Skip to main content

A Letter to Master-nim

Dear Master-nim,

Pertama sekali, terima kasih banyak-banyak sebab ambil gambar yang sangat cantik. Terima kasih juga sebab sanggup susah payah kejar diorang punya schedule dan pergi ke konsert diorang. Kegigihan master-nim sekalian dihargai.

Kedua, kalau dapat cakap dengan diorang, sila pesan kat diorang supaya Be happy, be healthy, eat a lot. Dan terima kasih sebab sentiasa berikan performance terbaik atas pentas dan fanservice kepada kami.

Ketiga, sebab dunia fansite dan masternim sentiasa mendatangkan tanda tanya dan ingin tahu, disertakan soalan-soalan yang selalu terpikir. Diharapkan master-nim sudi jawab soalan-soalan important ini.

SOALAN KEPADA MASTER-NIM

1. Kenapa korang nak jadik masternim?

2. Memang dari awal pre-debut lagi memang nak jadik masternim atau lepas tu?

3. Korang tak kerja ke? (sentiasa dapat cover semua event diorang)

4. Mana dapat duit pergi semua konsert? (banyaknya duit korang)

5. Umur korang berapa? (adakah lebih tua dari idol)

6. Kebanyakkan masternim lebih muda atau tua dari idol?

7. Korang takde boyfriend ke?

8. Kalau ada boyfriend, diorang tak jeles ke?

9. Ada berangan nak diorang jadik bf ke husband ke?

10. Adakah orang lain tahu korang adalah fansite? (atau kena sembunyi-sembunyi supaya orang normal tak tahu)

11. Korang memang pergi semua konsert, performance dan fansign diorang ke? (bestnya)

12. Kalau diorang ada konsert oversea, korang fly dengan diorang ke? (tak tegur diorang ke)

13. Pernah kena tendang keluar dari konsert tak sebab kantoi tangkap gambar? (trauma aku kena tarik ketepi)

14. Kalau pernah, diorang rampas ke kamera tu?

15. Pakai kamera apa?

16. Edit pakai software ape?

17. Adakah fansite biasa ada sorang masternim atau ada beberapa orang?

18. Untuk beli kamera dengan lense semua berapa ratus ribu won tu?

19. Kamera korang zoom berapa banyak?

20. Biasa jarak antara korang dengan idol berapa dekat?

21. Pernah terjumpa diorang kat luar secara tak disangka?

22. Pernah cakap personally dengan diorang diluar aktiviti rasmi tak?

23. Company pernah approach korang?

24. Company punya treatment pada fansite macam mana?

25. Memang wujud ke official fansite yang company benarkan ambil gambar?

26. Salah satu teknik paling berkesan untuk bawa masuk kamera dalam konsert?

27. Fansite dengan bias yang sama memang semua berkawan ke?

28. Fansite dengan bias sama tak pernah gaduh-gaduh tarik rambut ke tarik lense ke?

29. Memang macam gini ke keadaanya setiap kali ke airport nak ambil gambar idol?


30. Sebelum jadi fansite bias ni, korang pernah jadi fansite idol lain tak?

31. Lagi best tangkap gambar ke tangkap video?

32. Korang buat apa supaya idol kenal korang fansite masternim?

33. Hati korang tak gegar-gegar ke bila dapat tangkap gambar atau video yang ada eye contact dengan diorang? ( tengok gambar dan video biasa pun dan bergetar ni)

34. Macam mana korang boleh kawal diri dari menjerit dan video tak bergegar masa rakam?

35. Kenapa fansite tak kasi orang edit gambar korang? (walaupun tak crop logo atau tak beri kredit)

36. Ada tak masternim yang quote unquote in relationship dengan idol? (do you hear that? Itu bunyi hati pecah kecewa kalau memang serius ada)

37. Korang tak pernah tukar bias?( macam mana boleh setia dari awal?? Kuad nya hati korang)

38. Macam mana tahu schedule diorang?

39. Macam mana nak masuk fansign?

40. Berapa banyak album diorang korang dah beli?

41. Berapa banyak koleksi gambar dan video korang dalam gb? (mesti ada beratus-ratus external hardisk penuh dengan gambar diorang)

42. Agak-agak korang, sampai bila nak jadi masternim?

43. Biasanya kalau fansite rest atau stop, apakah reason nya?

44. Pernah tak idol kantoi dating dan korang dapat tangkap gambar? (feeling dispatch pulak)

45. Korang mesti tau dorm atau tempat tinggal diorang kat mana kan?

46. Most important question, boleh tak kita jadi bff??Pleaseeeeee….


Berdasarkan senarai soalan kat atas, nampak tak betapa curiosnya fans biasa( contohnya aku) pada masternim ni. Selain tu, nak jugak nyatakan harapan pada diorang.

Harapan international fans kepada masternim

  • Terus tangkap gambar dan video untuk kami international fans yang jauh dipisahkan oleh laut china selatan, lautan pasifik, segi tiga Bermuda dan lain-lain.
  • Jangan edit gila-gila atau white-wash sentiasa gambar idol. Ya saya faham being pale adalah definisi cantik pada korang, but still kasi kami hargai kulit sebenar mereka sekali-sekala.
  • Diharapkan terus menjadi fansite yang berhemah dan tidak terjerumus ke lembah saseang.
  • Inovasi multi-angle fancam adalah terbaik!
  • Meh la kita kawan masternim. Nanti time idol Bangtan ke EXO ke datang Malaysia boleh aku bawak pusing jalan-jalan KL.
Ok, setakat ini itu saja soalan yang nak tanya pada masternim. Diorang memang kadang-kadang jawab soalan dekat ask.fm dengan English diorang yang adorable tu. Nanti kalau rajin, korang translate la soalan ni pastu kat masternim. Ternganga masternim nak jawab..hahaha

Thank you.

Noona B
Penyokong fansite berhemah

Comments