Skip to main content

Review EXO_CALL ME BABY_Music Video

Haaa...oksigen tak cukup EXO dah comeback woii..Makanya nah amik EXODUS untuk tambah oksigen korang...

Noona B

Setelah ber teaser-teaser dahsyat level filem dari SM, kisah Call Me Daddy jadi Call Me Baby, gambar kereta mewah sponsored untuk MV akhirnya, SM release MV untuk Call Me Baby. Saja je SM kasi MV lambat, mau kasi menggelupur EXO-L..haha. Baiklah kita mulakan review.

Scene mula dengan Kai bawak kereta Lambo baby blue comel keluar. Punya la banyak kereta kat situ, sebijik je yang diorang nak guna..Nombor plat K1A adalah cute.Beliau keluar dengan lolipop, serta headphone LEVEL keluaran Samsung (Ok..nie info tak important yang aku suka search..)

Ooh..rupanya Kai yang start lagu nie..Maaf la dik, Noona dah tak kenal suara hang.
Aah..part Baekhyun..i like.Oh Chen, dia nampak perfect dalam snapback tu..

Aku suspect diorang kena buat balik tshirt yang Chen pakai sebab tukar dari Call Me Daddy ke Call Me Baby.Lupa nak cakap, MV nie dishoot macam style Overdose jugak iaitu continuous shoot.

Lepastu, Lay nyanyi..Tao pun nyanyo wey..Nyanyi..panjang la jugak part dia...Waaaa...
oooo body rolls baby...body rolls.Mv nie pun jenis nak uji fans ke ape..asyik nampak perut je..hehehe

Ok, color baju diorang cuma hitam,biru dan hijau. Apa ntah nama theme nie. Tapi style nie way better dari Overdose yang sampai sekarang aku tak paham kenapa dipakaikan dengan style begitu.
Ok sah Samsung taja nie MV. Berapa ramai pakai headphone masa dance tadi? Aku dah terlepas nak kira dah.

Secara keseluruhannya, aku suka MV nie. Takde story, cuma dance sahaja tapi ini adalah dance yang osem as usual dari EXO. And aku masih menantikan kesinambungan dari teaser pathcode bagai dari SM. Dah la aku xboleh nak faham teaser tu semua, kalau dia tak sambung cerita EXO nie macam dia buat b4 nie, memang nak kena SM nie.

Pastikan korang dengar album EXODUS diorang. Pada aku album kali nie mantap. Aku suka Transformer dan slow song diorang jugak.

Nie Chinese version, Tao dengan Ferrari merah. Xiumin killing it baby!!

Noona HQ

Noona setuju apa yang Noona B cakap tentang MV ini. Cuma Noona nak tambah royan lagi. Noona rasa MV diorang ada unsur-unsur macam Growl. Sebab dalam gudangkan. Lepas itu ada kamera shoot tarian diorang bersambung-sambung. Cuma masa Growl itu diorang dressup budak sekolah tapi kali ini macam abang macho la pula. 

Rambut Chanyeol pun dah berubah color. Aku nampak janggal pula tengok Sehun sebab kaler rambut dia kan sebelum ini extreme dan menonjol. 



Part tarian yang aku suka adalah ini. Dalam banyak-banyak aski ini aku suka Xiumin menari sebab nampak girl sangat dan sharp sangat memang kena dengan dia tak tau kenapa. Maybe yang lain aku tengok bila buat part ini macam keras sedikit. Dan part ini juga aku cuba cari pada D.O tapi tak jumpa kena tengok live performace diorang ini. 


Pujian harus diberikan pada tarian diorang sebab kali ini tarian diorang sharp. Tambah-tambah part wave ini. Sama ok.


Part Baekhyun ini aku suka sebab Baekhyun buat dengupan hati pastu bagi hati dia. Eh! rasa nak ambil je hati dia. Tapi kang kena marah dengan Taecyeon. Opss!


Part ini pun aku suka. EXO ni aku tengok lagu diorang rancak macam mana pun mesti ada part yang slow dan high note. Dari Baekhyun menyanyi sorang-sorang tetiba muncul si Kai pastu Chen. Bila Chen nyanyi ada suara sampukan lembut dari D.O. Sangat harmoni. Kemudian tarikan high note dari D.O. Peh! D.O jjang!

Part nyanyi individu pun dah bertambah. Xiumin dan Lay dah menonjolkan part suara mereka dengan lamanya. 


Untuk MV versi Chinese. Aku suka part Lay yang dekat sini. Sebab lesung pipit Lay menonjol part sini berbanding dalam MV versi Korea. Ko saja kan Lay! (melting seminit)


Noona A

Aku rasalah kann...SM ni terlibat dalam konspirasi New World Order. Mereka akan cuba melemahkan kekuatan hati fangirls2 sehingga tak tertanggung lagi in order to rule the woooorld!

Punyalah tunggu MV dari SM. Kalau ikut teaser2 diorang ingatkan nak buat lagu macam MAMA. Rupanya catchy2 fefeeling remaja gitu.

Aku tak suka tengok Kai yang keluar first and start lagu.
Aku tak suka Baekhyun nyanyi pastu yang lain menari hinjut2 bahu dengan sharpnya.
Aku tak suka Chen tetiba tukar baju bila masuk pintu lain.
Aku tak suka suara Kyungsoo yang velvety chocolate dengan hip thrust diorang macam tu.
Aku tak suka diorang nyanyi korus dengan pergerakan yang secara misterinya somehow kali ni sharp nak mamp..

Aku tak suka Exo.
Aku tak suka lagu Call Me Baby..
Aku tak suka tak suka tak suka!

Uwaaaaaa. Help me.

Comments