Skip to main content

Apa Yang Korang Tak Tahu Tentang Peminat Kpop?

Ko minat Kpop? Ewwww
Jika korang peminat Kpop atau dipanggil Kpopers (aku sebenarnya tak suka pun gelaran ni), pasti korang berdepan dengan banyak salah faham dan pandangan slack dari orang lain. Disini aku senaraikan perkara yang orang selalu silap faham tentang kita.

Diharap list ini serba sedikit dapat membetulkan silap faham yang ada.

-Minat Kpop tak bermaksud kami suka dan sokong SEMUAAAANYA tentang Korea.

- Minat Kpop tak bermaksud benci musik lain. Kpop adalah singkatan untuk Korea Pop, iaitu music pop korea. Kpop = salah satu genre music dari Korea. Layan je K-HipHop dan K-Indie. Takde diskriminasi dalam musik ok.

- Minat Kpop tak semestinya tahu,faham dan boleh tulis bahasa Korea. Tak semua orang ada kebijaksanaan lingustik, atau kerajinan dan ketabahan untuk belajar Hangul. Contoh utama, aku. Romanization dan Eng Sub adalah sangat penting dalam hidup aku.

-Minat Kpop tak semestinya hantu drama Korea. Even aku sendiri bukan peminat tegar drama Korea, setakat hari ni tak sampai 10 drama aku pernah tengok sampai habis (ini isu komitmen, bukan isu drama diorang tak best)

- Minat Kpop tak bermaksud kami hanya suka lelaki jambu(yang korang panggil) atau metroseksual (yang dunia luar panggil). Pastinya semua orang suka yang hensem, tinggi, cerah. Dah memang sejak dari dulu pun begitu, even aku beli karipap pun still nak pilih yang lawa. Tapi ini tak bermaksud kami tak suka lelaki Malaya berkulit sawo matang (panggil tan baru kedengaran macho) yang makan mesti ada petai. Tall, dark and hensem tetap menjadi pojaan hati…Tak semua peminat Kpop matlamat hidup diorang adalah kahwin lelaki Korea.

- Minat Kpop tak bermaksud benci local music. Percayalah, aku lagi hafal lagu Exist, Iklim,Slam, Umbrella,XPDC,Ekamatra dari lagu EXO, Boyfriend, Got7, even Bangtan.

- Dengar Kpop, tonton drama Korea, belajar Hangul, makan kimchi takkan menjadikkan kpopers ini orang Korea. Kami tau itu, jadi tak payah guna ayat “Ko ingat boleh jadik Korea ke?” Relaks bro. Kami cuma menghargai budaya mereka, bukan nak mengkoreakan diri.

- Kami tahu dan sedar mengenai reality plastic surgery di Korea, terutama dalam kalangan pelakon dan idol. Jadi ayat “ala…tu semua plastik je tu. fake sangat” dah over used sangat. Kami dah terima dah kenyataan tu berdekad lamanya. Lagipun plastic surgery dah jadi macam kebiasaan mereka. Ini common knowledge kot.

- Minat Kpop tak bermakna kami takde life. Kami masih study, bekerja, in a real relationship, hidup dalam alam nyata, berebut parking time lunch, makan ketupat dengan rendang dll macam orang biasa. Kpop adalah sekadar music yang kami pilih dalam hidup kami.

- Minat Kpop nie music remaja budak-budak je. Well, obviously kamu tak masuk level deep dalam Kpop. Memang lagu yang catchy dan famous biasanya liriknya biasa je. Cuba rajin-rajinkan diri tanya kpopers tu, apa lagu yang beri impact pada diorang. Mesti ada punya, even satu lagu pun.

-Minat Kpop tak menjadikkan kami pengikut dan pengamal pemakaian dan fashion Korea. Fashion mamat seluar singkat, kot ketat katanya. Dah memang diorang stylo dan lawa bila diorang pakai, biar la kan. Kita yang tak sesuai, atau tak mampu nak bergaya macam tu, hargai je la good fashion diorang.

- Apa saja yang budak-budak Kpop lain buat, korang terima bulat-bulat dan kata betul. Takde makna nye oiiii…Yang salah tetap salah kalau dah terlebey sudah batasnya. Hanya kerana kami minat genre music yang sama tak bermakna kami setuju dengan setiap tindakan peminat yang lain. Oh ya, ini mungkin beza noona fans dengan peminat yang masih muda belia.

- Pengunaan bahasa Korea sikit-sikit (ini poyo je) dalam kehidupan harian tidak akan buatkan kami lupa cakap Bahasa Melayu. Setakat cakap “Aigooo” , “Nae..” atau “Omo!” tak akan menyebabkan teman hilang pedoman hidup. Kome takyah risau sangat (Cubaan poyo cakap Perak..haha)

In short, peminat Kpop ini sama saje macam peminat music yang lain macam jazz, blues, reggae dan lain-lain. We are here to enjoy the music, and whatever comes with it like good-looking guy, nice soothing voice, chocolate abs, moon shaped eyes, kimchi, running man and whatever.
Jangan judge orang lain. 
Don’t judge a book by its cover. 
Don’t judge a person by their music taste.

Just enjoy whatever suit your ears.
Peace yo!

Noona B

Comments

  1. setuju sangat.. 🙆🙆🙆

    ReplyDelete
  2. sumenye btol. sedih jugak bila tengok stigma masyarakat terhadap kpop ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah..pandangan serong saja yang kena.jadi kita sebagai fan yang comel marilah berperangai elok dan ingat tagline noona
      Minat, minat jugak. Tapi berpadalah..

      thanks for the comment!!

      Delete

Post a Comment