Skip to main content

[Fan Account] The Red Bullet in Malaysia 2015 #TRBinMY #BTSinMY

Noona B and Noona HQ merupakan peminat tegar lagi cair dengan BTS. Makanya, kami merancang untuk sentiasa mengikut perkembangan mereka bila mereka di Malaysia sempena TRB. Dari datang airport, hello session, time concert dan hantar pulang ke airport. Noona gigih kali ini.
#kembarabangtan

[Peringatan : Fan account ini super panjang, tapi best]

Mari bercerita dari KEDATANGAN BTS di KLIA

1. Noona HQ dan Noona B bergerak ke airport lepas kerja. Kami yang masih noobs dengan persekitaran KLIA. Dengan lurusnya kami menunggu kedatangan mereka di kawasan balai ketibaan yang selalu orang sampai itu. Sebab kami yakin BTS akan keluar area kami setelah melihat kamera diseluar (DSLR) Masternim yang kedengaran bercakap Korea dan Jepun. Tiba-tiba ada seorang fan menyapa kami bertanya gate mana yang diorang keluar. Kami penuh blur bertanya balik kepada fan tersebut, 'Ada gate lain ke?' Nampak tak noob tahap dewa noona ni. Tetiba juga ada fan lain dari Malaysia menyapa fan dari Jepun yang memakai cekak rabbit. Fan tersebut cuba menerangkan kepada fan Jepun tu dengan body language. Serius masa itu, Noona tak berpikior dek otak ada fan and masternim dari Jepun datang. Noona HQ pun menegurlah fan Malaysia dia cakap apa kat fan Jepun itu, "fansite dari China semua berkumpul dekat atas" Wow, tapi kami masih tak berganjak dari situ. Fansite and masternim yang lain dah berkejaran naik atas dengan beg tarik diorang. Reason tak pergi gate satu lagi..kami blur dan confuse.
Antara yang tunggu kat Gate Arrival dengan kami
 2. Tunggulah kami dengan penuh kesabaran dari pukul 8 lagi tau. Tunggu punya tunggu. Fansite dari Jepun tadi datang balik berdiri sebelah kami. Ini menambahkan keyakinan kami bahawa mereka akan sampai melalui gate kami.
Nampak dak lense DSLR dia..
 3. Tunggu punya tunggu kedengaran bapa kepada fan menyatakan kapal terbang dari Incheon dah landed pukul 9.24 malam gitu. Mengelabah kami tengok twitter bila jam dah menunjukkan pukul 10. Rupanya dah ada preview diorang dah sampai cuma tengah hold untuk keluar pintu mana.

4. Sebelum itu, ada lah masternim dari Jepun yang cantik macam barbie doll depan kitaorang dok sapa kawan dia Jepun sebelah kitaorang sambil tanya setting kamera. Lawa ok, dah la tinggi. Beg penuh dengan stiker airport, memang ikut BTS je gamaknya dia ni.

5. Rupa-rupanya, BTS dah keluar dekat tingkat 5 laluan vvip. Ahh kecewanyaaaaaaaaaaaaaaaa. Kami pun naik tingkat 5 sambil bertanya dengan fan lain and lepak kejelesan dan mental breakdown melihat video diorang yang awesome itu. Serius, kepala otak Noona tak dapat hadam kegagalan skala 100 untuk melihat BTS. Huarghhhhhh..Memang mental breakdown habis la masa nie. Tak dapat nak cakap macam mana.

Ko bayangkan, dok tunggu diorang sampai dari pukul 8 sampai pukul 10 malam. Tiba-tiba tengok twitter, masternim dah upload gambar diorang dah sampai. Kat tingkat atas kami...atass tu je. Adoi la. Sepanjang malam tu, hanya bunyi "Ah....huhhhhhh...ahhhh" itu je yang kedengaran dari mulut kami. Tragis giler la. Ini takde jodoh level kimchi sungguh. Unbelievable! ( Quote kata-kata Suga masa dia susah nak bukak jaket atas pentas TRB)

6.BTS tak lalu laluan kami tapi dancer2, stylist dan terutamanya Director Performance Big Hit (Son Sung Deuk) a.k.a abang senduk (fan malaysia kasi nama senang nak sebut) Kalau dia tahu ni mau dia senduk semua fan. Fan2 siap menjerit Son. Nasib dia tengok kamera. Abang Senduk dengan terujanya upload perkembangan dia kat Malaysia dengan makan laksa dekat bukit bintang. Esoknya dia upload makan sate dengan nasi lemak kat Madam Kwan. Moga abang senduk terpikat dengan Malaysia. Kekeke
Stewardess Korean Air pun kami amek gambar
Dancer-dancer yang konpius bila kami menjerit
Mr Son tengokla sini
Akak stylist
Katanya masa Bangtan lalu kat Level 5, drama berlaku. Drama fans tolak menolak, rempuh merempuh la. Siap ada fans yang terjatuh. Tu la, letak lagi security tak ramai, Level 5 tu dah la open space tak selamat adik-adik aku nak lalu. Lain kali keluar ikut Level 3 tu je. Details apa berlaku kat atas kami tak dapat cerita sebab tau sikit-sikit. Itu pun tanya orang.

#Tips
- Ada 2 arrival gate. Level 3 arrival biasa, Level 5 ada tempat VIP. Biasanya artis Kpop lalu Level 5.
- Parking mahal, sila car pool.

Hello Session

Hello Session bermula agak lambat dekat pukul 7 jugak la. Apa yang berlaku adalah, 500 fans yang bertuah sungguh tu akan naik atas pentas, terima photocard personally dari setiap member Bangtan (yang ada message dan autograph each photocard).

Punya laju sebab ramai kot 500 orang nak naik atas pentas, aku tak rasa fans sempat cakap Hello pun kat Bangtan. Habis Hello Session, lepas tu dibawa kek dan ARMY beramai-ramai menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi versi Korea untuk anniversary Bangtan (aku mengharapkan kek luar biasa bercirikan Malaysia iaitu pulut kuning, namun takde). Kira macam early anniversary celebration ARMY bersama Bangtan.

1. Masa Hello Session ini yang menarik adalah mengusha fans yang pelbagai ragam terutamanya dari segi fesyen. Fan yang memakai crown bunga2 begitu ramai. Paling menarik yang rambut purple crown bunga dia ada tanduk lembu. Idea fans pakai flower crown pada aku adalah comel dan lain. Sebab biasanya Bangtan yang dipakaikan flower crown.

Menunggu masuk ke Hello Session
Tenang sungguh semua orang. Time nie je la
2. Fan yang memakai wedge heel. Ok kalau wedge heel ini. Noona boleh terima sebab tapak dia luas. Tapi kalau yang heel dia halus itu. Noona kagum dengan skala menapak dia. Noona juga nampak heel yang 10 inch pun  hado tau... Kagum3..Jaws drop!!

3. Fans yang memakai costume binatang. Ala lalalala..comel gitu..

4. Fans 500 lucky yang mendapat photograph dari BTS ada yang bawa kanak-kanak. Ini teknik lama tau..Sebab V teruja kot tengok ada budak.

5. Sesi Hello Session yang sangat pantas lagi laju di tambah lagi penarikan efisen dari Kakak Rela yang mempercepatkan fans bergerak dengan pantas. Siap tarik lengan tau. Akak Rela jangan tarik lelebih, kang tercabut tangan weeooull...

Tiket murah, dok kat pagar belakang sekali.
6. Masa Hello Session ini mata Noona asyik perhati si V je sebab fanservice dia memang terbaik siap shooting fans lagi. Bila ada fans buat ala-ala kena tembak dengan V, dia pun layan aje. Rasa dihargai sangat tau.

7. Beberapa fanbase dah mula beri giveaway, dapat photocard free dari diorang. Cool sungguh kasi photocard, sticker free pada ARMY yang lain.

8. Admin sangat gigih susun ARMY ikut kategori siap ada queue number. Sayang sekali time masuk tu, main rempuh je, motip sangat. Dapat juga poster dari IME, sama je rasanya macam poster masa beli tiket tu.
Menanti dengan sabar lagi
9. Macam biasa, aku memang tak berkenan dengan sound system kat sini. Gema dan tak clear, apa MC dengan Bangtan cakap semua pun tak dengar.

10. Noona B dan Noona HQ buat game sendiri, gembirakan diri sendiri. Tajuk game "Cer teka bias dia sape?". Dengan game ni, kami dengan tak tau malu pi tegur ARMY lain. Dapat la jugak borak sikit-sikit.
Bangtan kat atas tu. Nampak dak? 
Habis saja Hello Session, fan yang lagi super bertuah serta Bangtan shoot terus ke Hilton Hotel untuk media interview dan Meet & Greet. Disebabkan Noona tak berapa bertuah, maka tak dapat Media Interview dan Meet & Greet. Oleh itu, takde benda nak stori, korang carik la fan account time tu.

The Concert The Red Bullet in Malaysia

Noona datang agak lambat juga kerana ingin mengawal tahap kecoolan kami. Kami sampai dalam pukul 3 petang, parking dekat pizza. Sebelum tu, kami sibuk buat fanboard kat rumah. First time seumur hidup, Noona cuba kreatif kan diri buat fanboard.

Inilah hasilnya. Satu lagi nama V
Aku pun tak faham kenapa time nie aku buat nama Suga instead of V
1. Noona mengutip dan berkejaran untuk mengambil photocard dan banner dari fansite dan fanbase. Fansite dari Korea pun ada tau. Terbaiklah.

Yang VIP tu semua ada kerusi duduk. Kami kat belakang sekali, berdiri je la.
2. Fan dari Jepun yang aku jumpa dekat airport terjumpa lak dekat concert. Dia pakai dress pendek, makeup macam nak keluar dating. Semua orang tengok dia terpana dengan kecantikan barbie doll, kurus dan tinggi seperti model. She's everywhere kalau Bangtan ada.

3. Noona masuk lambat sedikit sebab pergi solat Asar jap. Makanya, ada nombor beratur pun tak guna. Samalah juga masa time Hello Session ada nombor untuk beratur pun masuk main squad rempuh lak. Paling tak boleh blah. Ada fans yang innocent cakap kat orang belakang. Don't push la. Padahal dia yang push. Awak ni innocent sangat tau. Auchhh.

4. IME sangat strict  bila nak masuk kawasan IME. Botol air dan makanan tak boleh di bawak masuk, apatah lagi kamera. Tapi Noona berjaya menyeludup makanan. Sorry IME. Aku laparlah dok dalam tu. Aku ini kekurangan gula dalam badan. Silalah paham. Koh Koh Koh. IME peace (^_^)V

5. Megastar Arena ni memang kecik je dewan dia, jadik yang amek VIP Cat 1 tu memang dekat sungguh la dengan Bangtan. Tempat ni ok la, sound system ok, lighting ok, dengan 3 screen. Time menunggu ni kelihatan beberapa fansite tengah susun aturkan seat diorang supaya senang dapat shoot cantik.
Hai awak semuaaaaaaa!!!!!!!!!!!!
6. Konsert pun bermula kemudian. Lepas satu, satu lagi diorang nyanyi. Pergh tinggi betul stamina diorang. Aku rasa setlist lagu sama macam TRB sebelum ni, ada beberapa je yang lain.

(Aku dok mengelak tengok fancam sebab nanti sindrom post concert tak kebah-kebah, namun demi menaip fan account ini, aku gagahkan jugak diri tengok fancam)
  1. N.O
  2. We Are Bulletproof Pt.2
  3. We On
  4. Let Me Know
  5. Rain
  6. 이불킥 (Blanket Kick)
  7. 하루만 (Just One Day)
  8. 여기 봐 (Look Here)
  9. Outro: Propose (extended ver.)
  10. No More Dream
  11.  HipHopLover
  12. Tomorrow
  13. Miss Right
  14. 좋아요 (I Like It)
  15. If I Ruled the World
  16. Cypher Pt.2
  17. 호르몬 전쟁 (Hormone War)
  18. Danger
  19. I Need U
  20. 상남자 (Boy in Luv)
  21. Encore: 길 (Path)
  22. Encore: Fun Boy
  23. Encore: 진격의 방탄 (Rise of Bangtan)
Lebih kurang macam ni la setlist dia. Yang tertukar tu maaf la ye.

Start off dengan video diorang. VCR nie kira macam diorang memberontak kat satu cikgu nie. Muka ala-ala Lee Soo Man gitu. Lepas VCR habis baru diorang keluar dan terus start dengan NO.

Macam biasa, masa nyanyi lagu Look Here, diorang akan ada punishment aegyo. Yang terpilih adalah Jin lepas kalah main osom ( versi diorang kai bai bo namanye). Jin pun buat la aegyo tu, pastu si V pegi tarik Jimin suruh buat aegyo. Jimin buat, pastu tarik V balik suruh dia buat pulak..Haha comel je semua orang. 
Ooosom
Time Blanket Kick ada part yang di couple kan semua orang tu kecuali Suga tu kan..semua tak over, ada yang pesan kot. Time Jimin dengan J-Hope tak dapat dikawal la..haha. Carik la sendiri aksi diorang. Propose is all about VMin. Ada satu ketika tu, Taehyung dok pusing-pusing atas stage sebab kagum bila kamera tu follow dia.

#ChimChim
Aku berjaya tengok Tomorrow live. Ko percaya tak tu???Oh giler la. Dah la lagu peberet tu, dengan dance dia yang menyebabkan aku tak tau nak fokus kat sape. Ada sekali tu V pi backhug Suga masa dia rap..haha,harus aku suka comel je.

Sebelum nyanyi lagu Miss Right, kami praktis dulu dengan Bangtan. Bak kata Jimin "Lets go practice!", Jin kata "Sing together!". Dah ok, terus kita menyanyi bersama. Namjoon kata this is for all the Miss Right in Kuala Lumpur..

Ada sekali tu, V amek towel pi bersungguh lap lantai, pastu pi lap kat muka dia. Hadoi la budak nie.
VCR kisah predebut diorang, sedih wei. Nasib tak mengalir je air mata.

Time Cypher takyah cakap la. Semua orang sangat hype dengan rapper line. Nasib baik tak sembur air je. Suga, Rapmon, J-Hope are totally in their element here, siap mintak semua berdiri sekali.


Taehyung-ah


Masa encore diorang tukar tshirt The Red Bullet 06 tu.Memorable la jugak kan sebab 6 Jun, diorang pakai baju tu. Taehyung nampak sangat cute sebab tshirt sangat la besar, oversize kot. Suga buat aksi comel kat sini, aku nampak ok. Pastu dia nyanyi dengan pakai bandana tu kat muka dia...ah...sangat swag. Jimin pulak dengan beanie merah beliau, ohhh comel.

Encore Masa lagu Path, kami naikkan banner sempena anniversary Bangtan. Bangtan nampak la kot, tu muka terharu tu. Encore Fun Boys.Ohmai godddd...Taehyung deep voice here just killlss mee..Mah feeelss. Pastu kan ada part yang Taehyung cakap "Nae irumen V!" masa tu dia cakap something, tapi aku xdengar sangat. Nanti dah jumpa fancam clear aku edit na. 

Shoulder Oppa
Encore Rise of Bangtan 
"Uriga nugo..bangtan sonyeondan..." Dan Namjoon cakap "Malaysia aku cintamu!"
Ahhhhhh...masa concert tu tak perasan pun. Jimin pun ada cakap "Malaysia Army, aku cintamu!!. Lagu Rise of Bangtan memang akan buat semua orang excited dan menari bersama. Great song for encore.
Taehyung, keep your tongue in your mouth bruh
Masa Encore VIP dan bergerak ke depan stage, berdasarkan fancam yang aku tengok. CIsss..huntung la..Kami nie yang kat belakang, skrin pun tak dapat tengok tau dak. Rupanya V sangat comel masa nie.

Dah habis Encore tu, diorng pi pasang balik I Need U. Bangtan nyanyi lagi sekali sikit, dan haruslah kami ber fan chant lagi. Diorang kelihatan agak sedih masa nak tinggalkan stage. Jin siap tengok muka fans sorang-sorang. Rapmon dengan Jimin pun.
Bangtan, Army, Army Bangtan Bomb
Waktu part talking tu masing-masing cuba cakap Melayu sikit-sikit. Aku rasa Taehyung cakap banyak dalam Malay, tapi aku tak faham. Perlukan fancam yang lebih jelas. Dia pun tak ingat nak cakap apa, Jimin berlari dan bisik kat dia. "Aku cintamu! Kuala Lumpur aku cintamu!" Pastu dia tak tau nak  sebut macam mana. Alaaaa...adorable sungguh, ko cakap la apa pun, tetap comel dimataku. Harus J-Hope buat lakonan ala-ala menangis dia sambil jerit Thank You!!!  Rapmon cakap Malaysia special sebab nie negara pertama untuk 2nd half TRB dan 1st time diorang perform I Need U masa TRB.
I Need U
7. Strict no photography. Sangat la strict nye, semua orang hangin dengan security.Macam biasa la, dia akan sembur dengan flashlight tak kasi rakam video. Aku kena warning 2 kali, siap tarik tepi lagi. Kata kalau dia tangkap aku lagi sekali, aku kena keluar. Huk alah...kecoh ar...Hilang mood seketika. Pastu lantak ko la, aku menjerit sepenuh hati dengan Bangtan je. Serak jap suara. Lepas tangan tak boleh angkat dah sebab dok lambai fanboard sepanjang konsert, tukar tangan lain pulak. Min Yoongi please notice my small fanboard!!

8. Salah satu soalan aku iaitu adakah fansite memang dok usung DSLR dengan lens panjang tu masa kejar Bangtan dah terjawab. Tapi lepas concert, lagi banyak persoalan aku.

-macam mana fansite boleh tangkap gambar dan video masa concert. Organizer strict kot check beg satu-satu.
-adakah betul khabar angin official fansite (ade ae?) dibenarkan bawak masuk kamera?
-masternim tak keja ke dok follow Bangtan ?
-macam mana korang tau schedule Bangtan?
-korang bergerak dalam group ke macam mana?

9. Konsert kali nie tak perlu Eng Sub kot sebab diorang speaking English aku rasa dalam 96% of the time. Mungkin sebab sibuk hafal English, diorang tak dapat belajar banyak Bahasa Melayu. Yang Bangtan tau "Bagus!" "Aku cinta mu" "Terima kasih" itu pun Namjoon silap jadi "Terima kass".
Kagum aku dengan kesungguhan diorang speaking. Namjoon dengan J-Hope paling banyak cakap.

10. Ada Army yang bawak light stick bomb tu, tapi tak semua la. Mahal kot yang official punya, pastu stok dari BigHit dah habis.

11. The fanchant memang osem habis la. Time Miss Right memang siap praktis lagi. Time I Need U pon osem gler la. Danger, If I Ruled The World. Kuat kot. Bangtan pun muka bangga. Cari la fancam, dengar sendiri fanchant kami.

12.Diorang memang tak banyak tukar pakaian. Suit warna putih, tukar blazer hitam, outfit putih, tukar tshirt 06. Time nak tukar baju Namjoon siap mintak izin lagi bukak baju. Haha..apa lagi harus aku cakap "Take it off!!!!"haha. Pastu waktu rapper line tukar baju, Suga punya jaket ada masalah tersangkut. Boleh Namjoon ke JHope cakap  "Sorry, Suga is a bit old", Suga yang akhirnya berjaya tukar jaket cakap "Unbelievable!" Haha..ada-ada je la korang ni.

13. Stamina diorang memang wow la. Ko tau la kan lagu dan dance diorang macam mana. Punya penat, ada sekali tu Jimin terbaring atas lantai lepas habis dance. Namjoon,Suga dan J-Hope ada atas pentas paling lama dan selalu, kecuali time lagu vocal line sahaja, time video dimainkan dan time tukar baju. Itu pun diorang ada tukar baju atas stage je.

14. Oh ya, akan ada TRB Episode 3, last punya untuk triology. Mari mula kumpul duit dan pergi konsert diorang sama-sama lepas ni.

15. Aku paling tak puas hati bila encore dua lagu terakhir di mana fan dari Vip dan Cat 2 berdiri atas kerusi. Korang tau tak aku nampak bontot hampa ja..Jenuh aku jerit sit down sampai tercakap SHHIITT Down. Dah la tak nampak BTS atas stage. Screen pun tak nampak langsung. 

16. Aku di lapisan yang ketiga di CAT 3. Dan tempat aku memang straight kebanyakan nampak V. Dan suga dan Jin. Bila ada orang keluar. Aku berada di lapisan kedua pula. Dan masa encore aku lapisan pertama. Tu yang nampak bontot fan CAT 2 tu..

-Apa yang takde masa konsert ni :
= abs Jimin
=lagu So4More,Sattori Rap

-Apa yang ada
=Terima kass dari Rapmon
=Aku cinta kamu dari Taehyung
=Bagus! dari Bangtan
=I Need U

Untuk melihat video kontot ketika konsert sila ke instagram noonameroyan


Penghantaran pulang BTS ke KLIA

1. Lepas habis konsert, Noona B dan HQ menunggu BTS keluar Mega Arena untuk masuk kereta dan bergerak ke KLIA. Tunggu punya tunggu tak keluar juga sekali lagi dancer, stylist dan abang senduk yang keluar. Rupanya, BTS keluar pintu belakang.
Ramai giler orang kat belakang kami masa ni. Agaknya kalau Bangtan yang keluar masa ni, ada yang kene pijak.
2. Bergegaslah Noona yang gigih asyik tak berjodoh untuk tengok BTS dekat-dekat ini ke KLIA. Masa dekat tol KLIA ternampaklah juga kereta vampire warna hitam memecut laju. Noona cuba untuk mengejar malangnya, kereta cabuk noona ketinggalan ke belakang sebab vampire itu speed 180-200 kot.

3. Elok kami sampai di KLIA rupanya BTS dah masuk gate dah selepas melihat preview di twitter. Makanya, kami pergi bergegas ke tempat imigresen. Ada fan duduk tepi. Kami pun bertanya. BTS dah masuk ke? Diorang cakap dah masuk dah. Cuma tak lalu kawasan imigresen bahagian belakang dan anjung.

4. Di sebabkan kepenatan kami tak pergi melihat kawasan anjung tu macam mana. Maka kami lepak kawasan kat bahagian imigresen selepas fan lain duk jerit-jerit panggil son seung deuk dan dancer. Kami lambai kat dancer. Diorang lambai balik tau.
Dancer
Stylist noona.
5. Lebih kurang pukul 10 malam, BTS keluar berjalan dari belakang imigresen menuju ke anjung. Nampaklah kami, siap lambai-lambai diorang. Kemudian, berlari berkejaran kami ke anjung. Peh, teruja gile tengok bahagian anjung yang dekat gile dengan diorang. Masa larilah kami ke anjung seperti kumpulan marathon baru berlepas dari garisan mula. Ni mak pak mentua tengok cancel jadi menantu. Hahaha. Sampai aku tengok balik video yang aku rakam. Aku terakam kaki aku tengah berlari. Terasa vongoknya diri sehinggit dua.

6. Melambailah kami dan BTS membalas lambaian. JHope, Jin, Jungkook, Jimin dengan V melambai. Paling comel V. Auch...

Apa yang kita dapat dari TRB kali ini

-Noona B mengakui yang dia memang suka Yoongi pun selama ini. Juga mengalami "noona feelss" pada Golden Maknae, oh no.
-Noona HQ terjatuh hati pada Jin tanpa disangka, style aniya
-Noona berdua confirm akan berusaha betul-betul untuk upgrade diri untuk concert BTS lepas nie supaya dapat tiket VIP
-Post concert depression melanda. Tak sampai 24 hours, dah rasa sedih, happy, tak percaya, rindu semua pun ada.
_________________________________________________________________________________
Sekian catatan #kembarabangtan Noona HQ dan Noona B selama 3 hari 3 malam. Kami enjoy the journey, the adventure and the concert.

Semoga berpeluang pergi konsert Bangtan lagi lepas ni dan dapat melaporkan konsert dari seat VIP.

#TRBinMY #TRBinKL #BTSinMY #BTSinKL

Comments

  1. untung sgt dpt pegi konsert BTS. tp sedih jg kn x dpt tengok diorang dekat2,.. ouchh, that feels tho. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih oo..tengok fans kat korea dapat tengok dekat2 time fanmeet..jelesnya terasa

      Delete
  2. huhuhuhu bestnya dapat pergi konsert dorang!!! rasa nak nangis. tapi rasanya kalau dapat pergi pun mesti sesak and kene berebut rebut nak nampak dorang. Huh tK suka nya. Cukup lah dapat tgok dalam phone ����

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiket paling belakang pun kemian hype lagi..bangtan memang best woo! jomlah kumpul duit pi konsert diorang tahun ni
      ~b

      Delete
  3. diorang ade buat konsert lagi ke tahun nih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. macamm ada lagi..mari kita tunggu lepas puasa..duit tabung tu cepat2 penuhkan.hehe
      b

      Delete

Post a Comment