Skip to main content

[Fan Account] 150613-150614 VIXX in Malaysia KPOP World Festival

Assalamualaikum,

Seperti tajuk di atas dan rant aku yang tak kebah-kebah dari VIXX. Sehingga dan ketika ini aku masih melihat video dan artikel VIXX. Aku tahu kewujudan VIXX tapi I'm not into them until aku jumpa tengok diorang depan mata. Oh maiii...

150613

Selepas baca fan project untuk menjemput VIXX di airport. Aku dalam dilema keselamatan untuk menjemput kerana kegagalan melihat BTS di airport hari itu. Takpelah. Kito coba yaaaa. Di sebabkan tengah bulan. Nak drive ke KLIA agak dua tiga kali juga aku pikior sebab minyak, tol dan parking. Memandangkan aku sorang je tak berbaloi.

Cara jimat ke KLIA :

1. Park kereta dekat Putrajaya Sentral. RM 4 je
2. Naik KLIA transit dari Putrajaya ke KLIA. Kalau ada kad siswa RM 4.30 je.

Aku sampai lebih kurang pukul 3.20 petang. Kelihatan fan VIXX iaitu Starlight telah bersemangat dengan sepanduk mereka dan practice bait kata-kata kepada VIXX. Masa ini confuse juga nak tunggu tingkat 3 atau tingkat 5. Lebih kurang pukul 4.45 desas-desus mengatakan mereka dah keluar dekat tingkat atas. Tapi memandangkan aku nampak security guard dan pak cik PD nim KBS dan kameranya menyakinkan kami bahawa mereka lalu di Level 3 seperti yang diberitahu.

Starlight yang sangat behave

Abang Security. Di mana ada diorang di situlah muncul artis. 

Lebih kurang pukul 5. Mereka keluar. Aaaaaaaa. Sangat daebak ok. Diorang sangat friendly. Lambai-lambai senyum-senyum lagi tau. Korang boleh tengok video kat bawah ini hasil tangkapan aku.


Aku sibuk nak fokus kat Hongbin sebab dimple dia yang awesome tu sekali tertangkap LEO yang muka sentiasa ketat itu. Merana juga jiwa ini tengok jelingan tajam dia itu. Tapi ada dia tengok I...auch..then aku panggil Ravi. Ravi dengar toleh dan lambai. Auch lagi. Terima kasih pada abang driver kereta diorang yang ambil lambat. Lama juga mereka menunggu. Maka, seronoklah fan dapat tengok lama-lama. Dan paling kagum, fans sangat behave. Tak sentuh-sentuh walaupun dekat. Ada sempadan gitu. I'm next to you but I know I need to behave. So, VIXX pun happy go lucky je tak rasa takut dengan fans. Well done!


Dimple dia mahalnya

Bila panggil Ravi, ravi pandang dan lambai..Bonus Hong Bin pun turut melambai

150614

Masa ini, sekali lagi dilema keselamatan untuk tengok VIXX. Alang-alang dah tengok kat airport. Ayuhlah tengok diorang lagi dekat KPOP World Festival 2015. 

1. VIXX jadi jadi judge. 

2. Bukan takat jadi judge je. Siap buat persembahan tiga lagu lagi. 

3. Ken introduce diri dia 'Saya yang paling comel di sini. Terima kasih' Ayat ini tak boleh belah. 'Sedap' Dia cakap Melayu ok! Ken sangat comel. fanservice dia banyak sangat sebab kamera dekat dengan dia. Selalu terfokus dia. 

4. N menari girl group exid up&down. Tengok di sini.

5. Hyuk buat aeygo 2 kali. Bonus skala ketongekan 100%. Tengok di sini

6. Fan tanya. Kalau jadi binatang diorang nak jadi binatang apa. Jawab Leo dia nak jadi kucing. Hong Bin dekat sebelah Leo belai Leo macam kucing bila Leo cakap macam itu. Ravi nak jadi kucing tapi lagi besar dari Leo.

6. Ketika VIXX menjadi judge. Ravi paling enjoy and really supportive. Siap geleng-geleng kepala lagi. Leo pula muskil betul dia judge finalist ke fan sebab mata dia I kenot detect youuuuu. Silalah cari gambar Leo yang tengah judge fan di #kpopworldfestival di instagram

7. Di sebabkan Hyuk di bahagian aku iaitu kiri stage. Peminat asyik panggil dia je. So, he keep tease peminat dengan jelingan macho dia. owh maii...



See Leo itu...aish..
Untuk video kontot VIXX boleh lihat di instagram noonameroyan


Noona HQ


P/S : Selamat berpuasa semua! ^_^

Comments