Skip to main content

Review GOT7 "딱 좋아(Just right)" M/V

MV GOT7 toooo cuteee...toooo adorable! Hati noonameroyan rasa nak meletup tengok kecomelan diorang. 

Peringatan: Post ini penuh dengan perkataan comel, adorable, kawaii, dan yang sewaktu dengannya. Jika anda alergik dengan semua perkataan diatas, sila skip post ini.

Baiklah, mari kita tonton MV ini.

1) Hai dik beruntung ko dapat masuk MV GOT7. Budak perempuan ini tengah feels. Kalau korang perasan budak perempuan ini ada berlakon dengan JR dalam cerita My Love Eun Dong

Waa..mula-mula sekali tu PPL ke? Nak zoom jap jenama apa.
Ohooo nie la alat kecantikan muka yang baru dipasaran.
Aah la budak kecik nie berlakon dengan JR.

Update: Aku bangga dengan kerajinan aku search benda2 kurang important pada orang lain, tapi disebabkan rasa ingin tahu, aku berjaya mendapatkan jenama masa 0.00 sec iaitu Jax Coco Kidz iaitu air jus buah-buahan.


2) Tengah budak perempuan tu menatap wajahnya di cermin. Tetiba ada vibrate bulat-bulat keluar muka GOT7. Muka comel skala 1000. 

Soalan, Milk tu sape?


3) Aloh aloh comelkan. Mark makin banyak lak aeygo dia.! BTW rambut Mark cantik padan dengan dia kali ini. Tapi kekadang tertukar lak dengan Jackson. Muka lebih kurang sama bila dua2 blonde! Kembar gitu! Markson is everywhere. Hahahaha


4) Sekali buka laci, tengok dekat bedak. Ada Jackson. Pose ke main comel lagi. Harus sayang nak pakai bedak tu!

Suka rap Jackson disini. Sudah lain sedikit


5) Owh maaaiiii... Jackson yaaaa!

Naega yeopo?
6) Yes overload yeopo!

Arasso! but you're more yeopo.
7) Tetiba eh. Boleh lak ada Mark dekat jam.


8)Rap Mark juga sudah hampir sama macam Jackson style. Baguih..baguih..Mark sudah up, improve rap beliau. Tapi aku rasa suara dia di edit,cam banyak sangat bass or something. Nanti aku carik MR Remove la, takpun carik live dia.

Adakah aku tertarik dengan jam Mark pulak?


9) Part Youngjae memang sedap kot. Serius sedap gila macam cereal kat belakang itu.

Waaa..waaaa. sore YJ...sore dia....waaaa...sangat la sedap suara dia.
Hensem pulak tu.


10) Bila kotak cereal di angkat. Timbul la manusia2 yang comelnya sambil nari-nari...Peh peh peh peh peh. Noona pengsan. Pastu bangun pastu pengsan lepas tu bangun lepas tu. Penat tak baca? Kekeke

Comel sangat shoot beramai-ramai nie. So, camne dia shoot scene.. Rasa ingin tau kembali lagi.



11) Masa ini JB comelll ngat macam budak tadika!

Ahhh sore JB..I like..Tapi lagu nie memang Yongjae la yang menyerlah kesedapan suara beliau.
Eh..nampak tak hoodie Mark tu?Sama macam Jungkook pakai masa buat dubsmash tu.


12) Tak tau nak caption apa selain dari comel, kawai, gyiwomi, cute!
Comelll...tau kenapa colorful sangat? Sebab its summer. Summer is all about colorful outfit.
Dan sila tengok Yugyeom..aku menanti bila dia nak tukar hairstyle lain yang lagi short.
Mesti jadi maknae macho nanti.
Ohh..dan dia jugak pakai baju Golf sama macam Suga dalam MV Danger Japanese Version.


13) Kuda belang gagah berlari bersama dengan yugyeom!

Part kasi sentuh itu jari adalah comel.


14) Asal la maknae ni mature sangat ini! Terasa JB macam maknae lak.

15) Masa part ini semua comel gila. Dance diorang pun comel.

Yes..yess..part nie paling aku suka. Dan aku suka hoodie purple manggis yang Mark pakai.


16) Ditambah dengan kecomelan Mark! Owhhh Mark! Mana nak cari boyfriend yang penuh aeygo macam ini?

Tau xpe..dia buat ape pun comel. Aku dah carik kat Muar, confirm xde. Cuba Noona HQ carik tempat lain pulak, kot jumpa. Dah jumpa, sila roger Noona B.


17) Di sebabkan Mark comel aku crop lagi part dia.

Ok..aku spot semua pakai jam sama. Mohon zoom in, Noona nak tengok dedekat.


18) Part rap Bam Bam pun dah panjang dan cara rap dia kali ini berbeza dengan sebelum ini. Gaya rap dia macam Mark.

Yes..Aku rasa suara Bam Bam berubah..(eh..xabis pecah suara lagi ke dik?) tu pasal rap dia macam lain sikit. Bila dengar lagi, rap diorang bertiga lebih kurang sama.



19) Ada juga cereal yang kena makan ini.

Aku still tak boleh move on dengan suara BamBam kali nie..Ahh...manly nyeee



20) Baju diorang pun ceriakan? Rasa nak pergi beli buat raya. Nanti orang datang rumah tanya. Asal ko meriah sangat ini. Ni la fesyen Just Right! Ko yang blind fesyen. Koh3


21) Serius dalam MV ini JB dah tawan hati aku suh tengok dia. Owh maiiii..Rambut hitam dia memang marvelous!

Jaebum ahhhhhh sangat hensemmm.Dia nampak perfect nie. Aku tak paham kenapa aku suka mata ala-ala tak boleh bukak luas nie. Contoh terbaik selain JB adalah Sunggyu..bias kuu


22) Auchhhh...JB kenyit mata la! Dengan mata sepetnya tu dia kenyit mata. Hakakkk suka dik. Guling2 atas lantai suka! Lepas itu! Sedara-sedara belakang JB semua menggila tak tentu pasal. Tapi comel kesengalan diorang. Maaflah sekiranya banyak sangat perkataan comel. Dah comel nak cakap apa lagi kan. Koh3

JB: Noona! Wink!
23) Lepasa dah kenyit mata dia boleh pula kasi senyuman yang paling menawan buat noona tertawan JB memang the bomb. I was like...owhh maaaaiiiii...pengsan dan dan tu juga



24) Jinyoung! Wut are you doing? Masa ini sebenarnya NM nak crop gmbar JR dengan anak patung tu dengan close yang dekat. Tapi Noona malu tengok patung tu seksi ngat3 walaupun patung. Noona HQ sangat innocent. :p

Yooola innocent..hehe



25) Masa ini aku confuse ini Bam Bam ke budak girl yang awal2 tu. Kalau budak ini tak de pun Bam Bam pun boleh ganti budak perempuan ini. Sama kot muka diorang. Ce ikat tocang kat Bam Bam. Confirm! Sama amat lagi persis sekali!

Hahaha...boleh jadik adik Bambam nie


26) Comel lagi dan lagi!

Aku rasa MV nie dengan post royan kita dah overload dan overdose dengan perkataan comel.
Tapi memang itulah perkataan paling tepat sekali.

Baju kuning, hijau Bambam mengingatkan aku pada sesuatu..apee ye??


Update : Aku dah jumpa baju BamBam ingatkan aku pada apa..Sama tak?
Tak sama ke? Ah..tak kesah la.hehe


27) Jackson try to control habis dengan iklan CF dia ini. Rambut blonde Jackson awesome. Sesuai dengan dia. Nampak comel ngat ngat!



28) Konon-konon macho buat CF dah bertukar kepada sengal dia.


29) Background meriah sangat dik non. Aku suka. Rasa nak pergi beli Smarties sekarang juga pastu terjun. Bam Bam boleh pula mai cak cak!


30) Gaya lompatan terbang terbang macam ni seriusly sangat comel. Diorang happy sangat. So kalau sapa-sapa yang kena buat exercise PT10 (lompat bintang) korang buat je macam ini. Nanti bila instructor tanya kenapa korang lompat macam ini. Korang cakap "Just Right! Instructor you are blind" pastu korang lari laju2.


31) Punya syok tengok diorang terbang pusing-pusing ternampak selakan baju. Auchhh..(tengok arrow dekat gambar) Agak-agak sapa? kekeke. Mesti korang p tengok video nak cari siapa la tuuuuu..

Kalau tengok kat gambar kelihatan macam Youngjae yang selakkan baju ???. Lepas tu suka. (Sebenarnya NM yang suka.Koh3)

32) Tiada kata lain yang boleh diungkap selain comel overload. Alamak tercrop hidung Youngjae tengah mengembang. Tapi comel wut! Buat muka ugly macam mana pun diorang tetap comel.

Aku rasa JB pakai lanyard Supreme yang Rapmon penah pakai dalam BTS Festa tu..Oh, dah aku still tak dapat zoom jam diorang tu.


Macam biasa lagu GOT7 mesti ada addictive part terutamanya dekat chorus dia. Dan kali ini, part solo yang banyak adalah Youngjae. Aku suka tema lagu dia yang menceritakan lelaki yang lebih memilih hati daripada rupa dan menerima kekurangan wanitanya dengan seadanya. Menerima kecantikan yang ada tanpa ubah apa-apa pun. Yelalah manusia ini semua nak cantik. Tak cantik kena kutuk. Muka kalau cantik hati baik tak pe. Ni kalau kau cantik macam Miss World pun hati busuk macam sampah pun tak guna juga. That's it yang penting hati. Cantik itu kan subjektif.

GOT7 adalah boyfriend yang akan menerima kamu seadanya.Boyfriend yang supportive dan akan menceriakan hidup korang. Boyfriend yang overload dengan aeygo.

Alaaa kenapa perlu BOYFRIEND? Ok2 tukar. Suami/Husband yang terima kamu seadanya. Kepada semua yang bergelar suami boleh nyanyi lagu ini dekat isteri korang. Mesti isteri korang teruja dapat suami berkata-kata manis tahap diabetes. 

Overall, dari segi fesyen, tema, dance dan lagu semua aku suka. So, macam mana dengan korang?

Noona B

Firstly, dari segi lagu, kalau perasan, lagu nie boleh didengar dari umur 12 tahun ( tengok masa mula2 start video). Ini menunjukkan target MV dan lagu nie bukanlah remaja perempuan dalam 14-15 tahun tetapi lagi muda. Sebab waktu umur macam nie la kita dah mula tidak yakin dengan penampilan diri sendiri. Nampaknya JYP cuba nak approach target age yang lebih muda untuk lagu ini.

Ini sesuatu yang menarik sebab kita pun tahu Korea antara negara paling pentingkan penampilan luaran. Bila JYP buat lagu macam nie, mungkin untuk beritahu bahawa kita tak perlu ubah diri untuk sama cantik macam orang lain.

Part nyanyian, YJ diberi peluang menyerlah dalam lagu ni dan dia gunakan sepenuhnya. Even dia antara yang paling sekejap training sebelum debut, vocal dia memang terbaik memang layak debut awal pun.Oleh itu part JB dan Yugyeom berkurang sikit. Rap pulak, aku terkezut dengan rap BamBam. Wow. Part Mark tak banyak sangat, tapi dia juga sudah improve. Aku lebih suka kalau diorang bertiga punya distint rapping style. Mungkin masih belum ketemu style individual mereka. Mark banyak pulak buat ad-lib kali ni.

Dance kali nie sangat la cute nya. Mark juga takde part martial art kot. Kalau dah keluar Boyfriend version dance practice, mesti pengsan berkali-kali sebab triple the cuteness.

Got7 banyak lagu dengan pelbagai genre. Harap diorang dapat kenalpasti kekuatan diorang, and stick to it. Its ok to do fun song, its summer after all..Tapi aku nak diorang cepat2 establish Got7 kind of music, supaya diorang dapat kukuhkan group ini dalam industri dengan talent mereka.

Noona berdua enjoy this MV, how about you guys? Malaysia Ahgase, korang mesti seronok tengok playful Got7 kan??

Update : Sila tengok dance practice Just Right. Seriusly penuh adorable






Noona HQ & Noona B

Comments