Skip to main content

Kpop Charity Event // Lifting Up with Hands of Help

Assalamualaikum semua!

Maafkan Noona kerana lama menyepi (as usual), kami ingin kenalkan korang pada satu charity event yang sangat menarik ini. Apa yang bestnya adalah charity event ini dianjurkan oleh Kpop fanbase in the name of kpop idol.

Sebenarnya ini bukan charity event pertama yang dibuat kolaborasi antara fanbase dan NGO. Pelbagai fanbase dan buat event macam ni, Noona minat yang ni sebab kami dalam skuad yang sama iaitu ARMY.

Fanbase di Malaysia juga sekarang selalu buat gathering dan aktiviti bersama. Bagus kan? Dapat mengeratkan tali persaudaraan, takde la asyik berebut bias je. Trend sekarang pula adalah buat charity atau kebajikan atas nama idol. Noona memang sokong sangat aktiviti macam ni. Bukan saja mulia, mengeratkan hubungan, dapat berkenalan dengan lebih rapat fans lain dari pelbagai bangsa, malah dapat harumkan (ceh, ayat macam pengulas sukan pulak) nama idol korang dan juga peminat Kpop. Lihatlah dunia, Kpoppers pun baik juga tau!

Antara perkara yang menyebabkan Noona kagum dan suka dengan trend ni adalah:

-fanbase buat amal atas nama Kpop idol (fanbase mana ntah siap pos Min Yoongi sijil penghargaan)

-kebanyakan admin fanbase ni muda lagi ( muda berbanding dengan Noona la kan)

-matang dan positif betul aktiviti ni ( zaman Noona muda belia dulu paling power pun jerit dalam konsert je, tak terfikir nak buat aktiviti macam ni)

-fanbase untuk idol yang baru (dulu-dulu idol yang hebat perkasa macam DBSK je fans rajin buat)

-kerjasama dengan NGO lain ( yess..mari kita sebarkan kebaikan dengan lebih ramai orang)

-dapat support fansite (hi akak fansite!!)


Oleh itu (wow, penanda wacana. Cikgu BM mesti bangga ni) Noona nak mempromosikan dan mengajak kalian semua sokong dan sertai aktiviti kebajikan ARMY kali ini iaitu Lifting Up with Hands of Help anjuran BTS for Charity dan Empire Project sempena hari jadi J-Hope dan Suga untuk gelandangan atau homeless di KL. Juga disokong oleh Jhope Malaysia, @minnieyjm dan of course @noona_meroyan pun sokong 100%.


Detail charity event Lifting Up with Hands of Help


Tarikh : 11 Mac 201,Jumaat

Tempat: Dataran Masjid Negara, KL

Masa : 11pm – 2am

Aktiviti : Agihan makanan, sambutan hari jadi, persembahan busking


Sumbangan diperlukan :

Wang (minimum RM 5), selimut nipis (baru atau lama), makanan kering (biskut, roti, air mineral)

Sumbangan wang boleh dikirimkan dengan beberapa cara:

-PAYPAL: boodox@gmail.com

-MAYBANK: 114188-072919 (NURUL 'AAIN MOHD MUSA)

Subject: donation


Sumbangan barangan boleh dihantar ke alamat :

NURUL AAIN,

No 4, Jalan Layang-layang 6/4A,

40000 Shah Alam, Selangor.

Tarikh terimaan sumbangan : 14 Februari 2016 - 5 Mac 2016.

Selepas lakukan sumbangan, sila isi borang kat sini https://docs.google.com/forms/d/1967Ww7F9YtauHrMRS0Cmf0UA6d-dg6t1lM1Xkg737so/viewform.

Nanti akan dapat emel pengesahan sumbangan. Mereka yang berhati baik beri sumbangan dan jadi sukarelawan akan dapat hadiah sikit sumbangan fansite Brilliant Violet님,Jinindeyo님, Mischievous-Sugar님 Criminal Baby님 & First Crush님.

Volunteer

Kalau korang free malam 11 Mac 2016 tu ( esoknya konsert EXO tau), bolehlah sertai mereka jadi volunteer.

Tapi korang kena penuhi syarat iaitu :

-18 tahun dan ke atas

-ada kenderaan sendiri

-suka membantu& peramah

Isi borang sukarelawan di https://docs.google.com/forms/d/1qyRX93Q3tY57VS60B5W_o5HaUu_hHo9w_0IGs_2-Nww/viewform
Lepastu tunggu emel pengesahan. Korang juga akan terima sedikit cenderahati sumbangan fansite.

Tarikh tutup penyertaan volunteer 3 Mac 2016


Sebarang soalan bolehlah tanya terus pada organizer iaitu BTS for Charity melalui :

twitter: @btsforcharity

email: btsforcharity@gmail.com

askfm: https://ask.fm/btsforcharity

Yang ni Noona rajinkan diri cari Empire Project di:

IG: www.instagram.com/empireproject/

Akhir kata, marilah menyumbang sama-sama dan menjayakan charity event ini.

p/s Alangkah baiknya kalau aktiviti macam ni dicover oleh media macam surat khabar ke atau online media. Noona bukan media sangat pun, tapi takpe biar Noona support event macam ni.

~Noona B~
Unofficial media partner aka lantik sendiri..haha

Comments

  1. Wow, bestnye. Nak join jugak, tp jauh sesangat KL tu. Btol tu, setuju sgt. Kan bagos kalau bende cam ni dpt liputan dlm media cetak, media sosial mahupun media massa. Sekurang-kurangnye dpt memperbetulkan tanggapan serong masyarakat terhadap peminat gelombang hallyu kat Malaysia ni. Ape2 pon, kpd volunteer sume, HWAITING !!!!!!!!!.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus kan aktiviti macam ni? Tak silap ada keluar paper charity event macam ni..tak ingat pulak fanbase mana..ini juga cara kami support aktiviti macam ni dengan buat artikel ni..Hwaiting!! thanks for the comment too :-)

      Delete

Post a Comment