Skip to main content

Throwback Korea Nation Day 1.0

Kah..kah..kah..lepas setahun baru ingat nak stori.

Last year (almost exactly one year ago punya post), Noona ada ajak korang pergi Korea Nation Day dekat post ni --> Korea Nation Day 1.0. Noona HQ dan Noona B sempat pergi dan ada la juga live update gitu kat instagram noona (sila follow IG noonameroyan).

Tak sempat-sempat nak stori dekat blog tersayang ni. Maka, tengoklah sendiri gambar-gambar masa hari kejadian.


Walaupun kesesatan seketika, Noona berjaya sampai awal pagi sebab nak setup booth.

Malangnya organizer tak berapa nak organize. Oleh itu, angkat dan susun la meja booth sendiri.

Antara yang paling awal siap setup booth adalah booth BTS.

ARMY yang semangat, dedicated dan teratur.

Barisan fanbase yang sudah bukak booth disekitar kawasan pokok. Terik oo..Open space sungguh event ni.


Peminat kpop sudah mula memenuhi booth-booth yang ada. Menitik peluh oi beratur untuk pendaftaran. Kurang efisien cara registration macam tu.


Kita ada dance cover competition. Juga singing competition. Masa sorang budak tu nyanyi lagu BTS, semua ARMY pun nyanyi jadi backup singer, siap fanchant lagi. Dah serupa konsert BTS dah,

Malaysia Starlight yang osem.

Masing-masing booth pun ada buat aktiviti sendiri.

TOP Malaysia is here too.

Bawah pokok besar ni port EXO-L

EXo-L love EXO to the moon and back!

Sempat nyanyi lagu birthday untuk Kai &DO. Dapat makan cake free jugak.


Macam-macam event ada.

HIGH4 Malaysia fanbase

 Malaysia BAP 

Pertandingan cabut sticky note tercepat.

Lawa la bunting yang korang buat nie,

Eh.. YoonMin pun ada

ARMY Malaysia buat dance medley. Osem sangat sebagai penutup.

Ukhwah(pergh ayat..) terjalin bukan saja antara fandom yang sama, malah dengan fandom yang lain juga. Al-maklum, kat Malaysia biasanya kita ni multifandom.

In short, cubaan membuat event yang baik. Pastinya boleh diperbaiki dari banyak aspek. Nice to see and be with people with the same interest and never judge what makes you happy.

Marilah berjumpa lagi bila ada event-event menarik macam ni!

~Noona B

Comments