Skip to main content

Fanfic versi kontot : Aku dan Gitar (Fanfic Taehyung)

Ni dapat inspirasi dari twitter Taehyung dekat BTS_twt (150714) setelah noona HQ meroyan tak tentu pasal nak update dari Jungkook dan Taehyung. Hari itu juga, Jungkook yang jarang-jarang update, update. taehyung pun. Terasa telepati antara kami sangat kuat. Walaupun ini semua halunisasi semata-mata. Biarkan aku verangan. Jangan kacau! Koh koh koh. Ini caption Taehyung dekat twitter 

Kim Taehyung Guitarist debut at cafe

Learn guitar by self thought


"Wei penat dow. Perut pun dah berkeroncong. Duduk kejap kat tepi ini" Sara mengajak Bella duduk di bahagian penjalan kaki atas jambatan. Ketika itu, malam makin gelap hanya sinaran lampu menerangi pandangan. Sudah hampir seminggu mereka melancong di Korea dan hari tersebut hari malang mereka di Korea apabila duit belanja Sara telah diragut kebetulan duit Bella juga turut sama dicuri kerana Bella meminta Sara menyimpan wangnya. Oleh sebab itu juga, selepas membuat laporan polis. Sara dan Bella perlu balik berjalan kaki untuk sampai ke Hostel yang mereka menginap.

Di kawasan jambatan penjalan kaki beberapa meter dengan mereka kelihatan beberapa anak muda lelaki sedang berborak-borak sesama mereka. Tidak jauh dari situ juga, Sara ternampak gitar yang tersandar di tepi penjalan kaki. 

Rindunya dengan gitar. Getus hati Sara. Hampir setahun tidak dipetiknya gitar yang dulunya merupakan benda paling di sukainya. Namun setelah kemalangan dan tangannya di masukkan besi, Sara terpaksa berputus asa untuk bermain dengan gitar.

Kerinduaanya makin memuncak kepada gitar dan mengenangkan hari yang malangnya di Korea.

"Bella. Kejap aku nampak gitar la"

Sara mengambil gitar tersebut dan memetik tali gitar satu persatu sambil membetulkan tune gitar. 

Kemudian, tanpa sedar Sara menyanyikan lagu Boy in Luv dalam versi akustik. Namun liriknya diubah kepada


Doegupa neoui noona. Neoui sarangi nan neomu gopa mulla. 
Doegupa neoui noona. Neol gatgo mal geoya dugo bwa. 

Wae nae mamuel heundeuneun geonde.
Wae nae mamuel heundeuneun geonde


Tanpa disedari Sara, ada mata yang memandangnya dan bergerak ke arahnya. Lama.

Tiba-tiba, terdengar sampukan suara dari belakang turut menyanyi

Wae nae mamuel heundeuneun geonde.
heundeuneun geonde heundeuneun geonde.

Terkejut Sara bukan kepalang mendengar sampukan suaranya persis seperti Taehyung kumpulan BTS. Namun, Sara cuba untuk melihat muka siapakah yang turut menyanyi dengannya di sebalik samarnya lampu penjalan kaki. Mukanya tidak kelihatan jelas kerana si jejaka tersebut memakai topi, seluarnya yang longgar berbelang dan t-shirtnya yang kelihatan di gunting di leher.

Sara berhenti bermain gitar dan ingin melarikan diri. Namun, belum sempat Sara melarikan diri, dirinya terpaku kerana jejaka yang turut menyampuk menyanyi membuka topinya dan mengangkat mukanya. Jelas kelihatan, "Kim Taehyung?"

"Yes. Don't run. Continue. Continue. Together" kata Taehyung kepada Sara dengan memberikan senyuman yang membuatkan peminatnya meroyan tak tentu pasal apabila dia tersenyum. Salah satu peminat Taehyung adalah Sara.

"Realiti atau mimpi" getus hati Sara dan debaran dalam hatinya seperti larian Usain Bolt.

Sara memetik gitar untuk menyanyikan lagu Boy in Luv dalam akustik sekali lagi.

Doegupa neoui noona. Neoui sarangi nan neomu gopa mulla. 

Taehyung turut sambung menyanyi

Doegupa neoui oppa. Neol gatgo mal geoya dugo bwa. 

Ketika part neoui oppa. Taehyung dengan bangganya menunjukkan tangannya ke dadanya seolah-olah menunjukkan dirinya adalah oppa sambil memberi senyuman manis tahap diabetis.

Sedang Sara memetik. Tiba-tiba Sara berhenti memetik gitar "Auch" sambil tangannya kanannya memegang tangan kirinya yang terasa ngilu dan sakit.

"Sorry. I can't" kata Sara kepada Taehyung

Cuak muka Taehyung melihat Sara. "Kenchanayo?" Taehyung menggeleng kepalanya apabila tersilap bertanya dalam bahasa Korea "Aish. Are you okay?"

"Yes. I'm ok. Nice to meet you. We need to go home"

"Wait. I take you to the hospital"

"It's so okay. Kamsahamnida"

"Cafe. Please!"

"Rayuan apakah ini? Taehyung buat muka comel depan aku?" getus hati Sara.

"Jom la Sara. Gila wei. V kot yang ajak. Kita pun bukan lama pun. Aku pun lapar ini." Bella cuba memujuk Sara

"Nae"

10 minit berjalan. Sampailah di kafe yang berdekatan. Jam telah menunjukkan pukul 12.30 pagi. Suasana di kafe tidak ramai manusia dengan berkumandangnya lagu klasik. Sara dan Bella duduk kepenatan di dalam kafe tersebut sementara Taehyung membelikan pesanan makan dan minum Sara dan Bella.

Kafe tersebut menjadi saksi kepada penemuan mereka. Walaupun terpaksa cakap ayam dan itik. Namun, masing-masing masih memahami isi perbualan yang di isukan. Segala latar belakang, persoalan diajukan Taehyung kepada Sara dan Bella.

"Where are you from?"
"Do you like BTS?"
"Who do you like the most?"
"Your hand why?"
"Why you not going home yet?"
"You can sing?"
"How can you play a gitar?"

Dan beberapa soalan yang lain

Macam polis pula Taehyung ini. Sara dan Bella menjawab segala persoalan satu persatu. Walaupun baru berborak terasa seperti sudah lama berkenalan.

Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi.

"Taehyung. Naeil Schedule isseoyo?" (Esok kamu ada jadual acktiviti?)

"Isseoyo! Minkuk e kayo" (Ada! Pergi ke Amerika)

"What? Let's go home"

"Andwae andwae!"

"Why? Kaja kaja! It's late"

Sara bingkas bangun dan menarik Bella bagi memancing Taehyung turut pulang.

"Taehyung we go home right now. You go home. Ka ka !"

"Wait. I send you home"

"Kenchana! It's near"

"No No No. Together"

Sara terpaksa akur dan bersetuju dengan Taehyung yang ingin menghantar mereka pulang ke Hostel. 10 minit berjalan mereka sampai di depan Hostel mereka menginap.

"Taehyung. Kamsahamnida. Bagapsumnida!'

"Nae! Nado! Kamsahamnida. I'm enjoy today"

"Me too! Such a dream to meet you"

"It's not a dream. It's reality. Hehehe. Here the gitar for you. I think I need to practice harder. I will challenge you one day. You also need to practice more. Dongibap!" Perkataan Dongibap telah dipelajari oleh Taehyung dari Sara setelah Sara memberi kata-kata semangat kepadanya semasa berborak di kafe.

"Taehyung. You gonna make me cry"

"Ya! Uljima! Tweet me video you practice. Arasso?"

"Tweet? Chip Chip"

"Bird aniyo. Twitter"

"Aaaaa. Nae. Take care. Hope to see you again" Sambil Sara melambai-lambaikan tangan dan menyuruh Taehyung berlalu dari situ.

Taehyung berjalan meninggalkan Sara sambil menunjukkan aksi tangan berbentuk hati di kepalanya dan membuat muka comel dan memberikan senyuman yang sungguh menawan.

Keesokan harinya,

BTS_twt : Guitarist Taehyung will debut at cafe

BTS_twt : Dilampirkan video Taehyung memetik gitar sambil bernyanyi lagu Boy in Luv. Tali gitar dipetiknya sesuka hati sambil menyanyi. Caption: Did you see I'm practice harder? Kekeke. Dongibap!

Tersenyum Sara melihat post tersebut. Itu bukan hari malang baginya tetapi hari paling bermaknanya di Korea. Terima kasih peragut duit. Peragut hati telah ku temui.

Hey gitar sudikah kau menerima aku sebagai pemainnya?

Gitar kau saksi segala-galanya bukan. Koh koh koh.

TAMAT

Dah baca. Ce komen sekupang dua. Kot2 nanti ada sambungan.


by Noona HQ

Comments