Spoiler!! Warning!! Ada spoiler!!
Haaaa korang...dah tengok belum Twenty? Siapa yang berlakon? Kim Woo Bin, Kang Haneul dan Lee Junho 2PM. Korang baik pergi tengok cepat seriusly sangat best. Noona HQ dan Noona A gelak sampai sakit otot pipi. Bayangkan dari awal cerita sampai habis cerita Noona HQ dok gelak berdekah-dekah. Sampai orang depan Noona HQ pandang belakang dengan sinisnya bila tengok Noona HQ gelak macam tak cukup nafas, airmata berjurai sampai sengkak la perut ini gelak.
Kenapa kena tengok cerita ini?
1. Skrip penceritaan dia mengenai pilihan hidup (coming of age) dan jalan anak-anak muda apabila umur 20 tahun (스물). Umur 20 tahun di Korea merupakan kemuncak segala-galanya di mana masa itulah mereka bebas untuk bersosial dan memilih jalan hidup mereka sebagai orang dewasa. Cerita mengenai persahabatan 3 orang kawan baik yang pada mulanya jatuh cinta pada perempuan yang sama.
2. Sebab pelakon dia yang awesome. Korang boleh tengok a new side of Kim Woo Bin terutamanya, Kang Hanuel dan Lee Junho. Korang ingat korang dah cukup kenal WooBin??? Minta maaflaaah..anda tersilap.
Kim Woo Bin [ChiHo] - Selalu dia berlakon muka bajet macho, anak orang kaya kan. Tapi kali ini dia sengal ubi sangaaat. Bila part dia sengal tu memang tak boleh blah. NM cadangkan Woo Bin keep on berlakon komedi dari action. Koh koh koh. Watak Kim Woo Bin adalah playboy, macho, straight forward, nak enjoy je kerja dia tanpa memikirkan apa tujuan hidup dia dan sengal.
Tiap kali part dia berlakon kan..korang mesti akan semacam expect "waah woobin, mesti dia dapat dialog jantan gagah perkasa.." Akan tetapi...TENG!
"Tujuan hidup Chi-Ho adalah untuk bernafas."
Kang Hanuel [GyungJae] - Budak baik dan cemerlang, innocent, dan sengal. Memilih hidup dengan masuk ke kolej. Di kolej, Hanuel ini suka sunbaenim dia sampai sangup pergi mana-mana dengan sunbaenim dia itu. Alik-alik cinta bertepuk sebelah tangan dan akhirnya dia kecewa dia tercouple dengan ex-gf Woo Bin. Mempunyai adik perempuan yang bercinta dengan Lee Junho. Adik perempuan dia ngorat Lee Junho dulu, bab ngorat ini pun comel.
Noona A paling suka part dia meng-ekspresikan diri melalui mimik muka dia yg macam wombat tengah diarrhea..priceless!
Lee Junho [DongWoo] - Selepas keluarga dia bankrap, dia terpaksa struggle untuk menampung kehidupan family dan diri dia sendiri. Ada adik kembar yang comel dan sangat suka makan ayam. Part tak boleh blah bila Junho tanya mak dia, kenapa mak lahirkan anak ramai sangat sampai 4 orang. mak dia cakap bila mak lahirkan Junho, Junho hodoh macam bapa dia. Maka lahirlah anak kedua yang hensem ikut kecantikan mak dia. Lepas itu, mak dia nak anak perempuan, alik-alik keluar anak kembar lelaki.
Habis je tgk movie ni, noona A makan ayam 3 hari 3 malam berturut2.
Ayat pickup line dan action yang tak boleh lupa bila :
1) Kim Woo Bin minta duit dekat ayah dia bila ayah dia tak kasi duit. Dia punya merengek kalah budak-budak sebab siap berguling atas lantai. Sambil merengek dia cakap :
Saya tak minta untuk dilahirkan di dunia ini. Saya lahir atas keseronokan yang kamu berdua buat (merujuk kepada mak ayah dia)
Kemudian, bapa dia bagi penendang kungfu dekat Woo Bin
2) Bila Woo Bin joget pkai singlet and boxer sambil joget lagu jazz dan rambut dia di sepit ke tepi.. Auch comel sangat.
3) Bila Kang Hanuel mabuk muka dia merah.
4) Rambut Lee Junho bila memilih nak jadi pekerja sikat tepi tu.
5) Bab lawan dalam restoren. Serius part lawan ini lama kot tapi kelakar dia tak tau nak cakap apa. Noona HQ gelak sampai nak terkeluar balik pop corn sebab angin masuk banyak sangat gelak punya pasal.
6) Ada banyak lagi moment yang best2. Nak tulis nanti korang boring pula. So, korang tengok sendirilah. Koh koh koh.
Nah kasi preview sket.
Noona HQ kasi 1000000000000000000 bintang. Eh tak cukup..semua bintang kat langit noona kasi kat cerita ini. Lepas keluar dari wayang korang akan senyum sensorang.
Noona HQ. Noona A
Comments
Post a Comment