Skip to main content

Fanfic versi kontot : Aku, Jimin dan Namsan Tower

Atas penangan Jimin keluar pergi bercuti ke Namsan Tower dengan bapa dia dan peminat jumpa dia dekat sana. Tetiba noona HQ nak buat fanfic sendiri. 

N/K = Nama Kamu

N/K dan Bella melancong ke Korea buat kali kedua. Dan kunjungan ke Korea kali ini mereka ingin mencuba perkara baru dengan berkunjung ke Namsan Tower pada waktu malam. Teringin merasa suasana romantik gitu. Sampai di Namsan Tower. Apalagi segala jenis posisi gambar mereka bergambar. Tetapi N/K tidak puas hati kerana tidak dapat bergambar secara menyeluruh pemandangan di Namsan bersama Bella. Untuk itu, N/K menyapa lelaki yang lalu di hadapan N/K. 

"Excuse me. Can you help us to take our picture" kata N/K penuh sopan dan tertib dengan harapan lelaki tersebut dapat membantu.

Lelaki yang di sapa N/K kelihatan terkejut dan mukanya kelihatan mengelabah sambil menunjukkan dirinya.

"I mean I and my friend picture. Can you?"

"Ahaaa. Ok" Sambil tangannya meminta kamera Instax (polaroid) dari N/K dan melontarkan senyuman kepada N/K. Berdegup kencang hati N/K.

"Hana, dul, set" filem poloraid pun keluar setelah di tekan. Lelaki tersebut memberikan kamera dan gambar yang telah ditangkap kepada N/K

"Good?" Tanya lelaki itu, dan kelihatan lelaki tua dari kejauhan melihat gelagat anaknya berinteraksi dengan kamu.

"Yes! Yes! It's good! Kamsahamnida. Come I take your picture with your dad"

"It's so okay" Sambil tangannya menidakkan pelawaan N/K dan tersengih sehingga tidak kelihatan biji mata putihnya. 

"Come on. It's my thank for you. Ahjussi, sajin kachi (picture together)" Lelaki tua itu tersenyum persis seperti anaknya dan menarik tangan anaknya untuk menangkap gambar.
"Hana, dul, set! Oyea!"

Gambar polaroid pun keluar. N/K mengipas-gipas gambar tersebut supaya cepat kering dan memberikannya kepada lelaki muda itu.

"Here. For you Jimin. Have a nice day and holiday. Ahjussi! Bye" Lelaki muda itu pun menyambut huluran gambar tersebut dengan muka yang terkejut apabila mendengar namanya di sebut. N/K memberi senyuman paling menawan buat Jimin dan berlalu dari situ dengan muka bahagia bersama Bella.

Namsan Tower kau saksi kepada memori bahagia aku bukan?


Sekian fanfic kontot..



Noona HQ

Comments