Skip to main content

Isu Rapmon, death threat, TRB

Isu Rapmon

Noona tak buka Twitter satu hari je, macam-macam isu rupanya terjadi dengan BTS. Aku ingat time nak raya, BTS nak start tour di US takde apa-apa rupanya sangkaanku meleset.

Jadi apa cer sebenarnya pasal Namjoon nie? Berdasarkan pembacaan aku, ini bermula dengan satu komen Namjoon pada V dan Hoseok mengenai skin color diorang yang gelap, sampai tak perasan diorang kalau dalam kegelapan.

Maka, fans pun tak puas hati la Namjoon, sebagai seorang leader dan orang yang berfikiran matang boleh keluarkan kenyataan kurang bijak seperti ini. Reason fans tak puas hati adalah 1) ini bukan statement pertama Namjoon yang kurang bijak 2) katanya isu ini bukan saja sensitif pada international fans, malah pada Korean.

Satu benda yang baru kutahu adalah, perkara ini bukan dikatakan racist, tetapi colorist. Maka akak pun Google la colorist tu ape. Urban dictionary menyatakan colorist sebagai orang yang benci, bertindak secara negatif, racist kepada certain color.

Dari isu ini keluarlah isu Army yang tak suka Namjoon, minta Namjoon keluar dari BTS, kata Namjoon ugly dll.

Dan lagi dasat, ada fans ugut nak bunuh Namjoon dengan bawak gun ke #TRBinNY. Isu safety ini telah menyebabkan #TRBinNY terpaksa di cut short dengan konsert diorang takde encore, serta event Hi-Touch dibatalkan. There is also possibility tour ditempat lain di cancel. Tapi so far, still takde announcement nak batal, cuma safety measure ditingkatkan macam ada security screening yang lebih ketat.

Walaupun Namjoon saja diugut, isu keselamatan ini menyebabkan semua member Bangtan rasa tidak selamat. Sampai katanya Jimin post kat fancafe cakap dia homesick,nak balik Korea (katanya la, aku takde access ke fancafe).

Komen dan personal opinion noona pasal isu ini adalah :

1) Mengenai Namjoon : Dia perlu lebih berhati-hati mengeluarkan statement. Inilah harga yang perlu dibayar bila menjadi idol. Bukan tak boleh menjadi diri sendiri, tapi perlu fikir lebih lagi.

2) Mengenai Army : Korang kena belajar untuk chill. Penat wei setiap hari ada je isu baru pasal Bangtan. Dan juga belajar untuk tegur orang (Army lain, even Namjoon) dengan cara yang betul. Bukan ugut orang. Threat tak kisah betul-betul atau main-main, adalah serious issue. Jangan suka-suki nak ugut orang tak kesah orang biasa atau idol.

Semua orang pun tau makin femes group, makin besar fandom, makin banyak drama. Kepada ARMY, sila belajar to chill dan bertenang.

To Bangtan..kami semua nak the best untuk korang. Yang buat hal tu semua bukan fans sebenar pun.
Learn from your mistake, be better.

p/s : kalau nak healing lagi..datang la malaysia lagi. akak volunteer jadik tour guide..nak couchsurfing pun boleh.muahaha

Noona B

Comments