Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2020

Hyena (2020) Kdrama Review

Drama yang aku nanti-nantikan tahun ini. Entah kenapa nak cari Ju Ji Hoon balik. Bagi penonton kdrama senior mengenal beliau dari drama terhebat 14 tahun lepas iaitu Princess Hour. Bagi peminat kdrama muda pula kenal beliau dari siri Netflix Kingdom & Kingdom 2. Dari mana asal kita itu tak penting, yang penting tontonlah drama ini sebab abang JJH jarang keluar drama. Aku kenal beliau dari Princess Hour (masa ni baru kena sindrom 2nd lead hahaa),  follow filem Antique Bakery & The Naked Kitchen huhuu. Ada masa nanti korang check out pulak movie beliau sebab semuanya best iaitu The Spy Gone North (done!), Along With The Gods, Along With The Gods 2, Dark Figure of Crime etc. Ehh ni bukan post puji JJH so back to the drama. Sinopsis Berkisar tentang peguam yang menjaga golongan kaya, chaebol iaitu the top 1% di Korea. Termasuklah anak orang kaya, ahli politik, artis, orang korporat, public figure dll. Peguam-peguam ini bekerja dalam law firm Song & Kim.  Y

Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo Kdrama Review

Akhirnya aku Berjaya tengok drama top tahun 2016. Sebab dah takde menda nak buat, godek laptop ada drama ni so kita layanlah. Episod banyak sikit dari biasa (16 episod) yang ni ada 20 episod. Ok baca synopsis sikit lepas tu aku bagitau review aku ke drama ni.  Drama ni diadaptasi dari novel dari China, diadaptasi ke drama Korea kemudian dijual pada Youku TV China. Pusing-pusing kan huhuu.Novel ada a few drama adaptation & trilogy tak silap. Ok bacalah synopsis ringkas dia.  Sinopsis  Seorang gadis kembali ke zaman dinasti Goryeo. Dia jadi Hae Soo, sepupu kepada isteri seorang putera raja ke 8 iaitu Wang Wook (Kang Ha-neul). Hae Soo tersepit antara putera-putera raja Taejo, terselit antara kisah cinta, politik, dendam dan ketamakan.  Disebabkan Hae Soo dari zaman sekarang, dia tahu siapa yang akan jadi raja seterusnya dan sejarahnya. Dari ingatannya, Wang So akan jadi raja yang zalim, bunuh adik-beradik dan rakyat. First dia blur sebab tak tahu siapa antara an

Review Kmovie Exit (2019)

Yes! Tengok movie dari oppa Jo Jung Suk..aku suka dia kalau berlakon bab sengal tu memang sengal hahaha. Lakonan mantap, malah muka macam bias kpop pertama dalam hidup iaitu Yunho TVXQ.  Lead actress dia pulak Im Yoon ah aka Yoona SNSD. Movie ni dah keluar last year mantap gak kutipan tiket 9.4 million, filem ketiga terbanyak ditonton di Korea. Sesuai tengok musim-musim orang tengok filem tema krisis. Meh baca review dia sikit.  Sinopsis  Yong Nam (lakonan Jung Suk) dah lama graduate dari kolej tapi belum berjaya dapat kerja. Jadilah anak jobless duduk kat rumah mak ayah, sampai anak saudara pun segan nak mengaku Uncle. Dia kena rancang majlis hari jadi ke 70 mak beliau, lalu sebuah dewan ditempah.  Punyalah jauh dia pilih dewan tu, dekat sejam setengah jauh dari rumah. Rupanya dia sengaja book kat situ, tempat kerja crush zaman belajar dulu. Dia pernah confess tapi kena reject dengan Eui joo, crush yang power rock climbing macam dia. Kira bukan muka je comel, lin

Luck Key (2016) Kmovie Review

Satu lagi filem action komedi aku tonton, mungkin ini genre kegemaran kot. Filem tahun 2016 lakonan Yoo Hae jin. Filem ni remake movie Jepun iaitu Key of Life (tak pernah tengok lagi). Terjumpa filem ni sebab short clip kat FB, cam kelakar je so here we are.  Sinopsis  Hyung wook (lakonan Hae Jin) adalah seorang pembunuh upahan. Dia ke sebuah sauna dan terjatuh sebab terpijak sabun lol. Kat tempat sama ada Jae sung (lakonan Lee joon BEAST) pemuda yang dah putus harapan dengan hidup. Kerjaya lakonan dia tak kemana, sikit lagi nak kena tendang dari bilik sewa dah tak mahu hidup. Dia nak bersihkan diri sebelum pi end his life.  Bila Hyung wook pengsan dalam sauna, dia tukar kunci loker mereka bila Nampak kayanya lelaki tu. Ini buat orang salah faham dan ingatkan Hyung wook adalah a jobless man. Sementara tu Jae sung lead a rich man life.  Rasa bersalah, dia cuba pulangkan balik barang & identiti orang kaya ni sebelum dia tahu HW hilang ingatan dan tak tahu diri d