Skip to main content

방탄소년단 '불타오르네 (FIRE)' MV (dance ver.) Review

Eh Bighit ni…marah kang baru tau..Korang suka tau permainkan hati kitorang fans ni..lepastu attack bila ARMY less expect it. Stan Bangtan ni macam main roller coaster hari-hari tau.

So the other day masa Vapps live, Rapmon kasi suspend semua orang sebab ingat Baepsae akan dapat MV, rupanya saje je tipu. Sebenarnya Save Me.

Lepastu lepas konsert Epilogue day 1, Rapmon kata mungkin akan release satu lagi MV malam tu. So, satu dunia la fans menunggu, takde pun. Nak jadik cerita lagi drama, katanya diorang dah terupload dah pun, tapi lepastu cepat2 dia delete.

Reason? Unknown.

Dan sesedap rasa, BigHit release Fire Dance version. Actually memang fans mintak dan ternanti-nanti pun, jadik thank you la sebab release. Tapi kali ni dia tak release kat official Youtube channel sebaliknya dia letak kat vapps dulu. Sabar jela untuk kami warga yang tak install VApps sebab tak dapat notification.

Gelojoh betul BigHit. Tak sempat Noona review Fire MV, korang dah keluarkan dance version kan? Takpelah, mari review terus alang-alang dah keluar ni. Gigih hapdate Flash sebab nak tengok Vapps kat laptop ni ha.

AMaran: Korang takkan dapat fokus nak tengok sapa bila first time tengok video ni. So, take your time, tengok sorang-sorang na…

Untuk kesan terbaek punya, tengok dalam full hd, kasi full screen, kasi earphone, pahtu dok sembunyi dalam bilik.

Kenapa nak sembunyi? Sebab korang akan royan tak hingat orang lain.

Kaja!

 Semua nampak stylo la

Baju ala Hawaii Suga dengan Jimin memang menarik perhatian orang..bultaoreune!! (on a side note, kat youtube ada video Suga cakap bultaoreune on loop 5 minit, ko mampu nak dengar selama 5 minit?hehee)

Ha, tengok beza ketinggian Yoongi dengan Jungkook…Comel je

Ok, baru in 36sec dan aku dan hilang fokus..damn everyone so attractive…ok la round one kita tengok keseluruhan dance dulu.

Zooommm in lagi camera

Teknik kamera yang dia gunakan macam zaman War of Hormone plus Danger

War of Hormone + Danger = Fire

Dan pastinya formula ini akan memerlukan ARMY diselamatkan…mampus la time Save Me nanti.

Kamera movement macam WOH tu yang main masuk-masuk dekat tu dengan style Danger yang akan zoom in muka Jungkook yang kuajaq! tu berkali-kali..Cedera wei hati dengan serangan maknae ini.

Diva Jungkook wasso!

 Anda seorang Noona?

 Satu kisseu untuk Noona.

 Amacam?

How dare you Jungkook?? Baru je legal ok..sila kawal diri anda.
Eh, ke Noona sekalian yang kena kawal diri ni? Hai Rapmon! Awat hang terkejut Jin? Tertinggal chopstick ke??


Outfit diorang semua aku suka..Nice…shoutout to Jimin dengan rambut hitam, jacket ala-Hawaii, cap Hawaii jugak telah mencuri hati comeback kali ni..how dare you


Scene dia cuma 2 tempat sahaja iaitu dekat lot kosong tu yang aku rasa represent Day dan dalam kolam renang tu yang represent Night.

 Ewahh..semua menari tradisional joget lambak disini

 Bangtan Dabbbb!!

Aku suka part diorng ada extra complicated dance break kat tengah tu. Siap ada pose ala-ala Action Kamen..hohoho

Hohohohoh

Ok tipu, tu bukan kasi Kamen Rider tu aksi Dabb on em’..pandai budak-budak ni dabb

Lepastu pergerakan tangan macam snakeu tu

Hey! Burn it up!

Part Namjoon “Hey, burn it up!” fuh attractive nye dia waktu tu…siap tap kasut lagi..feeling the beat bro.. Suara deep beliau menarik betul.

Suka waktu Namjoon rap dan Jhope masuk…jarang-jarang tengok diorang berdua digabungkan sekali…

 This hairstyle is so weird tapi bila stylist styled up jadi bergaya oi.

Blonde Jin happen and its awesome!

Ehhh suka aku banyak close up Jin..Tapi setiap kali keluar muka Jin mesti aku kena step back, jauhkan diri sikit dari skrin laptop. Sebab aku rasa di attacked oleh kehandsome man muka Kim Seokjin.

 Adakah saya sedang menganggu gugat bias list anda??

Banyak jugak la line Jin dalam lagu ni


Salah satu  movement dari dance ni yang boleh tiru iaitu aksi cucuk langit.

 Jin yang hensem

Jin yang hensem lagi.

Go Taehyung...go Taehyung!

Taehyung yang boleh dikatakan the best dancer among non-main dancer…banyak kali diberi peluang menyerlahkan kat depan. Yoongi pun sama dapat banyak scene jugak dengan Taehyung di center.


Kalau Danger dulu kita diserang dengan leather pants yang wow tu..kali ni kita diserang dengan ripped pants…

Jimin betul menggangu ketenangan hidup dengan all black and hawaii jacket tu. Dia sangat mahir bukan saja pakai jaket on stage sambil dance dan menyanyi, malah pandai bukak jaket jugak. Kemahiran baru beliau adalah kasi tease fans dengan jaket yang dibukak separuh.

 The famous 3.33 dance

So, kenapa dance part ni dipanggil 3.33? Sebab at exactly 3.33 minute video ni adalah aksi lengan yang diketuai oleh Jimin ni. Aksi ni fans sangat suka katanya dan dinamakan dance 3.33.

 Hiptrust because why not?

Bila tiba-tiba ada mak ai! ramai backup dancer serba hitam dengan mask ni masuk diorang nampak bertambah badass gitu.


Satu lagi dance part yang Noona boleh tiru, fireee!!! sambil tangan mengibas-gibas kepanasan.

 I forgive you....

Bye semua!


My god...dance lagu nie bukan saja osem malah nampak penat dan complicated. Banyak betul small details of movement dia. Berapa kali diorang perlu melompat, melompat sambil tukar kedudukan.
Dan sampai sekarang aku tak paham macam mana badan diorang boleh move smooth macam tu.

Tahniah pada RapMon and Jin yang dapat catch up dengan dance  ni. Diorang sangatlah improved..setakat kadang-kadang awkward je dance Jin tu biasalah, badan kita bukan selalu dengar arahan pun.

Lagu ni memang fire la!!

p/s ape susah beno la nak screenshot dance..maafla tak pandai..gambar tak lawa je.
pps review lama..baru nak post kat blog ni

~Noona B

Comments