Skip to main content

Comeback HYYH Bangtan dan strategi BigHit

Comeback Bangtan, apa yang BigHit buat?

p/s Noona dah pernah tulis post pasal Case Study Bangtan, tapi sampai sekarang belum habis tulis. Tapi comeback kali ni adalah tak adil kalau Noona tak tulis case study ni. Huiii kalau la ada course untuk kajian pasal Kpop dan Hallyu Wave ni, dah first class dekan sepanjang semester dah Noona.

Mari kita tengok apa strategi yang BigHit buat untuk comeback kali ini.
  • Kalau buka website Bighit http://www.ibighit.com terus video Youtube RUN dimainkan. Kalau nak masuk website tu kena dengar lagu ni dulu. Bagus, dapat meningkatkan MV view.
  • Bighit guna perkataan RUN dalam English. Ini memudahkan fan search dalam Youtube. Mungkin lepas ni boleh letak BTS instead of Bangtan dalam Hangul. Bukan semua orang ada keyboard Hangul.
  • Bighit juga dah letak subtitle lagu ni dalam official MV. Bagus supaya view fans tak lari ke tempat lain untuk cari sub.
  • Tinggalkan clue merata-rata. Clue ni takde sapa pun boleh tangkap. Dan bila RUN di reveal, baru semua orang perasan BigHit dah banyak tinggalkan klu, kita je tak perasan. Klu paling dasyat adalah permulaan HYYH iaitu tulisan pada badan Jimin. Masa anugerah Melon, BTS ada buat performance, LCD belakang itu dah tulis Nevermind. 

  • Nama V Apps BTS pun RUN! Klu lagi.
  • Lepas BigHit rilis gambar comeback dengan beberapa perkataan pada setiap gambar, ARMY telah berjaya decode klu BigHit. Serius dalam masa satu hari je kot. Kagum aku. Klu dalam gambar diorang adalah BTS akan adakan exhibition sempena comeback ini. Details tempat dam tarikh semua telah berjaya dijumpai melalui gambar dan video teaser yang dikeluarkan
  • Ni semua klu dari teaser, dan telah berjaya ditemui oleh ARMY. Dan memang betul pun.
SSS.22.61 = Seoul Seongsudong Rd 22 No.61
4 and 2 = Sai (name of building)
11ato9p = 11am to 9pm
Youth = Theme
12011208 = 1st Dec - 8th Dec


  • BigHit juga secara tiba-tiba menyerang media sosial dengan join Instagram. Once ARMY tahu Bangtan ada dalam IG, masing-masing dok pakat follow. Kenaikan follower yang gler-gler telah menyebabkan page diorang ditutup seketika.Tulah BigHit, nak suprisekan ARMY, sekali diorang yang terkejut.
  • Lepas tu BigHit letak la gambar-gambar teaser tu dalam IG. Feed diorang sangat goals ok. Sangat aesthetic dan cantik. Behind the scene MV juga letak sini.
  • Macam biasa sebelum comeback, ARMY Korea akan diberi penghormatan untuk first listen pada lagu baru mereka. 3 hari comeback konsert di Korea. Maka menderita la international ARMY macam kita ni mereput pakai earphone dengar live streaming konsert je.
  • Hari kedua, JK dan Jhope mohon ARMY jangan rakam konsert diorang sebab Bangtan nak buat suprise pada ARMY yang tak dapat datang.Setakat hari ni, tak tahu lagi suprise apakah itu.
  • Lepas concert, 24 hours free pre-streaming Ma City, release MV, release behind the scene MV, release full album, exhibition ( masa Bangtan tiada di Korea), first showcase lagu baru di MAMA.
  • Album preview. Macam biasa Suga akan buat review. Kali ini sudah ada V apps, Bangtan betul-betul gunakan V Apps sepenuhnya, sampai Noona rasa antara idol paling aktif dan banyak follower adalah Bangtan. Dan serupa Bangtan apps dah.
  • Harus la showcase kat MAMA sebab nak kasi in-your-face MAMA sebab kenapa ntah Bangtan tak tercalon untuk Best Dance Performance. Tak logik langsung.
  • Dan BigHit rilis MV I Need U Japanese Version..sangat flowery dan mungkin juga ada klu tersembunyi tentang kisah HYYH.
  • Bighit juga teruskan budaya release teaser, MV dan lagu pada 12AM KST. Sanggup wei ARMY satu dunia tunggu, siap letak alarm clock lagi
    Rasanya banyak lagi teknik dan strategi BigHit. Diorang takkan buat sesuatu tanpa reason, dan biasanya sudah dirancang berbulan-bulan lebih awal.
    Mungkin juga ada yang kebetulan macam graffiti RUN dalam MV No More Dream tu. Diorang sebenarnya baru je come up dengan tajuk RUN tu tapi fans kan suka buat kajian dan assumption sendiri. Diorang layan aje.
    Dengan pelbagai usaha BigHit ini diharapkan Bangtan akan lebih maju dan berjaya bukan saja diperingkat international, tapi juga dikenali di Korea. Pelik kan, diorang lagi terkenal kat luar berbanding dalam negara sendiri.
    Diharap juga BigHit jaga Bangtan elok-elok dan treat ARMY elok-elok juga. Jangan la kawal ketat segalanya, ramai wei fansite dan tutup. Katanya salah satu adalah sebab BigHit. Oleh itu, tolak ansur la..meh berkongsi Bangtan dengan fans.
    Local entertainment industry mungkin juga boleh ambil beberapa idea dari BigHit sebab diorang dah buat dan terbukti berjaya.
    Sekian catatan dan pemerhatian Noona.
    Adios.
    ~Noona B~
    p/s Seriously, like betul-betul serius ni aku nak berkenalan dengan whoever punya idea dan strategi Bangtan World Domination ini.

Comments

  1. Replies
    1. We do love them to..let's give a lot of love to them..^^

      Delete
  2. baru jatuh cinta dengan BTS...Terasa walawei...di mn ak 3 tahun lepas...nape x knl BTS awl2 huuuuuu...sekarang menderita nk tggu BTS dtg Msia which is xtau bila...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe baru jatuh cinta sekarang sebab once dah masuk, tak boleh keluar dah..hahah
      meh menderita sama-sama sambil penuhkan tabung konsert kot2 diorang nak mai next year..jomlah seat VIP, tak sanggup tiket murah hujung sekali ><
      ~noona b

      Delete

Post a Comment