara Barat. Expectation tinggi sebab mesti drama terbaik je Korea nak buat adaptation.  2. Drama ini menjadi sebutan netizen Korea dengan pujian tinggi.  3. Kyungho. Aku baru ada pandangan baik kat beliau (sorry oppa!) lepas tengok drama Prisons Playbook . Sebab muka dia lagi antagonis dari pelakon villain, itu yang aku tak layan sangat lakonan beliau. Sekarang seronok pulak tengok lakonan realistik dia. Lagi satu, dia kira abang ipar akulah sebab couple dengan Soo-young kan..so marilah kita try tengok drama ini.  Sinopsis  Drama ini berkisar tentang Han Tae Joo (Jung Kyung-Ho) seorang pengawai polis bidang fore