Skip to main content

(MelOn Premiere Showcase] XIA(준수) _ ROCK THE WORLD, Magic Carpet, & Don't Forget(잊지는 마) [SUB] Review



Disebabkan Noona B ini poya dan suka hati dia je bila nak buat post tanpa objektif, so here’s sedikit recap sambil2 aku tengok showcase Xia. Bagi sesapa yang tak kenal siapa XIA (for sure korang peminat kpop yang muda belia lagi kan?) dia adalah Junsu iaitu member JYJ juga TVXQ.

Sebagai fans sejak zaman Mirotic TVXQ lagi sampai la zaman JYJ, aku tetap follow walaupun tak sesetia follow Bangtan sekarang. Junsu antara yang aku rajin buat review lagu walaupun bias asal adalah Yunho, diikuti oleh Changmin dan Jaejoong (mak ai, banyak nye bias..begitulah realitinya..huhu).

Dah tengok MV ROCK THE WORLD haritu, malas nak buat reviewnya. Takpe kali ni kita review showcase setengah jam terus na.

PEMBERITAHUAN: REVIEW INI PICTURELESS, SAPE ORANG VISUAL HARAP MAAF KALAU BORING. SILA GUNAKAN DAYA IMAGINASI ATAU KLIK JER LINK YOUTUBE TU, KO PI TENGOK SENDIRI.


Showcase ni osem sebab

1. Buat outdoor tu. Teringat pulak konsert JYJ buat kat Gangnam dulu outdoor, tapi tak berjodoh masa tu nak pergi time kat Seoul.

2. Opening Junsu keluar dari kereta terus menyanyi. Aku tunggu je time JYJ buat konsert opening turun dari helicopter.

3. Dance line TVXQ ni woi..maka dance dia juga osem. Aku tengok pun mengah, dia steady je dengan suara dia sambil dance. Ni level dah ahjussi tau, bukan muda belia sihat tegap macam Bangtan tu.

4. Aku nampak dengan jelas ada akak pakai tudung pink. Woi…sape ko woi…aku jelessssss…Kita kan kawan? Awat tak ajak pi Seoul sama-sama…DM twitter name pls…nak kawannnn.Lepas ni kalau pi konsert ka showcase ka kat Korea, nak pakai tudung kaler terang striking la. Ha, senang nak nampak dalam video. Nanti senang nak tunjuk kat cucu, ha tu nenek tengah tengok konsert TVXQ kat Seoul dulu..ha yang pakai tudung pink belacan tuuu.

5. Rindu ok dengan suara serak-serak penguin dia ni. “Yeahhh..sollijilleee!!” Hiptrust tidak dilupakan…Gelak-gelak Junsu tu ada satu je kat dunia.

6. Bila dia bukak baju,,eh ..I mean bukak jaket dia, terus berubah jadik Death Note dah rupa. Anyway, hairstyle aku suka…nampak muda 5 tahun dengan kaler blonde lagi.

7.Junsu kata my smiling face is sweet….awwwww ni benda paling sweet orang cakap kat aku abad ini. True professional idol indeed.

8. Korang pernah tengok manusia menjerit bila tengok orang lain teguk air kosong? Kalau ko silap minum air orang atau tengah atas padang pasir haus iyalah kot…haa ni la kuasa fans…idol buat apepun, cakap apepun…kita harus jawab dengan satu jawapan yang universal iaitu AAAAAAAHHHHHHHHH!!!!!!!

9.awww dia cakap dia miss takde dalam team…dah team member ko masing-masing berkhidmat untuk negara, hang je tak nak masuk lagi…ha rindu la tu.

10. Junsu dan ballad tak boleh dipisahkan. Dengar suara dia menyanyi ballad,oww membawa beribu-ribu lemon memories and flashback..eh, tetiba sentimental pulak rasa..haa itulah kesan ballad dan suara Junsu. Ada cakap tak dia nyanyi Live? LIVE woiii

11. suka aku dengan lagu ROCK THE WORLD ni..MV dia pun best and unik sepertimana MV unik Junsu yang lain. chereo dia mak ai…ni dance ke aerobic ni? tengok pun berpeluh akak

12.How can I love you? aw….how can I not love you?? sape pencinta drama DOTS tu mesti tau lagu OST ni kan. soothing sungguh suara beliau.

Ah, such a nice short showcase for us…sedap jugak album baru Junsu, please check it out dan support Junsu sebelum dia pi military service nanti.

Akhir kata, AKTF!!

~Noona B


Comments