Skip to main content

Korea Nation Day 1.0

Aloooo pembaca NM semua diseluruh pelusuk alam!! Noona nak ajak korang semua pergi event nie sebab cambest je aktiviti dia.



Nama Event: Korea Nation Day 1.0
(Kenapa 1.0? Sebab nanti dia nak buat next edition la tu)

Objektif Event: Sebarkan maklumat tentang Korea termasuk tentang hiburan, pelancongan,budaya,makanan dan bahasa
(Ha..objektif dia pun Noona dah suka…semua kena dengan minat Noona)

Tempat: C Site, Lake Garden, Kuala Lumpur

Tarikh: 10 October 2015 ( 11am-5pm)

Bayaran: RM 10

Aktiviti:

1)      Makan
Hoyeah..part nie aku suka sebab kita dapat free flow makanan Korea yang HALAL dan ASLI AUTHENTIC. Katanya chef dia memang specialize buat halal Korean food kat Seoul nun. Sedapnya makan toppoki,jjangmyeon semua tu wei.

2)      Pertandingan
Antara petandingan yang ada
-dance cover( max 8 orang je, jangan nak feeling EXO sangat berbelas satu group)
-nyanyian (harus la lagu Kpop)
-games (masak kimbap, makan ramen, kuiz dll)

3)      Merchandise
Korang boleh pesan nak barang apa-apa ke dari Korea macam skincare ke. Nanti organizer akan reply email korang dengan harga berapa dan boleh ambil barang tu masa hari kejadian.
Mana la tau korang nak snail mask ke, barang2 Etude House ke, atau dah mengidam banana uyu ke Peppero ke. Email la diorang tanya. Kalau rindu Lee Minho ke tu tak dapat la diorang tolong bawak ke sini.

4)      Travel dan peluang pekerjaan
Ni pon best, ada opening dengan Korea Nation untuk kerja travel consultant, journalist dan photographer. Agak-agak NM sesuai dak untuk kerja-kerja nie? Kalau tanya kitorang memang qualified sangat.

*We are so very open and ready to fill the job for travel consultant, journalist and photographer. Notice us senpai!

5)      Fan gift & letter service
Antara aktiviti paling osem sekali. Sebagai fans, kita mesti la nak hantar surat kat idol kita kan( ha, aku dah pernah buat, tapi tak tau la dia baca tak..huhu) dan beri hadiah pada diorang kan.
Cuba imagine Kai pakai baju yang kita send..oooo sampai bila-bila aku akan berlagak pasal ni sebab bangga weii. Namun, kos penghantaran ke Korea nie pun mahal jugak.
Oleh itu, masa event nie boleh la korang bawak surat dan gift korang tu. Nanti organizer akan hantarkan. Isi borang, tulis nama penuh dan alamat korang dan jugak artis tu sape. Pi la carik alamat company diorang macam SM ke JYP ke. Bungkus hadiah tu not more than saiz 31cm(P) x 23.5cm (L) x 6.6cm (T)

6)      Bergambar dengan standee dan hanbok
Ada hanbok dan lifesize standee artis yang korang boleh bergambar sama. Ada pertandingan jugak. Nanti korang amek gambar, upload dan tag kat Twitter organizer. Kalau bertuah, dapat gift lagi.

7)      Kenang-kenangan
Ada photographer amek gambar kenangan korang dan letak dalam buku. Ha…nanti korang boleh la carik mana satu NM…hehehe
Menarik kan aktiviti dia? Jadi, macam mana nak join? Senang je.

Cara Join Korea Nation Day 1.0 ( Dateline Bayaran 10 September 2015)

Step 2: Dapat invitation emel dan cara bayaran fee.
Step 3: Bayar fee RM 10 guna Paypal.
Step 4: Hantar bukti bayaran pada emel organizer.
Step 5: Simpan nombor resit dan bawak masa hari event tu.

Any question?
Anything, contact organizer kat emel koreanationkr@daum.net atau tweet diorang @koreanationkr

Ok, itu saja makluman dari Noona. Sekali lagi, we are not affiliated with the organizer but we share this because it look like a great event especially for us. Do join us in this event, you will probably see us at the food booth most of the time tho..hehe.

Jangan kata Noona tak payung. See you guys there!

Noona B

Comments