Skip to main content

EXO NEXT DOOR MINIDRAMA_SUMMARY


AMARAN!
Royan ini akan mengandungi spoiler bagi drama Exo Next Door.
Sila baca atas risiko anda sendiri!

Pengenalan
Drama mini ni slow-paced gilaaaa…Memang sengaja diorang ni. Sakitnya tuh disini!!
Line yang sponsor cerita ni. Line ni macam Whats App. Tapi lagi gigih promotion apps ni. Ada macam2 sticker emoticon, siap dengan anak patung diorang semua.
Drama ni ala2 Banjun drama. Dongsaeng pernah tengok tak Banjun drama? Kalau belum, sila youtube Banjun drama DBSK. Noona takleh tengok dah. Nanti 7 hari 7 malam tak kebah demam.

Watak-watak

Yeonhee = Heroin utama. Pembantu rumah untuk Exo. Clumsy, naïf, comel2, baik hati. Mungkin pernah ada kisah silam dengan Chanyeol tapi dia tak ingat. Typical Exo fangirl. Muka cepat jadi merah padam kalau malu. Nama lain yang Exo bagi is Incheon Gal/Girl (Incheon tae) sebab dia lahir kat Incheon.

Chanyeol = Watak utama. Lelaki A. Bersikap dingin, panas baran, dan hensem. Merupakan cucu kepada pemilik rumah yang diorang duduk tu. Tapi atuk dia dah takde. Jiran Yeonhee. Sukakan Yeonhee.

Do Kyungsoo = Lelaki B. Pesaing Chanyeol dalam merebut hati Incheon Gal. Lemah lembut, baik hati dan ermagerrrd! Comel gila Kyungsoo dalam drama ni. Flawless betul pipi dia. Noona rasa nak gentel2 cubit2 je pipi dia tu.

Oh Sehun = Watak dia buat noona berbulu. Dia ni dengan Baekhyun bertugas untuk membawa watak komedi. Dalam drama ni, Sehun berkawan dengan adik heroin yang ‘ugly assed’. Mula2 tengok Sehun ni mcm kaku je dalam episod2 awal. Tapi dah masuk yang ketiga keempat mmg lawaklah mat romeo ni.

Byun Baekhyun = Dia pun penambah rencah macam Sehun. Kasi gag sikit dalam cerita ni.

Kwangsoo = Adik Yeonhee si Incheon Gal. Bestfriend Sehun. Wayar putus sikit. Tak...putus habis.

Plot
Cliché sangat wehh. Lelaki A panas baran, selalu cakap kasar dengan heroin. Lelaki B lelaki kedua dan menjadi pilihan feveret ramai sebab lemah lembut, comel, dan ada crush kat heroin gak.
Pastu ada watak sampingan kawan2 watak utama sebagai komedi perencah Adabi.
Lagi satu, dalam setiap cerita Korea mesti ada item yang menjadi pegangan. Contohnya dalam cerita My Girl itemnya snow globe. Dalam cerita ni itemnya pendant treble clef.

Episod 1-4
This..I’ll give you the honour of watching it yourself. Cerita dia dragging sangat. Satu episod youtube dalam 10 minit. Tapi kalau nak diikutkan 10 saat je sebenarnya!

Episod 5
Lepas kena marah dengan Chanyeol, Yeonhee demam.
Diorang tunggu Yeonhee datang kemas rumah namun tak kunjung tiba. Hensem wehh tengok Chanyeol muka serius gila dalam babak ni.



Scene komedi Sehun plak mula2 rasa pelik tengok. Lepas 10 kali tengok jadi macam ok dah.

Episod 6
Kwangsoo dapat tahu bahawa Exo mempunyai kuasa supernatural. Disebabkan penemuan ini, babak lain semua jadi tak penting.




Episod 7
Empat orang KottMinamNamja tu ‘selamatkan’ Incheon Gal drpd Minhwan. Sebelum Minhwan blahh sempat gak dia kata nanti dia akan hantar Line message kat Yeonhee.
Balik tu memasing persoalkan dan main agak2 siapa sebenarnya Minhwan kepada Yeonhee tu.. Time ni muka Chanyeol dah bengang plus chemburu.

Sehun dan Kwangsoo then form a deep friendship bond together over Kwangsoo’s classic grinding millstone drip coffee.

Baekhyun suruh Yeonhee praktis baca skrip dengan Kyungsoo. Tetiba scene jadi semacam real. Kyungsoo comel. Comel. Comel... Noona dah cakap belum kyungsoo comel?



Disebabkan ni drama Line yang bawak…so scene last tu dia ‘suruh’ Baekhyun promote produk diorang. So Baekhyun pun berceritalah kat Xiumin hyung apa yang tengah berlaku berjam2 sepanjang malam sebab menurut Baekhyun...panggilan Line adalah percuma! LoL.

Episod 8
Scene bermula dengan Kyungsoo dan Yeonhee praktis baca skrip. Yeonhee malu. Kyungsoo comel.
Chanyeol jeles tengok Minhwan call Yeonhee.
Kwangsoo dgn Sehun minum kopi sambil bincang Yeonhee paling minat siapa.
Minit2 terakhir Sehun bagitau siapa yang Yeonhee minat sebenarnya. And it turns out to be…
Kai! Time tu jugak dia tetiba datang. Ughh..dem feels.

Episod 9
Memperkenalkaaan…ahli-ahli Exo yang lain! Sesiapa yang merupakan fan Tao akan sangat feels dalam episode ni. Diorang suruh Chanyeol introduce Yeonhee kat diorang time tengah photoshoot.
Sepertimana menurut Sehun, Incheon Gal minat kat Kai. So start episode ni Kai dah mula interframe dan ‘mengorat’ Incheon Gal.
Haruslah Chanyeol jeles kannn..



Episod 10
Chanyeol demam. Harabeoji bagi hint mana nak cari ‘pendant’ kedua. Hint = merah
Kai datang nak kacau je rupanya. Dia saje je. Kasi noona dugundugun tak pasal2. Tapi serius comel gila dia ni.. Haiihhh..
Sehun dan Kwangsoo buat aku kentut berdarah sebab gelak kuat sangat tengok diorang. Siap ada petition tak rasmi untuk buat episode khas untuk SeSoo line ni.

Dalam episode ni Kyungsoo tanya siapa yang Yeonhee paling suka. Jeng jeng..


Noona A

Comments