RECAP DESCENDANTS OF THE SUN EPISODE 4
Shi-jin arahkan team melindungi
medical team yang akan bedah Presiden. Akhirnya Presiden Mubarak selamat
dibedah dan dapat bangun. Shi-jin cakap InsyaAllah tu comel. Tapi dia dikenakan
hukuman sebab tak ikut arahan. Dae Yong siap kasi chance Dr Kang jumpa Shi-jin sekejap.
Orang dah suka kan, kasi ubat nyamuk pun happy. Cer crush ko kasi Ridset sekalipun, sengih jugak la sebelum sembur kat muka dia dak? |
Terbaik la BFF kasi chance, cover
line lagi. Sempat Shi-jin melawak dalam keadaan macam tu.
Smooth punya line. |
Tapi yang Noona tak paham tu,
medical team semua dress up lelawa. Eh orang Korea ni.
Ni dekat kawasan bergolak ke kat Dongdaemun ni? |
Nak bertembung kat airport, aduh. |
Pukulan bertalu-talu ke dada tidak memberikan kesan |
Aaaaa....menjerit la semua shipper mereka ni. |
Omg..omg…finally. I thought ni scene biasa
main tarik-tarik tangan, sekali dia hug la. Apsal sedih sangat love story
korang ni. “What does this mean?” Legit question oi sila jawab.
Comel
je macam mana relationship Dae Yong dengan Dr Yoon ni develop dari nak teman
dia pergi revenge kat wedding ex kepada suddenly diorang ada hubungan betul. Ni
couple jenis contra yang attracted to each other.
Oww..comel nye korang time tak gaduh. |
Ok apa boleh belajar pasal relationship Dr Kang
dengan Shi-jin? Trust, cakap apa yang ko
rasa thankful kat dia, balance out ko punya belief dengan orang lain, check/
tanya orang lain rasa. Eh, macam kelas relationship la pulak.
Suka la camera angle dia. Sudut menarik |
Lance Corporal Kim Ki Beom sangat
la comel dengan satori dia. Blur, macam budak-budak tapi pandai masak. Shi-jin
akhir dibebaskan dari tahanan dan dapat balik pangkat dia atas arahan supaya
kisah Presiden kena operate tu “dihilangkan”, seolah-olah takde apa-apa
berlaku. Maka selamatlah Shi-jin.
Kalau dia berlakon, mesti jadik budak nakal yang bersatori |
Presiden minta jumpa Dr Kang dan Shi-jin
dan dihadiahkan kad emas Mubarak. Power sungguh kad ni lagi power dari black
credit card. Terus Shi-jin mintak kereta tu sambil kidnap Dr Kang untuk dibawak
dating pi minum jus mangga. Dr Kang pulak stress boleh Shi-jin guna kad tu
untuk pinjam kereta je. Tapi kete Bentley kot, ok la tu.
Giler sapa tak notice Joong Ki oi. |
Dr Kang ni jujur je cakap dia
jadi doktor sebab dia belajar bagus, jadi amek medic. Medic kan boleh dapat
gaji banyak. Eh jujurnye karakter dia ni. Shi-jin pun tabur je nak puji orang,
kutuk orang, flirt orang. Ah my hearteu.
Bila la korang ni nak ada proper
date. Mesti tengah borak-borak kena blah. Love story diorang ni beza la dengan
Dae Young yang bermasalah sebab pangkat. Diorang bermasalah even untuk start
relationship tu sebab situasi pekerjaan diorang sendiri.
Shi-jin pergi funeral kawan dia
dalam team sebelum ni. Rupanya orang jahat yang seludup senjata dulu tu kawan dia
jugak. Mesti kalut nanti time reveal siapa penjahat dia. Shi-jin berunifrom
pergi terima hukuman atas kesalahan dia ingkar arahan. Dr Kang pulak masuk nak
defend . Hahaha suka aku tengok Shi-jin dengan Dr Yoon ni bertekak. Dae Young
dengan Dr Yoon ni je dapat troll Shi-jin.
Bergaya berganda bila memakai uniform ini. |
Dan bergaduh sekali lagi Dr Kang
dengan Shi-jin macam biasa sebab pekerjaan mereka dengan philosophy dan
keutamaan yang berbeza. Maka berjalan kakilah Shi-jin nak balik camp.
Direct sungguh Shi-jin. |
Ah,
ending nya adalah Shi-jin dengan Dr Kang
sebenarnya masih suka and tak give up dengan relationship diorang. That movie
equal Yoo Shi-jin, tak dapat tengok walau dah ada dalam cinema, tak dapat
walaupun dah rancang. Ooo that wine kiss tho. Scene tu Noona takyah screenshot, pi tengok sendiri. Ok habis…Tengok next episod.
~Noona B~
~Noona B~
Comments
Post a Comment