Skip to main content

Kpop Vocabulary Lesson Week 1

Setiap minggu Noona akan adakan kelas Kpop Vocabulary. Kelas ini akan kongsikan dengan korang 7 perkataan atau term yang digunakan dalam kpop atau antara fans. Kelas ini bertujuan supaya korang cepat faham kalau ada fans bercerita & boleh join sekali.

Week 1

Fandom

Rasanya perkataan nie datang dari gabungan fan + kingdom. Kira macam satu negara yang penuh dengan rakyat with the same interest.

Biasa setiap fandom ada official warna diorang. Jadi kalau konsert ada beberapa artis, korang akan dapat tengok lightstick fandom yang berbeza. Biasanya akan duduk setempat ikut fandom.
Kat Korea there is no such thing as multifandom. Kita international fans je yang multifandom.

Fandom yang bermacam-macam ada.


Fanchant

Fan chant berlaku bila artis menyanyi lepas tu fans sambut. Makin kuat fan chant,makin kuat fandom tu maksudnya sebab ramai kan.

Tak faham lagi? Nah, contoh.



Fancam

Fancam adalah rakaman samada persembahan, concert atau fan meet ( refer bawah) yang peminat pergi. Biasanya organizer tak kasi rakam, tapi kita mesti la nak ada kenangan kan? Lagi satu fancam sangatlah membantu bila korang tak dapat pergi konsert tersebut tapi nak tengok & rasa suasana tu.


Fanmeet

Nama panjang adalah fan meeting. Event nie biasanya diorang buat kat Korea samada kat park, dalam shopping mall, dalam kedai buku. Mana-mana yang boleh supaya artis boleh jumpa peminat, borak-borak sikit, kasi hadiah ke surat cinta ke sambil sign album diorang.

Biasanya korang perlu beli album mereka. Lepastu beratur amek nombor. Kadang kadang diorang buat macam cabutan bertuah sape yang dapat masuk. Biasa limited dalam 100-200 je.

Masa nie la artis banyak kasi itu fan service.


Fanservice

Fan service pulak bermaksud perbuatan artis untuk menggembirakan peminat diorang. Contoh layan soalan fans, sign autograph, amek selfie sesame,buat muker comel atau aegyo, bergambar dengan OTP yang diorang suka, tabur kiss banyak2, baling heart banyak2, kasi winkkk sampai pengsan fans, sentiasa cakap betapa diorang sayang fans.

Tu semua contoh fanservice.



Fansite

Fansite adalah satu web yang diwujudkan untuk specifik satu member untuk satu group. Fansite akan upload gambar, video apa sahaja aktiviti yang artis buat. Dah tu dia punya gambar & video adalah HD uollss. Sangat la jelas kulit artis tu. Mana tak HD, korang tengok la berapa bapak besar lense diorang. Cuma kadang-kadang tak berkenaan bila ada yang overly edit gambar artis sampai nampak flawless gler.

Tak semua gambar diorang available pada public. Ada yang cuma member dalam fansite dan kat certain level je dia kasi. Ada fansite yang benarkan editing pada gambar, ada yang tak benarkan. Sebelum keluar gambar sebenar, biasa diorang kasi preview gambar.

Fansite biasanya run by fans yang sangatlah dedicated yang juga dikenali sebagai fansite master. Mana diorang pergi, dalam atau luar dari Korea, master-nim akan follow. Hardcore gler tu.

Jadi, kalau artis buat hal sampai fansite tutup tu kira buat salah besar la tu..(Looking at you Sungmin).

Nie contoh, korang klik la yer.
http://taetae.co.kr/  untuk Taehyung BTS
http://markpoint.tistory.com/ untuk Mark GOT7
http://www.95boyz.net/ untuk Jimin & Taehyung BTS

Fancafe

Fancafe adalah blog official group tersebut dan semestinya dalam Hangul. Biasanya korang kena jadi kena jadi offical members. Lepas tu kena level up. Nanti korang boleh access banyak bahagian macam gambar, boleh chatting dengan diorang, diutamakan kalau ada fanmeet & banyak lagi la kelebihan.

Cuma perlukan duit untuk daftar dalam official fanclub & kemahiran menaip & membaca Hangul sahaja (which both I had  "0" ability)

http://cafe.daum.net/EpikHigh Epik High Official Fancafe
http://cafe.daum.net/YGBIGBANG Big Bang Official Fancafe
http://cafe.daum.net/soul48 TVXQ Official Fancafe

Comments