Skip to main content

Apa berlaku masa pre-sale ticket THE RED BULLET in KL 2015

The Red Bullet in KL 2015 Ticket Launch


Pada 12 April 2015 bertempat di Kenanga Wholesale City, tiket konsert The Red Bullet telah dijual. Maka, ARMY Malaysia yang berjiwa in deep dengan BTS harus tak lepas peluang untuk jadi antara yang terawal yang mendapatkan tiket. So, pada berlaku dekat sana.

1. Aku dapat info dari twitter mengatakan pada 11 April pagi dah ada ARMY start queue dari 15 orang sampai 40 orang petangnya dan 60 orang malamnya dan angka sebenarnya aku tak tahu. Waaa..ARMY Malaysia korang memang jjang! 

2. Bila tengah queue lagu BTS didendangkan ARMY siap buat fan chant lagi. 

3. Bila lagu BTS didendangkan, ternampak pak cik beratur menunggu giliran sambil mulut dia terkumat-kamit ikut menyanyi lagu BTS. Wah teruja! Ini di namakan ahjuhussi fan. Aku macam tak percaya bila tengok pak cik turut menyanyi sambil di temani mak cik yang turut queue bersama pak cik tersebut. Timbul pertanyaan yang nak sahaja aku interview pak cik itu, 'Macam mana pak cik boleh minat anak muda BTS ini?' aku pulak nak tanya "Bias pakcik sape? Mesti Jimin kan?"

4. Ada juga mak menemani anak untuk beli tiket. Haruslah teman bagi ARMY yang dibawah umur. Ini dah biasa. Siap mak tolong belikan roti dengan air untuk anak dia. Alaa comel je anak dia. Kalau mak aku idoknya dapat. Beli tiket pun dah membebel. So, baik aku diam. Tindakan tersebut membuat aku bertanya pada Noona A dan B, 'Korang kalau anak korang minat KPOP untuk...' Belum habis tanya dia orang pun jawab semangat 'Boleh! Mak sokong! Minat kumpulan apa? Cakap?' Korang tengok betapa supportive nya mak macam Noona A n B. 

5. Bila tengah queue, ada suami isteri dan anak kecil yang masih menyusu turut bersemangat beratur nak beli tiket juga. Kami suspect diorang ini era fan start dari DBSK dan SUJU. Sampai ada anak pun still support.

6. Kami sampai Kenanga dalam pukul 1. Masa nie tak la panjang giler line beratur. Kami antara 5 orang terakhir beli tiket hari tu. Dalam pukul 2.15petang sampai la giliran beli tiket. Dalam 2.30 petang semua orang dah berjaya beli tiket. Ngam-ngam pukul 3 petang, dah kemas semua.

7. 1,000 orang pertama beli tiket dapat hadiah free poster. Woottt! Saya suka sebab tak ade poster kpop pun kat rumah tu. 

8. Masa beratur, ada yang pegang kertas. Aku dengan Noona HQ tak dapat kertas tu lagi. Lepastu buat assumption sendiri je. 

"Apa tu? Kita tak dapat pun kertas tu?"
"Entah. Surat kebenaran dari parents kasi tengok konsert kot"
Muahaha..lepas tu gelak sesame sendiri. Actually tu borang order tiket apa korang nak beli. Supaya tak kalut kat kaunter.

9.Benda paling mencabar masa beli tiket adalah menenagkan diri. Kena cool, bertenang dan relaks je. Korang tau la kan lagu BTS tu macam mana. Rasa nak menari je kat situ. Fanchant pun aku bunyi sikit-sikit je...Hahaha...Motip sangat control diri.

10.Ada poster besar Red Bullet kat atas pentas. And aku boleh rasa nervous nak tengok muka Taehyung..kat poster je kot...Ahhh...dah nervous bila teringat balik..Motip sekali lagii

11. Tenang and teratur je masa beli tiket (at least masa kami sampai la). Good job IME and thank you sebab bawa BTS ke Malaysia (walaupun harga tiket ko sangat la mahal, kesian aku tengok dongsaeng2 tak mampu beli). Dan jugak terima kasih pada Army Malaysia fanbase punya Admin and Crew yang tolong susun Army ( which aku assume diorang tu crew).



Beratur kat sini


Uncle nie dengan wife dia borong banyak tiket woo..VIP lagi..

Tengok poster pun nervous...acaner tu nak jumpa nanti

Tak dapat nak tangkap gambar penuh sebab kamera kecik dari banner ini.

Teratur je.Aku suka

Ini la rupa tiket kami. Paling murah tu RM 332. Sakitnya tuh menghulur duit. Aku mengharapkan venue nanti sangat awesome ok.
Poster TRBinKL free dari IME..maaf la dah terlipat..nanti Noona iron balik kasik straight
p/s Italic=Noona B

Comments