Skip to main content

[Fan Account] The Legend Meet & Greet in Malaysia



5 Mac 2016 yang lepas, Noona sempat datang ke Meet & Greet  The Legend yang diadakan di Avenue K yang terletak depan KLCC. Selepas selesai majlis kahwin kawan di PJ (fuhh..boleh agak dah umur Noona berapa agaknya), kami bergegas ke sini. Parking full di Avenue K maka kita berparking di LGM atau nama sebenar, Lembaga Getah Malaysia.

Dari pintu masuk ke tempat Meet & Greet ni dekat je sebab diadakan ditengah-tengah bangunan sempena Avenue K Asian Festival. Pukul 3 petang kami sampai, dah penuh media dan fans depan stage. Tapi oklah fans The Legend atau dikenali sebagai Herose ni tenang aje duduk bersila.

Dalam pukul 3.30 petang opening show dibuat oleh kumpulan Project Pistol, iaitu rock band Malaysia. Apa, tak pernah dengar pun band ni? Takpe, korang mesti pernah dengar lagu Wanita Seluruh Dunia kan?


Selepas 3 lagu tak silap, MC kasi peluang kepada media ( yang duduk bersila je kat bawah, I tot organizer kasi kerusi plastik ke kan) untuk tanya beberapa soalan pada vokalis diorang. Sedap jugak diorang main live band kat sini.Nyanyi sekejap lagu Melayu, sekejap lagu Inggeris dah tu vokalis dia Indian pulak. Mesti confuse dan kagum bangsa Korean tengok kan.

Lupa nak bagitau, ada juga meja dibuka yang jual CD Projek Pistol dan The Legend. Harus ramai membeli CD The Legend sebab nak dapat sign nanti atas pentas. Sedang soalan media dijawab, tiba-tiba budak-budak ni menjerit. Oooo rupanya dah nampak kelibat The Legend pergi ke belakang pentas.

Tak lama lepastu muncul la The Legend di pentas utama. Semua spotlight disiram pada 5 orang jejaka berketinggian purata 180cm ini. Ini adalah first time Noona B berkenalan dengan diorang. Masing-masing berjaket  kaler lain-lain. Sorang purple, biru,merah,kuning,hijau...Macam Power Rangers ada, Teletubbies pon ada.

Eee yeah beraksi! 
Selepas beberapa lagu, diorang pon stop seketika. The Legend diminta pick 10 nombor dari 1 sampai 100. Eh...macamtu je? Tak sabar la MC ni..Nasib baik jaket merah yang sangat la mahir dan sedap bahasa Inggerisnya cakap nak introduce diri dulu.

"Be theee LEGEND!!"

Makk aii tinggiii sungguh mereka semua. Purata tinggi diorang 180cm..dah macam tiang letrik tinggi ni. Sakit tengkuk tengok dari bawah pentas.

Meh sini Noona kenalkan korang pada The Legend.


Kusyuk nau dengornya

Power Ranger Hijau - Listen
Main vocal. Tarik suara no hal la. Leader. Paling tinggi. Derp la muka ko. Ada 8 pack tuu.
panggil je Listen! memang dia listen la...akan dicari siapa panggil dia,pastu tengok muka.





Power Ranger Merah - Jaehyuk
Vocal boleh rap pun boleh. Omgg English sedap.
Menyerupai Youngjae GOT7.




Power Ranger Kuning - Roi
China line.
Menyerupai Yonghwa, Jackson.
Nice looking. Tenang dan sopan orangnya. Lawa eye makeup beliau, eyebrow too.



Power Ranger Biru - Lito
Rapper, juga maknae
Menyerupai Jaejoong, Ji Chang Wook, Ken..
Omgg ko tau tak betapa stressnya aku tengok muka dia dari tepi, cara dia senyum macam Jaejoong tu...ooooiii rindu Jaejoong ni janganlah gini.I cant have 2 Jaejoong in my life...urghhh



Power Ranger Purple - Changsun
Vocal line. Maknae.
Menyerupai Zhoumi.

Bermulah sesi temubual media dengan The Legend. Lepastu, The Legend pun diminta pilih lagi 10 nombor. Diorang just sebut je number, ingatkan ade ke print kertas dengan number lepastu cabut. Nak jimat kertas la kot organizer. Ni semua nombor yang bertuah dipanggil akan dapat naik pentas dengan diorang.

Lepastu The Legend sambung perform lagu lain. Dan habislah performance diorang haritu. Tapi, apakah Kpop tanpa encore kan? Fans pun teriak Encore!Encore! sampai The Legend keluar balik dan perform lagi.

Habis performance semua, kerusi meja ditarik dan bermula sesi fanmeet. Dapatlah sign setiap member atas album masing-masing. Seperti biasa fanservice diberikan, senyum dan layan aje orang yang panggil-panggil diorang sambil buat hearteu.

Mereka yang beli album The Legend dan nombor pada album dipanggil dapatlah naik atas pentas. Yang memang kontes pun dapat bergambar dengan mereka. Lastly fanclub The Legend Malaysia ada special gift nak beri. Ingatkan apa, rupanya kasi custom made tshirt sorang satu. MC siap pelik lagi macam mana boleh tahu perfect size untuk diorang.

Ooo Encik MC, percayalah kpop fans know more than their body size...hehe. Sebagai tanda penghargaan, semua member pun bukak jaket, maka menjerit lah semua orang masa ni. Maknae kot sleeveless tapi yang segan lebih si Lito pulak. Dan mereka sarung tshirt tu...niceuuu. Lawa diorang pakai, terasa dihargai hadiah fans kan.

Dalam pukul 5 macam tu habislah Meet & Greet hari ini bersama The Legend. Timing, masa persembahan dan stage just nice, Noona suka. Taklah macam MBLAQ perform dulu, serius sekejap sangat. Ok lah, security tak ketat sangat, stage ok, mic je problem sikit and sound tak kuat masa performance. Time live band ok kuat je sound dia.

Disebabkan Noona baru berkenalan dengan The Legend dan tak kenal lagi, diorang ok. Layan fans, suara ok boleh nyanyi, boleh dance. Tak kenal sapa-sapa pun tapi disebabkan semua orang dok jerit Lito!! oleh itu kenal Lito tu sapa. Dan diorang punya fans pun ok, sopan je. Jerit-jerit tu standard la. Fanchant tak berapa nak menyengat lagi..boleh tinggikan pitch masing-masing na...hahaha

Tapi awak yang suruh MC turun nak The Legend tu tak baik tau, nasib baik MC cool siap campak poster lagi, kalau dia campak mic camne?

Dekat jaket diorang pun actually ada tulis nama, dah nak habis performance baru perasan. The Legend ni dah kira lama jugak la debut (9/7/2014), cuma dia dari unknown entertainment company (SS Entertainment) jadi mungkin kurang atau kurang power promotion mereka. Reality show pun ada kat Youtube tu kalau nak berkenalan lebih lagi.

Dan untuk berkenalan dengan lebih personal, boleh follow Twitter official, Facebook official dan IG diorang selain subscribe Youtube channel mereka iaitu SS Entertainment (takde subbing team ke diorang ni?? kennot hangul maa..need Eng sub)

[BONUS] Sedap betul suara diorang dalam MV baru ni. Sila dengar vocal mereka.


Comments