Masa mula-mula minat Kpop : “Kenapa ek ko suka Kpop?”
Beberapa tahun kemudian : “Eh, ko layan lagi Kpop??”
Soalan ini pasti akan ditanya pada korang kalau :
1) dah lama sangat
diorang tengok ko layan kpop
2) korang dah masuk
kategori Noona Fans.
3) takde reason pun sebenarnya. Saja sibuk dengan hidup
orang lain.
Interest yang satu ini pastinya menyebabkan orang lain ingin
tahu (kadang-kadang busy body je lebih) kenapa ko masih suka kpop, after all
these years.
Jawapannya adalah bergantung pada individu masing-masing.
Untuk aku sendiri, if and when I do actually think, adalah beberapa sebab kenapa still suka kpop (even dah tak hardcore macam dulu). Mari
tengok reason aku dan mungkin, korang dapat relate dengan certain reason.
1) Kpop
sebagai tempat “lari” dari masalah dan realiti hidup.
Masa mula-mula suka Kpop, harus sebab korang enjoy music, sebab
kpop tengah trending, sebab member semua layan kpop, mungkin juga sebab oppa-oppa yang
hensem itu.
Tapi bila makin dewasa dengan macam-macam hal nak dihadap,
Kpop salah satu platform untuk release stress. Perhatikan perkataan “lari”
dalam quote. Ini bukan bermaksud korang tak matang bila ada masalah. Cuma kpop
beri peluang untuk legakan diri sekejap, terlupa masalah hidup seketika.
Contohnya korang stress group esaimen buat hal, esok nak
hadap muka pensyarah lagi. Jadi untuk relaks sikit dan takde la rasa macam nak
hempuk je muka member tu, korang bukak Running Man. Cer tunjuk kat aku sapa
yang tengok RM, even bukan fans pun tak gelak walau sekali?
Nak tak nak apa pun masalah hidup kena hadap jugak. Dan yang
pasti kpop bukan satu-satunya cara untuk release stress atau tension. Ya ada
banyak cara lain. Ada yang layan karaoke, ada yang jerit tepi sungai, ada yang
keluar tengok wayang, ada yang main game non-stop. Juga tak dilupakan cara pertama hadapi
masalah, back to basic, back to kepercayaan agama masing-masing. Eh, dah macam sesi terapi la
pulak.
Boleh apply pada kpop jugak |
2) Kpop helps me to express myself better
You learn how to laugh like crazy.
You learn to appreciate small thing.
You learn that its OK to be sad or mad.
You learn to listen and understand things better.
Semua orang ada personaliti berbeza dan mengikut teori, aku
orangnya introvert. Orang macam ni kurang mahir menunjukkan perasaan atau any
emotional reaction secara luaran. Tapi bukan bermaksud dia takde perasan. Ah
ini satu stereotype biasa untuk orang introvert. Diorang bukan takde perasaan
atau ice cold, tapi diorang tak tahu a proper way untuk channel that emotion.
(Hahaha dah jadik kelas psikologi seketika. Korang layankan
jela ye. Nak jugak aku praktik ilmu didada ni)
Jadi sebagai orang yang begitu, aku dapat rasakan aku lebih
mudah untuk express diri atau emosi dalam diri lebih baik dengan Kpop. Contoh bila ko tengok variety show Running Man, ko pasti gelak gila-gila. Tiba-tiba aku ada
sense of humor rupanya. Tengok We Got Married, ko pasti sengih atau jeles pulak.
Tiba-tiba ada taman dalam hati dan rasa jeles rupanya.
Tengok Dream Team, ko
rasa nak jadik fit dan main sport. Tiba-tiba nak rasa sihat. Tengok What To
Eat?, ko rasa nak makan sedap. Tiba-tiba sibuk pergi Giant sebab nak try resepi
baru.
Kpop allows you ( or rather you feel like you are allowed) to live life fully, enjoy the moment. Kpop allows you to let loose, spazz and not restrain yourself
Kpop allows you ( or rather you feel like you are allowed) to live life fully, enjoy the moment. Kpop allows you to let loose, spazz and not restrain yourself
Kalau tengok variety show bab-bab lawak tu, gelak je!
Kalau tengok idol buat aksi cheesy sangat, sengih je!
Kalau happy tengok performance diorang, tepuk tangan kuat-kuat!
Kalau terharu dengar ucapan diorang, air mata tu kesat je!
3) Kpop
temukan korang dengan orang yang sekepala.
Sekepala bermaksud orang yang hargai music yang sama, faham
perasaan (terutama waktu meroyan tengok MV), melalui masalah dan struggle yang
sama ( dalam hidup sebenar dan juga masalah sebagai fangirl) dan lain-lain
lagi.
Walaupun kita dipisahkan oleh beberapa lautan dan time zone
yang berbeza, kalau dah fangirl tu serupa aje. Banyak persahabatan yang
terbentuk dari menjadi fangirl. Berapa ramai kawan yang korang dapat dari
Tumblr, Instagram, Twitter dll? Kadang-kadang aku tengok sweet je BFF online
korang ni. Lagi best bila dapat jumpa
dalam real life, pergi konsert bersama. Kpop membawa kepada friendship merentas
benua. Osem kan?
Friendship yang bermula disebabkan kpop pun boleh menjadi
friendship sebenar bila kita mula cakap pasal real life prob macam masalah
hidup, masalah study, kerja dll. Memang lagi mudah bercakap dengan kawam macam
ni sebab first thing kita dah tahu, dia bukan jenis judging dan open minded
orangnya.
4) Kpop
give your life a sense of direction (in a way)
Ok cepat mengaku, pernah tak korang letak target nak pergi tengok
konsert kat Korea, nak travel ke Korea, nak belajar bahasa Korea dan tulis
Hangul, nak sambung belajar atau kerja di Korea, jadi diplomat even?
Takde la sampai jadik satu-satunya matlamat hidup, tapi
minat Kpop menyebabkan korang ada certain target. Dan dari adanya target
tersebut, korang akan work hard dan berusaha untuk capai dia.
Contoh kami noonameroyan dah berjaya jejak kaki ke bumi
Korea. Korang ingat kalau takde Kpop ada kitorang beria bersungguh beli tiket
setahun awal, redah Korea sendiri? Noona HQ, Noona A boleh baca dan cakap Korea
sikit-sikit. Korang ingat kalau takde
Kpop ada kitorang beria nak masuk kelas, download language Apps?
Ada juga hati nak study sungguh-sungguh sebab nak dapatkan
scholarship belajar kat Korea.Ada yang nak besarkan bisnes sampai ke Korea. Ada
yang nak bukak kedai dodol dan tempe kat Korea. Eh, macam-macam berangan dan
cita-cita. Ha, tak ke ini memberi sedikit direction dan rasa excited untuk
capai something dalam hidup korang?
5) Kpop
music save people life
Bukan sekali dua aku tengok orang komen macam mana mereka
yang hadapi masalah find peace bila dengar lagu. Tak caya ko pi la baca komen Youtube ke, Tumblr ke. Ada yang ada isu depression, suicidal though, macam-macam lagi la. Diorang ni ada yang rasa lost, rasa takde sapa faham diorang, rasa useless hidup. Somehow (reasons diorang ada jugak macam reason yang aku list kat atas ni) diorang rasa ada purpose dalam hidup, ada orang faham diorang, orang tak judge diorang dll.
Ok disclaimer; bukan lagu atau entertainment yang literally menyelamatkan kita ok. Jangan lurus pembaris sangat.
Music in general (bukan Kpop sahaja) kadang-kadang memberi perspektif baru pada kita. Menyebabkan kita rasa bukan kita sorang je yang hadapi benda ni.
Ok disclaimer; bukan lagu atau entertainment yang literally menyelamatkan kita ok. Jangan lurus pembaris sangat.
Music in general (bukan Kpop sahaja) kadang-kadang memberi perspektif baru pada kita. Menyebabkan kita rasa bukan kita sorang je yang hadapi benda ni.
Contoh korang rasa tak happy. Dengar lagu Fantastic Baby!
Tak ke rasa enjoy tu.
Korang rasa jiwang. Dengar lagu 2am ke. Tak ke layan je rasa.
Ha ni Noona nak habaq mai..Tau dak korang depression tu ape? Tak nak la aku buat post pasal mental issue pulak kan kat blog ni, tapi ini antara serious isu lagi-lagi ada jadi kat dongsaeng-dongsaeng cuma takdak orang nak cakap betul-betul je. Dan aku tak suka betul orang dok cyberbully budak2 dan jugak idol..tak elok tau.
Trigger alert.. Death, depression mention. kalau takboleh tengok, jangan tengok video fans ni.
Trigger alert.. Death, depression mention. kalau takboleh tengok, jangan tengok video fans ni.
KPOP SAVED ME ★ MY DEPRESSION STORY
6) Kpop memberi sense of belonging.
Dalam satu komuniti. Dalam satu fandom. Its like a family.
7) Kpop memberi inspirasi
Kalau korang sudah lama dalam satu fandom (atau beberapa, international fangirl dan multi-fandom berpisah tiada), pasti korang pernah dengar kisah disebalik idol korang.
Kisah diorang memberi inspirasi kepada kita, belum lagi cerita pasal lirik dll.
Bukan saja memberi inspirasi pada kita, malah ramai dah idol muda sekarang sebenarnya adalah fans kepada idol yang dolu-dolu. H.O.T, Shinhwa, TVXQ, BigBang sunbae besar dalam kpop yang jadi idola dah berjaya inspired orang lain untuk jadik artis jugak.
Bak kata orang Be so successful that your idol become your rival gitu.
Bukan saja memberi inspirasi pada kita, malah ramai dah idol muda sekarang sebenarnya adalah fans kepada idol yang dolu-dolu. H.O.T, Shinhwa, TVXQ, BigBang sunbae besar dalam kpop yang jadi idola dah berjaya inspired orang lain untuk jadik artis jugak.
Bak kata orang Be so successful that your idol become your rival gitu.
Setelah bertahun dan masih layan kpop, rasanya nilah antara reason kenapa aku masih disini. So, korang relate dengan reason yang mana? Kongsilah, selain tu terima kasih la dengar kuliah psikologi dari aku…hahah
Kepada semua fandom, just chill guys and love the music
Sekali lagi di ingatkan kita minat tu relaks..relaks je.
Cer scroll blog ni sampai bawah, nanti nampaklah Disclaimer dan Ingatan Noona iaitu
Minat, minat jugak. Tapi berpadalah.
~Noona B
Comments
Post a Comment