Skip to main content

Review BTOB(비투비) - 괜찮아요 (It's Okay) M/V

Minggu ini, noonameroyan (NM) nak meroyan tentang BTOB pula (walapun royan BTS DOPE belum kebah). Sempena summer ini, banyak pula kumpulan Kpop yang buat comeback tak kejar NM. Kali ini, BTOB buat comeback dengan lagu ballad. Kelainan itu, sebab selalu time-time summer ini mesti lagu dia rancak-rancak. 

Ayuh, mari kita lihat. 

1) Rancangan radio pun on air. Siapakah DJ nya? Aku suka capture on air ni. 


2) DJ nya adalah I to L to H to double O to N. Style rambut dia. Tapi tapi korang tak rasa ke muka Ilhoon macam Vernon kumpulan Seventeen bila buat rambut macam itu. Vernon cakap muka dia macam Leonardo DeCaprio. Makanya, Ilhoon pun sama la juga. hehehe

Nak menyampuk nie, muka budak perempuan berlakon dalam MV Boy In Luv BTS pun macam Ilhoon jugak. Nampaknya dah jumpa 3muka sama dalam dunia kpop,carik lagi 4.
Ohh..dan rambut dia memang style.

DJ Ilhoon in the house
3) MV kali ini kelihatan, maknae Sungjae menguasai screen. Banyak pula dia makan. Lain kali ajak noona makan sekali,

Disebabkan I kennot Hangul, so aku tak tau apa tulisan kat form yang semua orang pegang tu. Sila translate please sebab nampak important dan semua orang pun pegang borang tu.

Masuk saat ke 12, dimulakan dengan Uwwwwww...yeahhhhhhh...uwwwww aku dah feeling dah nie. Aku rasa dimulakan dengan Eunkwang kot...ohhh sweet nya suara.

Paiii ati tak ajak Noona makan? Hok hok hok
 4) Muka macam nak masuk pertandingan raja makan je..

Cara Sungjae pakai bib adalah comel. Muka beliau macam berkata kepada makanan atas meja "Imma eat ALLLL of you today..muahahhaha"

To foods all around the world : I love you guys!!
5) Masa part potong daging itu ada besar dan kecil. Tetiba makan part besar. Noona like wuutttt..


6) Tula..tak ajak noona makan kan dah tersedakkkk...

Noona tolong..I is tersedak.
 7) Part ini tak boleh blah sebab apa sal stylo mylo si walking tour ni? Noona cannot hadam this part. It's too perfect as walking tour you know.

Soo...kat mana nak sign up untuk join walking tour nie?? Aku sanggup ikut kamu berjalan keliling Korea kalau tour guide comel begini.


8) Aku suka part ini. Sebab ada nature kat situ. The kawasan is cantik


9) Abang bomba pun datang sambil menari-nari dengan mop.


10) Part ini, aku agak muskil dengan rambut si Peniel ini. Adakah dia potong botak?

Aah..macam botak kan?
You not bald right?
11) Masa ini kesian Peniel kena tolak..How dare you push Peniel? Don't you know he BTOB?

Ohhh part ni suara Changsub pulak..Sedapp oww suara beliau. Disebalik kesengalan ubi derp Changsub nie, adalah suara yang sangat soothing. Part "Kegooo" dia tu..uhhh. Aku dapat feels ballad DBSK dolu-dolu ( no wonder kot, sebab BTOB memang fanboy DBSK pun. Lagi-lagi si Sungjae tu)


12) Ini pun sama juga. Kesian Changsub tau. Punya la comel dia datang dengan helmet ayam dia tu. Tetiba customer boleh marah-marah and tolak kepala si Changsub. Changsub dah minta maaf kan. How dare you! How dare! Part ayam tergolek atas lantai sedih..Kesian ayam tu tak bersalah tak pasal-pasal bergolek atas lantai.

Aku suka la helmet ayam dia tu. Nak sebijik..Agak-agak pakai kat Malaysia nie kena tahan JPJ dak??
Nampak tak prioriti idup Noona HQ tu ape? Dia dok sedih dan kesian tengok ayam tergolek dari tengok Changsub kena marah...Haha...tapi memang kesian pun ayam tu..


13) Aku suka shoot dikelilingi buku ini. Eun Kwang sungguh intelek di situ. Kalau pakai spek lagilah. Baru nampak nerd gituuu..

Aah...sila pakaikan spek. Level nerd Eunkwang akan meningkat lebih kurang 78.23%. Punya clumsy dia sampai jatuh buku-buku, but its ok...kenchana...kenchana..kenchana.


14) Wow! (Tak tau nak tulis caption apa sebab terkesima lebih kurang 5 minit)

Giler ko tak terkesima..First bias dalam BTOB tu...jatuh hati kat Kenanga dulu.


15) Girl : Abang! Saya cantik tak?
      Minhyuk : Omona, aku ingat hantu tadi. (kata MinHyuk  di dalam hati)

Part Ilhoon rap mula disini. Rap Ilhoon pun ada style macam J-Hope sikit. Maksud aku dia macam bercakap mula-mula,sebelum momentum rapping dia meningkat lepas tu. Funfact, tahukah anda Ilhoon dan Rapmon pernah berada dalam kelab yang sama masa sekolah dulu?


16) Girl : Abang ini comel la!
      Noona : Woi perempuan suka hati kau je planted finger on Minhyuk cheek. Penah makan                                     penumbuk panda tak?

Ok, antara benda annoying pada aku dalam MV ini adalah bila dia kena slowkan volume lagu untuk mendengarkan dialog diorang. Ini menganggu feels aku, terutama part rap. Tapi takpe, demi BTOB, akan kucari full songs tanpa interruption.

Penumbuk panda tu...takut noona B dengar...haha

Minhyuk..don't like too much! Noona is watching you!
17)  Minhyuk..don't be so sad. You hurt im hurteuu tooo..

Time 2.12 tak silap telinga aku adalah part Minyuk rap. Nak bezakan rap Ilhoon dengan Minhyuk sedang saja. Speed Minhyuk rap adalah lebih laju dan sikit agresif dari mula. Korang mesti boleh beza punya sebab style rap diorang berbeza.

Funfact lagi : Tahukah anda selain Ilhoon, Minhyuk juga bermula sebagai underground rapper dengan nama Heota.

Minhyuk : Noona! Sakitnya ku di sini! Noona : Sakitnya di mana? (sambil rentak lagu sakitnya disini)  Minhyuk : di leher 
18) Ilhoon tengah mengimbau kekesalan dia. And I spot mole in his finger. Tetiba pulak..Putih milky betul la tangan ko ini. Tangan Ilhoon pakai cat putih ke?

Harus Noona HQ memerhatikan tangan si Ilhoon. Sape lagi yang lebih menghargai scene ini jika bukan beliau kan..hehe


19) Nice angle! Kipidap cameraman!


20) Kesian Sungjae jatuh. T_T


21) Tengok macam mana aku tak boleh hadam part walking tour si Sungjae ini. Dah nak pitam pun macam model CF.

Ok nie satu lagi aku rasa annoying. Dalam MV nie semua...I mean semuaaaa brand dikaburkan...Taula diorang bukan sponsor, tapi kejadah dok blurkan semua tu..tak lawa la jadiknya.


22) Oh mannnnn ( terkesima dengan kegagahan beliau lebih kurang 5 minit sengah)

Kenapa..oh kenapa semua first bias aku (talking about you too Taehyung) mesti ada scene bertumbuk dalam MV. Tapi takpe, ini menunjukkan korang boleh berlakon.

Dan kenapa korang mesti bergaduh kat kereta pujaan hati ku BMW X6 warna putih. Cam tau-tau je aku suka kereta nie kan..

Ok...masa nie semua watak dah bengang,frustrated dengan life masing-masing. Bila mana apa saja yang kita buat, walaupun dan buat the best dah, still...its never enough. Korang faham tak feels nie?


23) Minhyuk told the girl to "Let's break up"
      Noona like....Yahoooooooo...yes3...lompat bintang sampai ke bulan..

Perempuan ni pandai berlakon..Dari mata dia pun aku dapat bahawa dia sedih .. Inilah pentingnya mata besar.Walaupun mata Minhyuk the flying squirrel tak besaq mana, tapi aku dapat jugak feels sedih dari beliau. Good acting!


24) Minhyuk jangan nangis...tunggu noona amik baldi! Air mata mu sungguh berharga!

Perempuan nie tak give up, tak nak lepaskan Minyuk jugak. Baru betulkan..Mana ada manusia normal nak lepaskan Minhyuk camtu je. Kalau taknak, bak meh sini, poslaju ke Malaysia,biar noona jagakan, free of charge.

Sekarang memang trend menitiskan satu air mata ke apa?
Macam Jin dalam I Need U
25) Terlalu close up ni cameraman! Baru puji terus kasi close up Sungjae..Noona malu tengok close-up dekat-dekat sangat. (sambil lari tutup muka tetiba terlanggar tiang)

Noona HQ ada perati gigi Sungjae dak? Baik mengaku cepat..Sungjae adalah hot issue semenjak kejayaan drama School 2015 ( yang aku baru sampai EP 14 dan still tak habis tengok) dan diikuti dengan We Got Married.

Oh....simbolik pulak scene. Sebab Sungjae pengsan sebab kepanasan dan kepenatan sangat. Dan tiba-tiba hujan turun ditengah hari. Dan kemudian, kehidupan semua character bertambah baik selepas mereka frust, tapi tidak give up.


26) Abang bomba kasi senyum killer tuu...Abang bomba help me..My heart terlanggar dengan tiang sebab melihat senyuman abang.

Ok...pengakuan. Disebabkan aku dah lama tak dengar lagiu BTOB,aku adalah lost mana satu suara Sungjae dan Hyunsik.

Asal aku rasa scene ni macam guna kamera 360 je. Ke ini menujukkan ke flawless san muka Peniel??
27) Hanguk University tuuuu..And student card tu gambar Eun Kwang menjeling tau..

Nampaknya, things are slowly getting better for them.
Ketua Eunkwang kasi dia masa untuk study time keje.
Changsub dah dapat beli kedai ayam.
Minhyuk dah bergaya.
Peniel diberi credit oleh ketua dan juga orang yang dia pernah tolong.
Hyunsik dipuji dan diberi kata semangat oleh Art Teacher.
Sungjae dapat hujan dikala kepenatan. dan akhirnya dapat ilham habiskan lagu dia.
Ilhoon akhirnya dapat keberanian untuk propose perempuan itu.


28) Nasiblah kedai itu besar. Kalau tak dah jadi tomato penyek.

Finally!!! You are mine now.
29) Minhyuk is sssssssssssooooooooooooooooooooo HANDSOME! Owhhh maiii! How can he be so handsome with that clothes! Patutnya noona yang duduk makan dengan Minhyuk. Sebab diorang kan dah break up. Tapi perempuan ini nak juga terhegeh2 dekat Minhyuk. Noona ini hati mulia tak nak gaduh2 bagilah perempuan ni last chance. Sebab after diorang lunch I will screwdriver youuu girl!

Fuh! Hairstyle on point, suit on point, watch on point, eyebrows on point. Perfection!

Hahaha...macam mana wei Noona HQ nak screwdriver orang??
Nampak tak muka perempuan tu macam dah bersedia nak kena screwdriver?
30) Minhyuk that is the last smile ok..

Its ok...Oppa got this. Oppa gonna pay for you *sambil keluarkan 14 kredit card*
Scene Hyunsik kena puji dengan cikgu dia masa lukis potrait muka cikgu tu adalah motip sangat. Maksud aku, dia lukis muka hang, baru nak kasi thumbs up kan..Ohhh eyesmile dia....Sampai ke bulan aku. Ini antara faktor aku jatuh hati pada dia..

31) Ini babak ada perempuan yang jadi waiter amik order Sungjae. Lepas dia amik order. Ilhoon datang sarung cincin perempuan waiter itu. Sungjae apa lagi buat muka la! Good Job Sungjae!

Hahaha...muka Sungjae adalah sangat baguih untuk dibuat meme...exactly aku pun akan buat muka sama kalau scene tu berlaku depan mata. Side note, perempuan tu lawa jugak la.

Eh...dah habis ke MV nie...kat mana part Peniel rap?? Jangan cakap dia still dapat sebaris je part rap macam lagu-lagu lain.
(Update: Ok aku dah jumpa part Peniel rap iaitu 5.18)


Aku ok dengan lagu diorang. Sebab aku tak berapa into ballad. But it's nice to hear it. Penceritaan MV dia macam tengok movie. Lately ini, macam lagu more kepada mengejar matlamat hidup. It's good! Maksudnya apabila menghasilkan lagu, lagu tidak hanya berkisar kepada percintaan, putus cinta, kecewa dengan cinta. Aku suka konsep lagu yang lebih kepada kehidupan, mengejar matlamat kerana hidup kita bukan hanya pada bercinta dengan kekasih tetapi lebih kepada bagaimana kita nak menempuh kehidupan itu. Pehh! Aku cakap apa ni? NM is fefeeling. 

Yup-yup..Noona B juga bersetuju dengan kesimpulan Noona HQ pasal MV ini. Its good bila lagu Kpop bukan saja cerita pasal happy-happy things, tapi juga pasal realiti hidup. MV kali nie takde scene dance langsung, sebaliknya semua member mempamerkan lakonan masing-masing. Dan semua menyampaikan lakonan dengan baik. Good job boys!

Dan bercakap mengenai ballad, aku memang feels yang BTOB akan dan boleh menjadi macam style DBSK. Dimana diorang boleh bawak lagu fun, dance dan pop dengan osem seperti lagu WOW, Beep Beep dll, tapi forte atau kelebihan mereka akan 1000x ganda lebih terserlah dengan lagu berentak ballad sebab mereka boleh harmonize dengan sangat baik, acapella sangat baik.

Selain ada vocal line yang sangat mantap diketuai leader Eunkwang, kita juga ada Changsub dan Hyunsik. Dan tahukah anda, Minhyuk juga adalah a good singer selain boleh rap dengan baik disamping Ilhoon.

Part rap Peniel sudah bertambah, tapi pada aku masih ditakuk sama. Aku mengharapkan lagu lain atau album akan datang, rap Peniel akan bertambah baik.

Tak silap aku tajuk lagu ini trending worldwide masa dirilis. Masa aku check tu, no 3 di Malaysia. Full album kali ini diharap dapat kukuhkan kedudukan BTOB dalam dunia Kpop.

To Cube Ent. please jangan sia-siakan bakat mereka.

To BTOB fighting!! Noona akan sentiasa menyokong korang.



Noona HQ & Noona B

Comments