Skip to main content

Gadis Melayu dicabul Mat Kpop?


Arini Malaysian kpop fandom digegarkan dengan berita yang kurang enak. Pertama kali dalam sejarah noona penah dgr. Media Malaysia sedang mensensasikan n tgh viral video anggota B1A4 peluk, cium budak2 Melayu Islam. Gadis Melayu dinoda katanya. Dicabul Mat Kpop gitu... Siap KJ bagi statement ohsem lagi.

Oklah, sebagai 'veteran' dalam bab konsert kpop ni, walaupun noona tak berada di tempat kejadian, noona faham. Noona faham mengapa dongsaeng2 bertindak begitu. Namun...ini tidak bermakna noona or in this case, unnie menyokong tindakan korang. Unnie pun pernah melalui zaman kegilaan itu. Kalau tidak, xdelah unnie sanggup panjat pagar semata nak tengok betis sonyokshideh kann.. (sila ignore this statement). Apa yg unnie dapat katakan ialah..

1.B1A4 tak salah. Mereka non-muslim maka mereka tak tahu batas yg sepatutnya.

2. Hakikatnya mereka juga orang Asia yg punya nilai hormat dan malu yang tinggi. Peluk cium strangers ni pun bukan budaya mereka juga. Kalau kita explain kt diorng, konfem diorng faham & TAK AKAN persoalkan mengapa mereka tak dibenarkan hugging kissing Malay fans mcm tu.

3. Diorng ni selebriti. Apa yg diorng buat ni namanya fan service. Demi fans. Fans yg nak. Fans yg rela. Maka dongsaeng2 dlm video itu yg punya agama yg telah jelas membataskan hubungan halal haram patutnya lebih tahu. Sebenarnya tiap showcase, concert, fanmeet, etc mmg ada je skinship mcm ni. Tapi tak nafi..kali ni aku tgk mmg agak overdoselah..

4. Mungkin video ini ada hikmahnya. Sebagai peringatan kepada fans Islam supaya tidak melampaui batas dalam perbuatan kita. Minat, minat jugak. Tapi harus ingat pegangan kita. Unnie kira bernasib baik lagi. Allah masih menutup aib Unnie A, B, HQ, N, XY, ZA walaupun kami turut boleh tahan gila dulu.. Tu yg kami dah calm down sket skrng. Dah insaf. Just meroyan tak habis. Heee.

Memang salah apa yang dilakukan oleh gadis2 itu. Tetapi mencaci dan memaki mereka isn't making anything better. Mencaci dan memaki mat2 kpop pun tak perlulah. Jadi kenapa kalau muka mereka halus? Badan mereka kurus? No need to diss them as such.


Comments