Skip to main content

BIGBANG 2015 WORLD TOUR [MADE] IN MALAYSIA



BIGBANG 2015 WORLD TOUR [MADE] IN MALAYSIA


Malaysia VIP sudahkah anda bersedia??? Lemme hear you screammmmm..
Ok sebelum kita meroyan dan beri komen, meh tengok info penting pasal konsert nie.

1. Tarikh: 25 Julai 2015 (Lepas Raya)
2. Tempat: Stadium Putra,KL
3. Masa: 6PM
4. Harga Tiket : RM 798,RM698,,RM 598,RM 498,RM 288
5.Sound check party: Pemegang tiket RM 798 dan RM 698 berpeluang untuk lucky draw pergi tengok sound check.
6. Beli tiket online:http://secure.ticketcharge.com.my/…/putra%20indoor%20stadiu…
7. Beli tiket di outlet: TicketCharge office, IME Productions office, Speedy Music Store, Rock Corner music store, Victoria Music Center and Neway Karaoke outlet.
8. Sponsor: Banyak gler sponsor dia. Kontes pun banyak,sila join.


As of 19 May 2015 according to IME

Big Bang kembali semula ke Malaysia setelah konsert terakhir mereka di sini pada 2012 dulu. Setelah bertahun menyepi, BB kembali dengan album baru dan juga konsert tour, jadi konsert kali nie memang dinanti-nantikan VIP semua.

Disebabkan tiket launch dah lepas (17 May 2015) kita tak perlu story pasal tiket launch. Tapi antara perkara yang perlu diroyankan adalah sangat ramai dah queue sebelum tiket launch. Dan masa launching, memang gila. Menurut IME Productions, 80% tiket dah habis masa launching je. Yang paling awal habis adalah tiket paling mahal dan paling murah. Dahsyat la VIP.


FUh..ramai nya orang masa tiket launch. 
Cr: IME




Sebenarnya harga juga jadi isu sebab yang paling mahal tiket adalah RM800++ kot, macam gaji basic sebulan tu..Even yang paling murah pun dekat 3ratus. Maka, meroyanlah fans-fans yang duit tak meriah. Lagi-lagi time tu lepas raya, memang kering habis la poket. Tapi IMe explain sebab diorang akan ada stage yang sangat osem dan sama macam kat Korea punya konsert.

Isu lain adalah bila tiket habis, dan online ticketing belum start. Ramai la tak berpuas hati, sebab bukan semua orang boleh pergi KL, beratur satu hari untuk dapatkan tiket. Puncanya sebab IME tak simpan tiket untuk online sale. IMe boleh either asingkan tiket untuk online ataupun launch tiket online sama hari dengan jualan. Huk, ada jugak suggest buat 2hari konsert nie. Oh, kalau betul sangat la osemnya.

Ada juga yang bising pasal konsert start pukul6, waktu maghrib tu. Ekceli benda nie dah start few years back dah. Bila satu organizer start macam nie, yang lain pun akan jadi sama jugak, even fandom dah buat petition pun. Jadi, kita perlulah buat langkah yang betul untuk isu ini. Kenalpasti ada surau atau tak dalam stadium. Kalau ada, lepas masuk stadium solatlah dulu. Kalau takde dalam stadium, kat luar ada,mintak la keluar dan pi solat. Kan biasa ada stiker tangan, tunjukkan je masa nak masuk balik. Itu apa yang kami buat la kalau ada kes nie.

Ada drama tak masa tiket launch tu, aku tak tau la sebab takde ditempat kejadian. Tapi IME ada buat queue number rasanya time tu. Diharap takde la drama potong queue dll yang berlaku hari tu.

Disebabkan harga tiket yang begitu, juga sebab noona kena banyak menabung sekarang, kami tak beli tiket BB lagi. Mahu berjuang masuk kontes katanya. Kalau ada VIP gorgeous kat luar sana yang ada tiket lebih, hulur-hulur la kat kami..hehe







Comments