Skip to main content

WGM Henry, Yewon, Jong Hyun CNBLUE & Gong Seung Yeon

Lama tak post tetiba aku nak pos tentang benda ni. Sebab aku da meroyan tengok preview WGM akan datang. Di mana Henry, Yewon, Jong Hyun dan Gong Seung Yeon akan mengantikan tempat pasangan Nam Gong Min & Jin young, Jong Hyun & Yura. Ok. Jong Hyun mengantikan Jong Hyun. Lepas ni Lee Jong Hyun CNBLUE akan di ganti kan dengan Jong Hyun FTISLAND or Shinee (ni berangan noona HQ PDnim)

Nah preview WGM yang baru. 

Tak sabar nak tengok sebab noona memang meroyan dengan Jong Hyun ni. Sekali dapat berita dia masuk WGM ni, mau aku tak senang duduk. Siap meroyan nak buat surat bantahan kat PDnim WGM suh jangan amik Jong Hyun. Rupanya bukan aku sorang je rasa sedih, lara, patah hati tetapi warga2 peminat Jong Hyun yang lain juga rasa yang sama dengan aku. Tak pela, sedih ini akan ku gagah kan jua untuk melihat WGM kali ni. Sebab nak tengok side romantika Jong Hyun ni macam mana. Koh Koh Koh. 

WGM kali ini berbeza dengan yang sebelum ni di mana setiap individu di berikan peluang untuk date dan pilih. Kalau dulu, masing-masing tak tahu siapa pasangan diorang kan. Kali ni korang date dulu pastu pilih mana yang nak. Kalau aku, Henry and Jong Hyun, dua2 aku nak (bajet hot depa nak ka wanita melayu tan, short n sweet macam aku?). 

Kalau tengok preview ni buat aku tak bernafas bila Jong Hyun senyum manis semanisnya kat minit 0.34-0.35. Aigoo...jeles paham. Dan Henry sangat cheesy dengan bait2 kata2 romantik dia tu dan karakter dia yang jenis playful.

Ok. masing-masing dah di umumkan pasangan masing2 iaitu Henry dengan Yewon manakala Jong Hyun dengan Gong Seung Yeon. Interesting! Marilah bersabar melihat WGM kali ini. Fighting. Sila simen hati anda.

Comments