Maafkan daku
wahai dongsaeng sekalian kerana sudah sekian lama noona A tidak sempat nak
meroyan. Nahh..ni entry makan untuk dongsaeng yang dikasihi.
Sempena cuti raya
haji aritu noona pergi jalan2 kat ioi putrajaya. Lama dah tak pergi. Dulu masa
keje praibet selalu je singgah lunch sini. Sekarang tak berapa nak ada masa.
Aigoo…
Nama siktang ni
adalah Sopoong yang bererti ‘picnic’ in Korean. Level atas sekali sebelah
District 21. Time noona datang ahjumma baru bukak kedai 4 bulan. Siapa student
or staff UKM, UPM, dan UniTen dapat diskon 10%. Tak tau promo tu ada lagi tak.
Sampai je depan
pintu ahjumma dah sambut. Tapi sebelum tu usha2 dulu..betul ke halal. Dan
sememangnya ahjumma awesome ni dah buat research b4 bukak kedai. Bunting besar
tulis halal, vege friendly, ada wifi, free sidedish. Daebaklah. So masuklah
kami.
Verdict:
Taste - Mashiseoyo.
Noona makan dosirak (nasi goncang). Sekali set dengan green tea and gyeranjjim.
Nasi tu mmg buat noona kenyang gila. Yang telur steam tu plak, kurang kena sket
dengan tekak noona. Mungkin atas factor kenyang nak mamp, telur tu tak mampu
dihabiskan. Lagi satu, to me ia agak bland. Mungkin kena tambah sambal belacan
sikit. Hiks.
Harga – Acceptable.
Tak mahal or murah sangat. Standard harga restoran area KL-Lembah Klang. Set
noona amek tu dalam rm18.90. Adik noona amek set jajangmyun+ddeokbokki+green
tea plak dalam rm16.90..
Makanan Korea ni
bagi yang baru nak try mungkin tak berapa sesuai dengan taste buds korang.
Personally, I love kimchi. But to some, rasanya mungkin terlalu masam atau
pahit sebab dia sayur yg dijerukkan.
Deokbokki plak
lebih kurang macam kuey tiaw yang dimampatkan. Kalau makan dia chewy2 sket.
Bibimbap lebih
kurang macam nasi goreng yang dicantikkan dulu sebelum makan. Gaul2 pastu ngap.
Makan sekali
sekala Korean food ni buat lepas rindu oklah. Sekarang ni banyak betul Korean restaurant
bersepah. Dulu time tgh gila kpop takde plak jmpa sebanyak ni. Tapi ok gak dia
baru bukak sekarang. Dulu tak mampu. Ahaks.
P.S kalau nak test skill hangukeo korang, speakinglah dgn ahjumma tu! Tanya dia nak menantu ke... hee
Comments
Post a Comment