Skip to main content

방탄소년단(BTS) - 'I NEED U' MV Review

Yes!! Finally, the wait is over. Akhirnya BigHit drop the I Need U MV. Seriously, anticipating a comeback is hardwork and a a roller coaster ride. Mula-mula teaser, lepas tu music release, lepas tu live performance, lepas tu MV, lepas tu lagi...Oh penat, tapi seronok. Jadi kalau group favorite korang nak comeback, sila la join segala aktiviti fandom korang.

*Peringatan: Kalau boleh sila tengok dekat ibighit punya channel bukan 1theK.
Kalau nak search taip "ibighit i need u bts"
Link terus : - https://www.youtube.com/watch?v=DOuhvBJqKVY


Mari mereview...

Opening dia akan buat korang rasa confuse dengan lagu nie, sebab sangat lain dengan style dan image Bangtan yang lepas. Tapi jangan risau, korang tetap akan fall dengan lagu nie.

Scene awal adalah muka Jungkook (dengan air mata disitu..cis,sape berani buat dia nangis nie??), Jimin dalam tub mandi (perfect place untuk dia) dan Suga dalam bilik (atas katil..great).

Rap Suga bermula, sambil dia duduk atas katil dan bermain dengan lighter. Kali nie, Suga antara yang ada dye rambut paling stricking sekali, dan nampak kena pulak pada dia. Dan BigHit saje je kasi close up part nie dari bawah ke atas kan.. Motip sangat ok.

Itu Suga bermain dengan lighter

Kemudian scene J-Hope. Wah..aku suka rap J-Hope. Dengan setiap album, kita dapat dengar rap dia makin improve dan ada style tersendiri. Antara style J-Hope adalah dia start off dengan rap-talking macam tu, lepas tu dia rap.

No J-Hope...dont take the pills

J-Hope nampak flawless sambil check out muka sendiri dicermin dan dia kemudian ambil botol pil dalam almari. Alamak..this is not good.

Lepas tu kita jumpa Jin, atas katil jugak. Sambil berpakaian putih long sleeve, dengan short hitam dia meletakkan bunga putih diatas lantai. Aku pasti ini simbolik sesuatu, tapi aku tak tau apa dia.

Kemudian baru jumpa adikku Taehyung!! Wow pakai hoodie. Dia berada di maybe kawasan rumah tinggal. Oh, ada juga kelihatan botol-botol kaca dilantai.

Kemudian part Jimin pun masuk " I Need u girl..Wae!"...Wah, kali nie banyak part Jimin dapat. Ah..suka aku. Scene seterusnya diorang bermain-main dekat landasan keretapi tu. Semua orang nampak hepi disini.

Antara scene aku suka. Kalau perati Taehyung betul-betul masa dia pandang camera tu dia wink.
How dare u!
Satu lagi secene keretapi yang aku suka

Yes semua happy dan VMin!!

Oh...Jungkookie pulak. Hmm..macam takde mood je dia.JK terlanggar dua orang masa dia jalan dan dia biar je. Budak nie macam lost je, tak perasan dunia keliling.Ok, scene nampak satu mata je tu aku tak pasti Jin atau JK.

Bunga terbakar..Jinnnn....what happen to you??  Dia macam menderita je sambil merengkuk atas katil tu. Scene beramai-ramai lagi dengan diorang berebut nak tengok cermin bulat.

Part Rapmon pulak di pam station.Hoo...Bangtan sekarang dah upgrade yo..dulu bawak bas sekolah je, sekarang Jin da bawak kereta Audi. Ingatkan RM smoke tadi, oh...lolipop rupanya. Looking all badass with a lolipop.

J-Hope berjalan ditepi jambatan..macam tak stabil je dia nie..Ow...scene rakam dari atas...mesti pakai helicam nie.Taehyung jugak berjalan kat luar dan dia kelihatan memukul tin air. Tapi aku rasa macam botol air biasa je, lepas tu jadik air Redbull. Ke aku salah tengok?

Lepas bergembira naik kereta Audi Jin, diorang lepak kat mana ntah, buat bonfire. Kelihatan semua OTP sangat bahagia, kita ada VMon,SugaKookie, and the ultimate JiHope, oh dan Jin..dia kat tepi dok perati je budak-budak nie..hehe

Jin nangis wehh...satu je air mata jatuh. Wah..aku rasa Jin menonjolkan bakat lakonan beliau dalam MV kali nie. Jimin bakar kertas rasanya dalam bath tub (ohhh..the lengan..saje je ko sleeveless kan Jimin). Ok part JK aku positif dan yakin muka dia ada sikit biru, macam lebam kena belasah tu. Tapi dia ada smirk sikit, adakah itu bermaksud dia suka atau hepi??

Scene air mata nie..

Lompat barrier..Hmm..macam penat buat je kan..Haha..tapi tak setinggi ini lah. Tiba-tiba aku rasa scene pijak lopak air dan bayang-bayang adalah cool. Nanti buat video, boleh try idea nie pulak.

Muka Taehyung masa  nie...muka dia...Damnnnn son....Lain sangat muka dia dalam scene nie. Ko dah makin improve bab berlakon...Noona bangga!
Suga kelihatan dah feed up, give up. Ohh..what the the heck...Sape perempuan tu?Bergaduh dengan lelaki tu sape pulak? Ohhhh..Taehyung masuk dengan kelihatan marah. Dia pasti belasah lelaki tuu.....Tetiba masuk scene Jimin pulak! Hey..ape nie...sambung la scene tadi..Ape nie...
Jimin tenggelamkan diri dalam bathtub dia.

Taehyung..taehyung...taehyung...wow..Lakonan ko..aku suke wei. Dia kelihatan marah, lega, confuse,sedih,bersalah..semua dalam scene nie.Tapi kenapa baju dia dah lain..tadi masa masuk pakai hoodie tu kan?

Wow so much feels in one scene
JUngkooookkkk...tengok kiri kanan bila nak melintas....kan akak dah ajar ari tu...Benci la scene nie potong-potong...JK kena langgar ke tak tu??

Masa scene bonfire dan semua hepi jugak, kelihatan J-Hope buang pil dia dalam api..Well, its a good thing kan?  Dan dia nampak hepi. Ohh..RM buang lolipop nampak suspicious.


Scene last adalah semua orang tidur dan nampak tenang. Damnnn..J-Hope saje je tayang jawline dia kan.

Hasil dari MV ini adalah..semua ARMy jadik Sherlock sepanjang malam..dalam cubaan untuk memahami MV ini secara keseluruhannya sebab banyak sangat scene yang terpotong-potong dan tak faham. Well, seperti biasalah aku tak faham MV tu kan..tapi kali nie aku berusaha untuk memahaminya.

Jadi, malam yang sama jugak. aku dengan Noona HQ telah buat persidangan untuk lebih memahami MV ini. Antara kesimpulan yang didapati adalah....

1. MV ini berkaitan dengan isu self-harm, depression,psychology dll.
2.Setiap member ada isu masing-masing iaitu J-Hope (overdose atau ketagihan pill), Suga (arsonist atau fire-setting), Jimin (drowning) ,JK (macam takde soul, lost in his mind),Taehyung ( anger prob), Jin (depression)..dan aku tak tau RM apa isu dia
3.Tak faham sebab ada scene diorang hepi, lepas tu tak hepi..lepas tu hepi balik..Flashback yang mana satu nie??

Malam tu masing-masing kat Twitter pun buat assumption dan beri idea diorang. Antara yang menarik adalah

1.Scene happy tu adalah flashback masa diorang bersama.
2.Lepas tu ada problem maybe kena tinggal dengan girlfriend, setiap dari diorang menghadapi isu sendiri yang akhirnya memusnahkan diri mereka.
3.Scene Jin letak bunga tu katanya ada 6 petal bunga dan bunga tu akhirnya terbakar. Dia maybe baru balik dari funeral.
4. Scene Jin merengkok tu, ada orang berdiri belakang dia, tapi tak nampak muka.Maybe adalah RM.



Malam tu BigHit pun tweet menunjukkan ada 3 gambar iaitu deleted scene dari MV. Rupanya MV ini adalah versi umur 15. Jadi scene keganasan bagai tak boleh ada. Mereka akan release version 19+ nanti. Ini yang tak sabar nak tunggu MV nie..nak tengok lakonan semua orang dan memahami MV ini secara keseluruhannya.





Lastly, MV ini sesuatu yang baru buat Bangtan kerana tak ada scene menari langsung. Semua orang perlu berlakon dan lakonan tanpa dialog dengan hanya ekspresi muka dan pergerakan saja adalah susah. So, good job Bangtan, good job BigHit!!

[Kali nie tak review sangat part lagu sebab berangan nak tulis review full album Bangtan, sila nantikan post tersebut bila Noona rajin menaip]

~Noona B

Comments