Skip to main content

[M/V] XIA 준수 - 꽃 (FLOWER ) Review

Ini adalah bulan kesedihan pada aku personally sebab well ada satu main reason dan satu lagi adalah Jaejoong akan pergi army hujung bulan nie. Lepas tu Junsu pulak.#biasis30yearsold
Jadi sebelum pergi serve, Junsu keluarkan satu full album. Single dia adalah Flower featuring Tablo.

JYJ atau DBSK secara umumnya dah kenal Tablo way back lama dulu. Jadi featuring nie takde la macam terkejut giler kan. Album Xia kali nie memang ada banyak featuring yang menarik.

Untuk yang tak pernah dengar solo Junsu akan rasa lain macam sebab style beliau berbeza dengan JYJ as a group and even masa dia dalam DBSK. Being a musical actor banyak pengaruh Junsu dari segi music dia. Dan kalau tak pernah tengok MV Junsu pun akan terkejut dan tak faham MV dia.
MV Junsu sentiasa aneh, simbolik dan sangat lain. Not a typical Kpop MV. Ini aku dah warning awal-awal naa..I hate being normal. I hate normal music...Tu aku quote Junsu cakap.

Even MV yang simple pun aku take time untuk faham, jadik sila imagine betapa blurnya aku cuba interpret Mv Xia. Its confusing but amusing.
Mari tonton!


Firstly, aku sangat tak faham Cjes kenapa tak letak nama Tablo sekali kat tajuk MV, Selalu tau macam nie, Letak la featuring sapa, dapat naikkan lagi view MV tu.

Opening macam filem ok.
Part Tablo dalam lagu nie sangattt perfect dan sedap. Oh,,,aku suka Tablo.

Dia baling kepala robot tu pada Xia yang duduk atas throne dengan rambut biru beliau.
p/s Warna rambut dia nampak sangat awesome dengan baju merah tu.
pps ok sekejap aku confuse tu warna biru ke hijau

The moment suara Xia kedengaran...ahhh...aku sudah rasa kemisterian MV ini.

Main color kat set buat masa nie adalah Gold. Close up muka Xia dengan kuku silver.

Part "Come take my hand" adalah part aku paling suka sekali. And the dance compliment it nicely.

Oh, its a ruin palace rupanya. Ada budak perempuan. Comelnye dia...Eh...nie mesti symbolize something nie.

Hukk..kamu minum that golden head??

Ok nie part paling aku blur. Back to the old uncivilized time ke?
(I can still see that body wave Junsu..hehe)

So, bila Junsu makan ikan dari zaman dinosur tu dia muntah biru??

Dia jadik consumed by that goldness ke? Ada singa besar gold tu?

Lepas tu dia bangun balik menjadik warrior?? And suara budak perempuan tu??

Homaigod, MV nie sangat la symbolic banyak benda sampai aku rasa macam orang over analyze pun ada. Sangat banyak teori and interpretation fans dari MV nie.

Rajin nanti aku link kan kat sini.

Tak dapat tengok dance kat broadcast? Takpe, kita tengok kat konsert je


Tapi apa yang pasti, lagu ini sangat sedap dengan lirik yang strong. Even takde MV pun, lagu nie pasti jadik favorite aku dari album baru nie.

~Noona B

Comments