Skip to main content

Kpop Vocabulary Lesson Week 5

Week 5

Cosplayer

Cosplayer datang dari perkataan costume play. Jadi orang yang melakukannya dipanggil cosplayer. Cosplayer adalah sangat biasa terutama nagi peminat anime, siap ada convention dan kontes untuk cosplayer. Dalam Kpop juga ada cosplayer. Bezanya mereka cosplay idol instead of anime character.
Antara cosplayer Jaejoong boleh stalk kat sini https://twitter.com/once1nabluemoon

Disclaimer: Ini bukan Jaejoong
Cosplayer Tao EXO dan seorang fanboy juga boleh follow disini https://twitter.com/GDLove1112


Selca

Selca datang dari perkataan self camera. Idol memang suka ambil selca dan post kat social media diorang macam Twitter dan Instagram. Selca jugak salah satu cara diorang beri fan service. Dari selca jugak la datang teknik sudut 45 degree sebagai best angle untuk ambil gambar.

Ingat korang je ke selfie kat cermin toilet?
Peace jangan lupa bila ambil selca

Teaser

Teaser adalah cara company promote dan advertise kan lagu baru, artis baru atau comeback idol dan juga untuk tour. Teaser boleh wujud dalam bentuk short audio, concept photo, trailer etc. Jarak antara teaser dengan the actual date untuk comeback, song release etc bergantung pada company tu.

Contoh macam BigHit, diorang punya definition of "Coming Soon" teaser adalah 5 minit ke 24 hours. Senang kata sangat la pendek dan lain dari yang biasa company buat. Whereas YG punya teaser boleh sampai beberapa tahun baru la keluar album tu. Ikut suka hati dia je.

Basically, teaser akan "hype" kan sesuatu comeback dan menyebabkan fangirl (macam kita) menderita di"serang" oleh teaser photo, trailer, video teaser yang beratus-ratus tu (Looking at you SM) dan tak sabar-sabar tunggu.

 Big Bang World Tour Trailer

EXODUS punya teaser

Comeback

Comeback bermaksud balik semula. Kira lepas diorang dah promote single, buat performance, buat concert semua dan meninggalkan fans seketika  (seketika disini boleh bermaksud dari 3 minggu sampai 3 tahun) mereka kembali semula dalam Kpop scene dengan lagu baru.

Berapa lama tempoh dari last promotion hingga diorang comeback bergantung pada banyak benda contohnya ikut giliran, kesibukan member buat aktiviti lain, kena serve military, member buat hal, take time sebab produce sendiri album dll.

Antara comeback paling dinantikan tahun 2015 ini adalah Big Bang.


Dance Practice

Latihan tarian selalu diupload oleh conpany jugak. Aku sangat suka dance practice sebab kita dapat tengok keseluruhan dance tersebut tanpa close-up pada mana-mana member, tanpa camera yang bergerak-gerak. Sangat best sebab dapat tengok betapa synchronize tarian mereka.

Antara juara bab dance practice video adalah Infinite.

Back

Before The Dawn (osem gler!)

Be Mine 

Romanization

Kalau korang selalu cari lirik lagu kpop dalam Youtube, mesti familiar dengan perkataan nie.Romanization bermaksud untuk tukar perkataan dalam bahasa lain kedalam tulisan Roman atau tulisan rumi bersekali dengan sebutannya.

Contohnya 사랑해 bermaksud I Love You. Romanization adalah Saranghae.
Boleh jugak tengok contoh dalam video dibawah

Speed- Dont Tease Me
Ninja Dating

Ninja dating bermaksud idol yang secara sembunyi-sembunyi dating, dalam tempoh masa yang lama sebelum fans atau netizen sedar. Level dating secara sembunyi dan orang tak dapat kesan ini dipanggil level ninja, sebab senyap-senyap je.

Statement biasa agency bila timbul dating scandal adalah " They are still getting to know each other". Adalah sangat cool dan gentleman jika diorang terus mengaku je diorang in a relationship instead of deny. Kalau diorang tak lebih-lebih, peminat siap kasi blessing gitu pada mereka. Contohnya macam couple Yoona dan Seungi.

Dari Girls Generation to Dating Generation ( us fans too should be in this generation huh?)

Comments