Skip to main content

Lee Hi (이하이) – Seoulite (Half Album) Album Review

Pada 8/3/2016 Lee Hi akhirnya keluarkan album barunya setelah xx menyepi tanpa album. Album ni memang ditunggu-tunggu ramai dan ternyata penantian ini berbaloi sebab weyy sedap la album ni walaupun ada 5 lagu je iaitu World Tour, Hold My Hand, Breath, Official dan Fxxk Wit Us.Ni half album je, full album belum release lagi tau. Meh kita review lagu satu-satu na.

Track List:
01.World Tour (비행) (Feat. MINO of WINNER)



World Tour dicipta oleh DEAN (omgg jangan cakap korang tak kenal Dean lagi). Ohooo opening oleh Tablo and DJ Tukutz memang osem, loving the beat already. Suara clear Lee Hi memang sesuai dengan beat ni, sebab tak tenggelam. Part chorus Noona suka sebab rasa nak nari.

Masuk pulak part Mino, rapping beliau tidak perlu diperkatakan lagi. 2nd place Show Me The Money 4 kot. Part Mino buat kita rasa nak rap bersama dan nicely masuk part Lee Hi, tak rasa awkward transition itu. Ada juga sound effect bunyi flight symbolize World Tour.

02.Hold My Hand (손잡아 줘요)


Ohhh Lee Hi hold my hand please....jangan biarkan the first 5 second tipu korang sebab mesti ingat ni lagu ballad. Oh tidak, silap tu. Ni lagu berentak jazz..macam lagu zaman 60-an dulu dengan bunyi gitar dan drum yang kuasai lagu ni tapi diberi nafas baru.

I like how each song suara Lee Hi sangat clear dan the music compliment suara dia instead of overshadow suara penyanyi. Hold My Hand adalah salah satu title song dan ditulis liriknya oleh Tablo. 

03.Breathe (한숨)


Huwaaaa the first piano sound je Noona dah serahkan hati...benar kata orang, kalau suara dah sedap simple instrument dah cukup untuk buat a great song. Lee Hi buktikan dalam lagu ni...part dia tarik suara tu...aaaaaa mendayunye rasa hati.

Ni stok2 lagu macam Adele la, tak penah lalui pengalaman macam dalam lirik tapi sampai kita terasa sedih even dengar suara je. Antara kolaborasi baru (rasanya ni strategi SM tahun ni) dengan Jonghyun dari SM memang best. 


Another title song from this album dan berentak ballad. Satu ballad, satu jazz as title track, good strategy. Mungkin  orang yang tak minat ballad tak berapa suka kot lagu ni, but for Noona I love this. Noona ni both spectrum dia masuk, ballad layan, R&B hiphop lagi dia masuk..hohohoh

04.Official (feat. Incredivle) 


Noona suka rentak slow awal-awal tu dengan bunyi drum. Instrument yang digunakan sedap...nanti nak cari instrumental dia la. I wanna be official mengingatkan Noona pada lagu Crucial Star. Lagu ni juga featuring Incredivle. Rapper ni juga ada dalam SMTM4. Dah macam reunion gathering SMTM pulak album Lee Hi. 3 minit lebih tak terasa pun melayan lagu ni.

05.Fxxk Wit Us (feat. Dok2)


Lagu ini dikompose oleh  Code Kunst seorang hiphop composer dibawak masuk ke HIGHGRND. Antara lagu yang osem dia produce macam Parachute and Hood (bestwoooii). Dan Dok2 takyah cakap la rapper ni..i like.Opening dia je dah...arghhhhhh I Likeee...dont need to be afraid..cuz nothin can fxxk with us! oh yes!! u slay leehi...Cuba bayangkan Hyukoh cover lagu ni dengan sore serak-serak dia tu....aaaaaaa Tablo do you hear me??

Overall, suka album ni sebab ia bukan a typical Kpop song. Nice balance antara hiphop dan ballad which is Lee Hi expertise kan..Strategy untuk promote 2 less hiphop song supaya public senang terima. Tanpa disangka, Lee Hi actually really suit bila bergabung dengan rapper. Tak rasa janggal pun.

Dan korang tengok tak album artwork atau cover album ni? Lawa tuu...siap ada hidden message lagi...dan semuaa orang confuse.

In other note HIGHGRND label memang osem la. They bring new sound to the kpop industry. And the amount of hiphop, R&B dapat meluaskan genre music yang kpop fans selalu dengar. Kepada Big 3, watch out..label baru akan bawa pembaharuan, so you guys kena produce better music. Haa...macam ni baru best.


Overall Noona suka album ni dan favourite song adalah urghhh susah la...Official kot..rambang telinga memilih ni..hehe.Mari nantikan full album Lee Hi ni. 

So, what is your favourite song from this album? Share with Noona too below!
~Noona B

Comments