Skip to main content

MV I'm Different - Hi Suhyun ft Bobby



Baiklah ini akan menjadi MV review / reaction pertama dari noona.


Firstly, ini adalah luar dari kebiasaan Noona untuk melihat MV sebab aku lebih suka tengok Live Performance dulu. Tetapi, sebab 1) sudah banyak hype sangat pasal MV nie dan 2) sebab Lee Hi dan Suhyun adalah sangat comel, maka mari kita tonton MV nie.

Mengenai lagu, aku suka. Ada bunyi jazz yang ingatkan aku pada Something by TVXQ. (Ok..maybe tak serupa pun..tapi ada aku kesah..haha)
Dan music macam ni menonjolkan suara Lee Hi dan Suhyun yang sedap itu. Mereka berdua mempunyai suara yang unik dari warga YG yang lain.

Jalan cerita: Mudah sahaja nak faham. Noona yang selalu lost tak faham MV nie pun boleh faham. In short, cute stalker. Well, kalo korang pernah admire atau stalk, korang pun buat benda yang sama je. Baik mengaku..angkat tangan cepat!

Bobby: ( Hebat Bobby, ada sub paragraph untuk dia sorang). Walaupun part rap dia tak banyak, tapi dia sangat penting dalam MV nie. Mana lagi nak carik jiran sehensem ini. Ow..suara rap dia adalah awesome.Tak sabar nak tengok Ikon nanti.

Ok. Sekarang belajar ilmu Kpop baru. Lihat rajah dibawah.

Bobby mengeluarkan Heart dari dalam kot.

Tahu tak maksud apa tu? Kalau korang selalu tengok fan meet ke, atau gambar artis Kpop diorang selalu buat camtu. Maksud itu adalah heart. Cuba buat sekarang. (Gigih Noona screencap scene Bobby nie)

p/s: Jika masih tidak setuju dengan kecomelan Lee Hi + Suhyun + Bobby lagi, sila tengok MV BTS ini.

~Noona B

Comments