Skip to main content

EXO Planet #2 The EXO’luXion in Malaysia

Akhirnya!!!
Berita yang dinanti-nantikan telah tiba.
EXO akan ke Malaysia tahun ini, dan bukan untuk performance biasa-biasa tapi untuk konsert The EXO’luXion. Malaysia akan menjadi konsert terakhir diorang untuk 2nd world tour ni. Jadi, kena pantas-pantas sambar tiket tau!

Yes..yesss..semua EXO-L pun happy dengan berita baik ni.

Details EXO Planet #2 The EXO’luXion in Malaysia

Tarikh: 12 March 2016
Tempat: Stadium Merdeka,KL
Masa: 8pm
Harga tiket : RM 208, RM 328, RM 348, RM 428, RM548, RM 688


Ticket Launch
Tiket launch akan diadakan di KL SOGO ( Level 7, Event Hall) pada 16 January 2016 dari pukul 11 pagi sampai 5 petang.

Ticket Launch Discount Promotion
Menurut K-popped, ada discount promotion masa ticket launch tau. Promosi macam dibawah ni

1) Belanja barangan Spritzer
 -dapatkan diskaun 15% off  untuk 1 tiket dengan perbelanjaan minimum RM 20 dan ke atas dalam 1 resit atau
-dapatkan diskaun 15% untuk 4 tiket  dengan perbelanjaan minimum RM 80 dan ke atas dalam 1 resit
*resit dari 11 Januari sampai 16 Januari 2016 saja diterima.
* offer untuk semua jenis tiket dan limited 4 tiket diskaun untuk 1 orang

2) Ahli Bonuslink
-15% off untuk 2 tiket (kategori 1,2,3,4 saja) dengan membawa kad membership Bonuslink

3) KL SOGO card member
- 10% off untuk 2 tiket (kategori 5 saja) dengan membawa kad membership KL SOGO

4) Star Planet SClub
-10% off untuk 2 tiket ( semua kategori) dengan membawa kad membership

Online Ticket Sale
Online ticket sale juga akan bermula pada 16 January 2016 selepas pukul 5 petang. Boleh la beli tiket online kalau tak sempat ke ticket launch. Beli kat sini http://www.ticketcharge.com.my/en/.

Dan juga korang boleh baca lebih banyak info dan pesanan dari penaja (penaja betul tau) Star Planet kat sini.
Kasi panas hati tengok video ni. Camni la nanti kat Stadium Merdeka..tak saba

Imagine.....korang tengok ni live..perghhh..pengsaan

Hehehe..agaknya dapat tak camni kat Malaysia nanti??


Jadi, tunggu apa lagi EXO-L sekalian....cepat kira duit dalam tabung ayam tu sebab kita nak ber Eldorado dengan EXO ni!

Comments