Skip to main content

방탄소년단(BTS) - 화양연화 Young Forever FULL ALBUM REVIEW (CD1 & CD2)

Bangtan is back with their full album sebagai penutup untuk trilogy The Most Beautiful Moment in Life atau lebih mesra dipanggil HYYH. Full album ini dinamakan Young Forever dengan 2 CD dan 23 buah lagu. Kalau dengar full album, tak lama pun cuma 1 jam 30 minit penuh dengan suara osem Bangtan. 

Kebanyakan lagu sudah ada dalam HYYH Pt 1 dan HYYH Pt 2 dengan beberapa lagu baru untuk album ni dan juga beberapa lagu dengan versi remix yang baru. Yang takde cuma Fun Boys dari HYYH Part 1 dan Nevermind dari HYYH Part 2. Mari review satu-satu lagu dia.

CD1

01.화양연화 [Intro]

Intro ini diambil dari HYYH Pt 1. Sebuah review khas untuk lagu ini ade kat sini  화양연화 [Intro] 

02. I NEED U

Inilah dia lagu yang memberi first win kepada Bangan. Lagu yang membuka mata public dan menyebabkan Bangtan lebih diterima.

Review lagu ada disini HYYH Pt 1.
Review MV I Need U

03.잡아줘 (Hold Me Tight)

Review ada disini HYYH Pt 1 

04. 고엽 (Dead Leaves)

Review ada disini HYYH Pt 2 

05. BUTTERFLY PROLOGUE MIX

Butterfly versi asal review ada disini HYYH Pt 2 


Dia rilis prologue mix la pulakk. Dari mana datang tajuk prologue tu sebab snippet version ni sudah ada dalam MV I Need U. Ko tengok permainan BigHit...dalam I Need U dia tease dengan Butterfly version lain. Lepastu dia keluarkan lagu Butterfly normal version, lepastu album ketiga baru dia kasi versi penuh prologue. Untuk tahu perbezaannya, sila dengar kedua-dua versi.

Prologue Mix membawa rasa macam terapung-apung macam terbang di alam fantasi gitu.

06. RUN

Review ada disini HYYH Pt 2

Review MV RUN

07. MA CITY

Review ada disini HYYH Pt 2 

08. 뱁새 (Crow Tit/ Baepsae)

Review ada disini HYYH Pt 2 

09. 쩔어(Dope/Sick)

Review ada disini HYYH Pt 1 

Review MV Dope (Wajib baca review ini!!)

10. 불타오르네 (FIRE)

Review MV Fire (to be added)

11. SAVE ME

Review MV Save Me (to be added)

Lepas dengar Fire yang memang lit habis la, rasanya ni lagu favorite Noona dari lagu yang baru.Memang layan lah lagu ni sebab vocal line dapat part yang banyak dan menyerlahkan suara masing-masing.

Sedap ok suara Taehyung dengan Jin, siap speaking lagi. Lagu ni menggunakan rentak yang rancak macam EDM dengan house rasanya (Suga, I thought you hate EDM)

Part rapper pulak tak terlalu overpowering. Dan ko dengar tak JHope buat lagi style half singing-half rapping dia tu? Urghh..i like "the best of me!"  Tapi part favourite haruslah part Tae.

Ada break tengah-tengah lagu tu kan? Pergh mesti osem dance break masa tu. Part RapMon pulak kalau korang dengar dia split sound tu pada kiri dan kanan. Untuk kesan yang lagi best, sila la dengar guna earphone.Part "Thank you for being a part of us" tu best, boleh tak nak imagine RapMon tujukan tu pada ARMY.

Banyak betul part Jin dapat dalam lagu ni. Bagusla kan, baru stabil sikit line distribution, sapa yang tak puas hati tu meh sini aku sepuk sikit. Berilah peluang satu ke dua lagu untuk vocal lain menyerlah selain main vocal, takyah berebut banyak kot lagu dalam album ni.


Dari segi lirik pulak,  lagu ini mengambarkan gelapnya hidup tanpa sesesorang tu dan minta diselamatkan sebab dia itu memberi harapan dan sinar ( pergh puitis pulak aku translate) dalam hidup.

Lagu Save Me dan Epilogue membawa feeling dreamland HYYH dan Fire pula bawak the other part of HYYH, yang hype, party dan turn up! Moral of the story, aku suka lagu ni.

12. EPILOGUE: YOUNG FOREVER

Review MV Young Forever


CD2

01. CONVERSE HIGH

Review ada disini HYYH Pt 1 

02. 이사 (Move)

Review ada disini HYYH Pt 1 

03.WHALIEN 52

Review ada disini HYYH Pt 2 

04. BUTTERFLY

Butterfly versi asal review ada disini HYYH Pt 2 .

05. HOUSE OF CARDS (FULL LENGTH EDITION)

Review House of Card versi asal disini HYYH Pt 2.


Menci la BigHit...Tau tak betapa lagu ni dah cukup memberikan penyeksaan kepada ARMY hari tu??? Wadduyu mean ada full lenght version?? Bak kata Noona HQ, meremang bulu roma dengar full edition, rasa nak pitam pun ada.

Adlib diorang memang urghh la..lagi-lagi ko Jimin...dekat-dekat nak abis lagu tu, dia punya adlib....aduhhhh...JIMMINNNIEEE!!!

Pastu kan, part yang Jungkok slow down tu...urghhhhh..feels dia..dengan suara dia yang lain tu,,pergh
Instrumental yang best tu takde, yang ada cuma suara Jungkook, diselang selikan dengan adlib Jimin

Baby, calm down..the heck Jimin??! the heck?! camne nak calm down dengar suara ko macam ni..aku rasa lagu ni dicipta khas untuk menyeksa ARMY..wahai jiwa, bertabahlah dengar lagu ni...hooo my god...dia tarik suara la weyyy...adoii Jimin

Lepastu Taehyung sambung smash dengan suara deep soulful dia tu.Is that suara taehyung jugak yang So bad tu? pergh deep. One of the best part adalah bila suara Jimin harmonize dengan member one by one.

06. LOVE IS NOT OVER (FULL LENGTH EDITION)

Love is Not Over dari part 1 sudah mencengkam kalbu, ini dia buat full version pulak dahh. 


Love is painful, goodbye are  even more painful (agaknya lah kot, Bangtan yang cakap). Oh ye, rapper line ada dalam full edition ni, but mostly part diambil oleh vocal line. 

Ingat tak the last part lagu asal tu yang ada bunyi suara terbalik dengan bunyi kaset berpusing tu? Ha, dalam versi ni dah takde dah kemisterian itu.

07. I NEED U URBAN MIX

Ahaa..antara mix yang paling aku suka.Haritu dengar dalam Vapps dengan MBC Picnic tu pun dah menggelupur, ha amekau sebuah. Chill ok version ni dengan finger snapping and do I need to talk about the guitar sound?? dan juga drum beat yang chill tu....sukaa laa..macam dengar lagu sambil piknik je rasa.

Ape..korang tak tau picnic yang mana? Ha..tengok versi ni..cuba spot kalau  jumpa Barbie..hehe


08. I NEED U REMIX


Ha, versi ni unik bunyinya. Kuat betul beat EDM dalam nie.EDm la kan namnya? Mana la aku tau..bukannya budak music pun dulu. Aku rasa instrumental lagu ni pun best. Eh..mana datang Leggo! ni?Hahaha

09.RUN BALLAD MIX


Ni pun antara version yang BigHit puas dok tease fans. Tak silap masa BigHit buat pameran kat galeri dulu tu, fans siap rakam sebab nak dengar ballad version. 

That soft violin sound..wow..Bagusnya ballad version ni adalah suara diorang lebih jelas dan sampai ke jiwa.

10. RUN (ALTERNATIVE MIX)


Amaran..versi ini membuatkan ko rasa nak berlari lebih laju berbanding RUN biasa.

11.BUTTERFLY (ALTERNATIVE MIX)


Versi ni juga tak banyak beza dengan versi asal. Aku rasa ni cara Bighit nak test fans suka versi yang mana dengan beberapa tweak dan sedikit pembaharuan.Adlib dengan vocal Jin menyerlah almost at the end of the song.

Maka berakhirlah trilogy HYYH dengan special album Young Forever ni. Hmm banyak nak cakap pasal album ni. Firstly pasal BigHit punya idea untuk buat triology album. BigHit bukan company pertama yang come up dengan konsep ni, tapi mereka antara yang betul-betul gunakan konsep ni dengan baik. 

Konsep bersiri macam ni menarik tertarik sangat sebab 

1) fans yang follow dari awal akan rasa invested atau attached dengan album sebab dah follow dari first album dalam siri ini. Dah la BigHit tak umum awal-awal pun ini akan jadik trilogy, so kita dok follow baek punya. Sekali dah tertawan hati, dia baru umum ni trilogy. Maka sedihlah disitu sebab dah habis musim HYYH sebab ko rasa macam melalui satu zaman atau era dalam hidup ko bersama mereka.

2) bila dia buat part 3 sebagai the last part, ini bermakna part 3 adalah the best. so memang hype habislah..semua jenis remix dia letak. a few new songs dia letak untuk test penerimaan fans dengan arrangement dan distribution songs yang baru. siap buat 2 version..because instead of dapat duit dari 1 album je, why not 2 album kan? so keluar 2 version.

2 CD dengan 23 buah lagu..23 ok..dengar sampai muntah

3) dari awal lagi diorang sudah bina jalan cerita melalui mv ala drama tanpa starting point, apentah lagi ending . dari awal dia dah menyebabkan semua orang tertanya-tanya dan nakkan cerita sebenar. semua orang tak sabar-sabar nak tengok teori kontroversi, sensasi, konspirasi siapa yang tepat.,penat dah ni berteka-teki, mengagak-agak.

4) tempoh untuk promote mereka hanya seminggu sahaja instead of biasa dalam sebulan lebih. ini menyebabkan fans berusaha sungguh-sungguh untuk pastikan mereka win trofi dalam masa seminggu. kesannya? all-kill dalam semua carta, 3million combined view dalam masa 24 hours, berpuluh ribu tempahan awal album.

5) dah tau misteri habis la background cerita ni..diorang dah sediakan 3mv untuk comeback kali ni. like you can’t kill us once, so you decided to kill us three times?? Forever Young, Fire dan the last one, Save Me.

6) serious tak sabar nak tengok konsep apa lepas ni. Expectation terhadap Bantang dan musik diorang sudah bertambah tinggi sekarang. Lets see what the want to show us next!

Rasa sedih pulak nak meninggalkan era HYYH ni. Korang yang muda belia dan masih menikmati zaman HYYH korang tu, sila la enjoy dengan baik. Nak jadi Young Forever tu mustahil, tapi boleh saja bawak semnagat tu sampai infiniti.

Diharapkan Bangtan terus berkembang dan dapat touch more people with their music. Good job Bangtan!!

~Noona B~


Comments