Skip to main content

Apa yang berlaku di 11street Lee Min Ho #11streetlmh

Pada 24 April 2015, bertempat di Nu Sentral, Lee Min Ho telah datang ke Malaysia atas jemputan 11street untuk memeriahkan perasmian 11street di Malaysia. So, meh nak cerita apa yang berlaku di sana sebab suasana sangat ekstrem :

1. Noona A dan Noona HQ sampai sekitar pukul 3 petang. Peminat dah berkerumun mencari port yang terbaik dari level G, 1, 2, 3 dan seterusnya. 

2.Kami turun tingat G untuk tangkap gambar dengan standee LMH. Lepas itu ternampak orang hantar tiket lucky draw. Kalau menang boleh naik pentas. Katanya kena sign up 11street baru layak masuk. Kedua-dua noona dengan cekal daftar. Banyak kali asyik error kot. Lama-lama redha jela.

3. Noona tersalah anggaran mencari port. Kami menunggu di bahagian karpet merah. Punya menunggu rupanya Lee Min Ho jalan bahagian lain.

4. Sekitar pukul 4 petang peminat dah menunngu ketibaan Lee Min Ho. Terjumpa nenek Cina yang turut menunggu pada pukul 4 dan berada di line depan karpet merah. Dia siap standby handphone. Dia cakap dia minat dengan LMH ni. Dia datang sebab rumah dia dekat dengan Nu Sentral. Tetapi kesian nenek itu, lama dia tunggu sampai pukul 5.30 kot. Lepas 5.30 LMH tak muncul dia beredar tak tau ke mana. 

5. lagi 10 minit pukul 5 ptg. Kelihatan CEO dan VIP 11 Street datang melalui karpet merah. Ingatkan LMH. Rupanya CEO yang dah tua lalu..manyak kecewa..

6. Selepas pukul 5 ptg. Tunggu punya tunggu LMH tak datang pun lagi. Majlis perasmian telah berjalan tepat pukul 5 ptg. Peminat yang menunggu di karpet merah masih menunggu dengan sabar.

7. Laluan pintu masuk Nu Sentral sangat sesak menyebabkan mat salleh dan pengunjung lain tertanya-tanya apa yang berlaku. 

8. Lebih kurang 5.30. Emily (partner LMH untuk 11 street) naik pentas. Masa ini peminat masih sabar menunggu walaupun muka dah sugul dan kecewa.

9. Tengah-tengah MC dok bersorak suruh seru nama LMH. Tetiba-tiba ada budak pengsan dan dia kena sawan tarik. Menjerit-jerit budak-budak yang tengok dan berdekatan dengan dia. Semua tergamam termasuk aku. Jerit 'Help' pun takde sapa dengar. Lepas itu ada la mak cik dan abang tolong dia. Dalam seminit dua, budak-budak ini tanya budak tu. Dia separa sedar dan di angkat ke kawasan yang lebih baik.

10. Masa tengah genting budak sawan itu. Tetibalah si LMH muncul di pentas. Lorong karpet merah terus diserbu oleh peminat untuk ke arah pentas. Masa itulah adegan sardin kena penyet dengan sudu berlaku. Dengan aku-aku turut menjadi sardin. People keep push macam apa je. Sampai aku tersangkut dengan tali merah tiang karpet merah itu.Lepas itu aku tak boleh gerak. Makanya, aku pun cuba keluar dari jadi sardin penyet. Masa itulah ada orang tua selfish yang suruh push saja kalau nak lalu sebab memang semua orang push. Kesian, ada mak bawa anak kecil terlalu kawasan itu dengan anak dia pun terpenyet. Aku berjaya keluar dan masuk kedai Iphone yang berdekatan. Masa ini noona redha jela dapat tengok dari jauh sebab tak rela kena himpit padu skala 100.




Comments