Skip to main content

[Fan Account] : CNBLUE The Class in Malaysia

CNBLUE datang Malaysia wot wot wot...Masuk ini dah 4 kali diorang datang Malaysia berdasarkan daya ingatan minuman susu fernleaf aku la. Sejak menang favorite artist pilihan Malaysia di Golden Disk Award 2013. Diaorang keep datang Malaysia. Dah dua kali pulang berhari raya di Malaysia. Maksud aku, time concert diorang jatuh time hari raya 2013 dan 2014. Tahun ini datang bukan hari raya tapi time puasa. Merasa la CNBLUE puasa yangyok kat Malaysia. 

Noona HQ whatapps Noona B

Noona HQ : Nanti tengok insta..surprise

Noona B : Poyo tak nak bagitau pi airport..hahaha

Noona HQ : Macam ni cerita dia. Aku cakap ngn roomate aku. Nak pergi ke menjemput CNBLUE. Dia cakap dia teringin nak pergi (my roomate is newbie on this world. Rasa serba salah mengajar dia bukan2) Aku cakap macam tak sempat sebab ada buka puasa dengan Sultan Selangor. Kita pergi time nak hantar pulang jela Kitaorag pun dgn normal buka puasa. Lepas itu tengah nak tunggu solat isyak dia cakap sempat tak nk pergi? Better menjemput ke menghantar? Aku cakap menjemput la. Lagi sekali aku like tak percaya dia keep cakap teringin nak pergi juga. Masa tu jam menunjukkan pukul 8.49. Dia cakap kita solat isyak. Lepas itu terus gerak. Namun kami lupa, yang kami tak bawa duit. Lepas solat singgah rumah ambil duit. Roomate aku bawa kereta macam F1 tuuuu. Berdebau2 aku, jantung rasa nk luruh. Park kereta dekat Putrajaya. Lari2, tuggu transit 8 minit. Kemudian smpe la ke KLIA pd pukul 10.05 malam. Dah cuak..diorg dah smpe ke ni..alik2..pukul 10.40 baru diorang keluar.

Minhyuk keluar dengan machonya. Bila panggil nama dia lambai-lambai gitu. Jungshin sangat tinggi ok. Nasib dia tinggi kalau tidak kewujudan dia pun aku tak perasan sebab baju dia sama colour dengan baju abang polis bantuan. Yonghwa pakai mask, jalan pun tunduk je dan dia comel kerana di apit oleh adik-adiknya yang tinggi belaka. JongHyun seperti biasa, jelingan dan senyuman sinisnya. JongHyun please take care with your skin. Noona is worried with percambahan yang pesat di leher beliau (penangan vampire ke?). Masa tengah merakam Jonghyun dengan jarak dekat (sila tengok instagram noonameroyan) ada peminat yang tengah syok merakam terjatuh sebab terlanggar troli. Terkejut Jonghyun terkeluar perkataan "uh". Manager sebelah dia "kenchana?" lepas tu senyum2. Tak baik abang manager senyum2 tau. 

Aku tak boleh blah time abang security tolak. Kasar gila dia tolak. Sakit ketiak aku. Demm la. Lepas itu sapa ntah yang sekali iring CNBLUE cakap "Go back home". CNBLUE depan mata of cos la tak nak balik. It's not worth to go back home dear bro!. Serius security guard dia kasar tak macam time VIXX. VIXX tunggu van 10 minit kot. Tapi peminat behave. Abang security pun tak main tolak2. Dia guard je VIXX tu. Peminat nak rakam je pun bukan nak pukul ke apa. 

Btw CNBLUE datang untuk merasmikan butik baju jenama The Class di Midvalley. Awesome kan. Baju dekat The Class memang ada classs ko. Serius cantik-cantik. Dari segi design dia, potong baju, kualiti kain dia memang class la. Kalau aku ada husband mau aku beli untuk suami supaya suami aku persis bergaya seperti CNBLUE juga. Hahaha. Tapi kalau CNBLUE tu suami aku. Jimat la aku tak payah beli baju suami. Dapat free.. Koh koh koh. 

Masa event di Mid Valley. Serius ramai orang

1. Yonghwa dengan Jungshin greet Assalamualaikum. Dan ini bertambah meroyan apabila Yonghwa update dekat insta dia cakap Assalamualaikum.

2. Minhyuk so friendly. Keep wave dengan smiling eye dia itu. 

3. Masa lagu CNBLUE pasang time meet and greet. Fan menyanyi dengan penuh semangat macam dekat concert dan Jonghyun pun turut menyanyi sekali.

4. JungShin pun keep wave peminat. 

5. Diorang pun sporting bila peminat nak high 5. Diorang layan je.

6. Benda yang distracting adalah bodygurad CNBLUE adalah taf, macho, handsome, manis dan sopan orangnya. Aish..

7. Diorang cakap diorang nak datang Malaysia lagi. Owwhhh maiii...gadis Malaya menawan buat abang tertawan ka? Koh koh koh

Sila berkunjung ke insta noonameroyan untuk melihat video kontot noonameroyan yang tak seberapa itu. 


^_^ Have a nice day guy.


Noona HQ

Comments