Skip to main content

Lagi Hadiah IME untuk Malaysia ARMY #TRBinKL #TRBinMY

Selepas tiket launch segala, IME Productions nampaknya berusaha bersungguh-sungguh untuk jadikan The REd Bullet sebagai konsert paling meriah tahun ini.

Apa tidaknya, setakat hari ini sudah 3 kejutan yang diorang bagi.

1. Hello Session



Pemegang tiket VIP berpeluang untuk sertai Hello Session. Hello Session adalah diorang akan bagi signed photocard setiap seorang, jadi akan dapat total 7 photocard personally given by them. Ini hanya untuk 500 VIP yang bertuah la.

Selain tu, semua pemegang tiket dapat masuk masa Hello Session, walaupun hanya pemegang tiket VIP saja dapat naik ke pentas untuk Hello Session. Masa ini BTS akan juga in a way sambut BTS 2nd anniversary in advance. Tarikh sebenar anniversary diorang adalah next weeknya, tapi yang penting kita dapat meraikan hari tu bersama.

Kira Hello Session + Advance Debut Anniversary. Untung sungguh ARMY Malaysia.


Hello Session adalah sehari awal dari konsert. Jadi kenalah cuti half day hari Jumaat tu bagi yang bekerja ye~atau habis keje pukul 5 sila berlarian ke Kenanga.

2.Media Interview

Ini satu lagi surprise IME kasi iaitu 80 pemegang tiket VIP yang bertuah dapat hadir masa media interview dan dapat bertanya soalan direct pada BTS. Mereka akan jawab direct,live dan personally pada korang..Ow, nak tanya soalan apa yek?
"Taehyung will you marry me???" haha..ok bukan yang tu..sebab dah tau jawapan ape.

Juga pada hari Jumaat bertempat di hotel diorang stay. 5pm kat Hotel Hilton pastu terus ke Kenanga untuk Hello Session. Berlari-lari anak la VIP tiket holder yang bertuah nie



3.Meet & Greet

Dan tengah malam semalam, IME announce satu lagi surprise iaitu Mee & Greet. Ini memang terbaik punye la sebab semua orang yang ada tiket berpeluang untuk dapat pergi Mee &Greet. Ini lagi giler dasat sebab dapat amek gambar bersama, personally, dekat pulak tu.

Lucky draw ini terbuka pada semua tiket holder, dan hanya 50 orang yang terpilih je dapat. Pada aku ini lucky draw paling adil sekali.

Tarikh bila aku tak dapat lagi..nanti dah confirm aku update sini.


Jadi, pada yang masih belum beli tiket, cepat-cepat beli sebab ada je lagi kat ticketcharge.com.my.

Tengok gambar diorang nie puas-puas sebab next month dah nak jumpa dah.







#TRBinKL #BTSinKL #TRBinMY #BTSinMY

Comments