Skip to main content

방탄소년단 (BTS) ‘피 땀 눈물 (Blood Sweat & Tears)’ MV Review

10 Oktober 2016 bermulalah era baru Bangtan (BTS). Seperti album sebelum ini (HYYH), mereka juga buat live di V apps preview show sejam sebelum mv baru dirilis. Budak-budak Bangtan masih comel dan chaotic macam biasa.

Gembira pula aku bila 1theK belum upload lagi MV ni di channel diorang sebab nanti view mesti lari ke channel sana sebelum view di ibighit. Oleh itu, aku sarankan pergi tengok MV ni di channel ibighit dulu disini.

Ha, aku dah pandai embedded video dalam post, tengok kat bawah sini pun boleh.

Tak sampai 24 jam, MV view sudah cecah 5 juta. Wow!
Dah Bangtan telah memecahkan rekod Most Viewed Kpop Group Music Video dalam masa 24 jam. Double Wow!

Important: Over dose screenshot banyak sungguh

More important: MV ni ada simbolik angel, demon segala tu la. Untuk tengok sahaja, jangan nak cakap terpengaruh la, terpesong la. Kalau paranoid sungguh, tak payah skroll bawah.

Welcome to Bangtan new era 2016!



Kita mulakan MV dengan segerombolan Bangtan masuk dalam satu bilik, macam galeri pameran tu. Dan Min Suga dengan gembiranya masuk dengan basikal lalu memukul belakang kepala Jimin..Hoii suka hati je tau.

Nasib baik Jimin manusia baik hati, sabar je dia. Aku tak faham la.. apa-apa je barang korang bawa ni. Suga dengan basikal, Jimin dengan lastik, Rapmon dengan bukunya, Hoseok dengan binocular, Taehyung dengan baju tidurnya.

Sedang semua orang sibuk melihat-lihat, Jin tengah merenung satu painting seperti lukisan di dinding. The painting membuatkan dia terfikir dan termenung disitu.

BTS Blood Sweat Tears Seokjin
Muka gorgeous Seokjin

Yoonmin yang sedang seronok borak pun ada. Kemain Jimin senyum. Jimin neck alert, Yoongi black hair alert.

Kebahagian melihat mereka gembira. Dan mengapakah mereka flirt dalam Snow app?? Akak jeles

Kemudian baru kita masuk scene dalam rumah cantik ni dan lagu pun bermula.


Masing-masing punya dressup lawa. Cuma aku confuse dengan chandelier yang dah jatuh ke bawah tu. Seperti selalu, teknik kamera bergerak ke depan bila start MV Bangtan.

Semua punya gaze ke dalam kamera...fuhh. Taehyung mempamerkan kaki beliau yang panjang itu, Seokjin dan Rapmon kat belah tepi sebagai Wings sejati, Hoseok dengan rambut lawa dia tu, Jungkook dengan renungan berbisa itu.

Dannn...yang paling important adalah Yoongi menutup mata Jimin..Sebagai penyokong tegar Yoonmin, aku dan beratus fans lain dah menjerit masa scene ni keluar dalam teaser. And everyone wondering, sure ke rating MV ni 12 je? Hahaha...


Jimin opening dengan suara sedap dia tu, sesuai sangat suara dia dengan lagu-lagu macam ni. Tengoklah rambut silver Jimin yang sangat sesuai dengan hairstyle  dan suit velvet biru dia ni.

Mari masuk ke dunia Bangtan


Nampak kecik je si Jimin ni letak tengah-tengah macam ni. That low cut V-neck sleeveless shirt plus kain ikat kat leher diganda kali 2 bila Jimin dan Hoseok pun pakai. Awal-awal MV dah dugaan besar ni.

Lepas tu dah ahhhhhhh..Once lagu dia masuk fast pace, semua dah kasi dance. Ada satu part tu aku tengok Hoseok punya dance lain sikit (dia sorang pegang leher) dan ada juga part semua lain sebab nak mula dance.


Jimin be like "tengok la rambut ku ini, lawa tak?",
Yoongi "whateverr"
Taehyung "aaa...aku tak nampak apa-apa"
Hoseok "nope, tak lawa langsung!"
Rapmon "I love myself more, peluk diri sendiri je"
Jungkook "ah, cedera hatiku melihatnya"
dan Jin be like "amende la budak-budak nii"

Oh lupa nak bagitau sangat la cedera hatiku melihat Jungkook dalam suit itu, nampak dewasa tau. Nak la gambar ke video ke nampak dia pakai suit ni atas bawah, you know...untuk koleksi gambar aku. Dan my Taehyung semenjak habis Hwarang ni aku tengok muka dia mature semacam je.

Kenapa tak zoom in masa ni?
Part chorus Jimin tu dengan confident nye dia dance dengan aksi menutup mata dia.
Jungkook makan lolipop sambil main buaian dalam rumah. Suka la tu dia dapat main terapung-apung, aku rasa mesti dia yang offer diri volunteer nak buat scene terapung ni.


Yoongi memulakan rap dan untuk kali ke-300 aku nak cakap bahawa black hair menyebabkan dia nampak innocent dan muda dan predebut dan comel sangat.

Dia rap menggunakan suara low dia tu..urghh

Dan aku almost menjerit malam-malam tengok scene ni sebab "the heck, aku tak diberi amaran pun Yoongi pun berbandana dengan V neck shirt macam ni oi!"


Namjoon English memang important untuk album kali ini. Dia masih macam dalam MV sebelum ni, menjatuhkan sesuatu dalam air dia. Ha, gambar atas ni kira macam trade mark RM la ni. Ko perasan tak kat belakang tu macam door yang ada satu angel, satu demon punya patung.


Suka aku scene ni bila Hoseok pergi center dan menghasilkan pergerakan macam jam dan member yang lain bergerak ikut arah tu. And look at Hoseok punya movement last sekali tu bila dia tangan bergerak ke atas tu. Hips dont lie..haha


Ini adalah bukti gambar Hoseok shoot arrow ke hati ku...hahahaha sebelum comeback tu dia duduk baik punya dalam lane bias aku. Penat je pesan "stay in your lane Hoseok!", tak berkesan. Dan sekarang setiap kali ada scene dia mesti cakap "ala...hensemnya ko" sambil save gambar dia banyak2.

Eh, ada dance scene ala-ala macam korang main "Kai, bai, bo" je...Hoseok ni sekejap main pedang, sekejap main arrow,,bahaya tau..kepada hati akak-akak semua.

Good looking Hoseok....aaaaaaaa aku stress

OMG ko dengar tak suara Kim Taehyung..adoiiiii....Taehyung-ahhh....rindu kauuu...ahhhhhhhh..Ko tetap ultimate bias, tak kira berapa banyak lane aku termasuk pun. And that unnecessary little hip thrust dengan smirk.

Just before Taehyung part tu pun osem dance nya. Kena tengok fancam la nanti nak tengok movement tu.



Taehyung dengan rambut blonde dia. Entah kenapa kali ni macam tak berapa nak kena dengan muka dia. Maybe kena tukar hairstyle kot. Last time dia pakai blonde, lawa je.


Dok ulang 3-4 kali tengok MV ni baru perasan ni Taehyung..Macam mana la boleh terlepas hidung dia tu..Ko buat apa main dalam kain tu Taehyung...pi lipat kain tu cepat.

Dan yang menyebabkan semua nak pengsan dengar suara Taehyung adalah high note dia disini.


I live for Jungkook smirk. Setiap kali dia smirk, berbillion hati fangirl lebih-lebih lagi noona fangirl, berterabur cedera. Dan suit gelap dia nampak dewasa gitu (padahal baru umur 20 tahun)

Jimin nampak osem sangat dalam scene ni. Ala-ala prince gitu


Aku pun tak faham macam mana boleh terscreenshot yang over sangat ni..This is supposed to be dance part yang lawa...hahaha ko tengok muka TaeTae tu like "argh..terlanggar sesuatu..sakitnya"..haha..Dialog member lain korang buat sendiri la..

Hoseok punya kasut emas tu menarik perhatian betul..Teaser gambar diorang yang pakai kasut hodoh ala Aladin tu rupanya selipar Gucci...selipar pun Gucci wei...tinggi dah level budak-budak ni sekarang.


Aku je ke nampak lidah Jungkook dah kaler hijau sebelum dia masukkan jari tu? Tak tahu la berapa kali diorang shoot scene ni sampai hijo lidah ko Kookie.. Juga salah satu scene buat akak noona semua menjerit.

Sesungguhnya part Hoseok banyak dan dia dapat part chorus ke pre-chorus tu..manhi..manhii


Bighit : ha, nak sangat tadi..amek ko dah zoom in
Fangirl:hahahahaha *berpeluh-peluh kesat dahi lalu pengsan seketika*


Jungkook-ahhh jangan la senyum begitu...cair hati akak. Dengan kulit flawless (tq make up artist), contact lens ditambah dengan mole bawah bibir ...fuhh..Ada juga scene ko senyum lawa gini, asyik smirk je dari awal..

Ada pula scene toast minum atas meja yang diketuai oleh Jin. Kalau perasan la kan, takde satu pun part Seokjin sampai dah 2 minit lebih MV ni. Hoseok dan Suga ada part lebih dalam lagu ni.

Tak sabar nak tengok fancam atau dance practice lagu ni sebab dance diorang nampak luas...maksud aku guna banyak part yang tak dapat di capture seluruhnya, banyak footwork, sampai terbaring-baring atas lantai semua.


Serius betul menari sampai menyapu lantai memasing.
Update: Dispatch ada video diorang dance masa rakam MV ni...aaaaaa banyak details rupanya.

Almost at the end of the song baru dengar suara Seokjin, itu pun adlib dengan suara Jimin.

Ini dia main character kita. Rambut pink dia kena betul kali ni


Ini satu lagi scene kasi itu peminat Yoonmin menjerit. Jimin dengan apple, Yoongi dengan blindfold...hahaha. Lepastu dia pi pasang blindfold kat Jimin, dah tu ikat pada pintu...hahahaha untuk kali ke lapan ribu...Yoonmin shipper, bertabahlah!!

Taehyung punya karakter dalam MV ni lain macam la. Dia je pakai pajama, dia je tak pakai kasut, dia je sengih semacam. Dia sengih sekejap sebelum lompat dari balkoni ni. 


Yang jenis tak boleh tengok kaler striking tukar-tukar ni takut ada trigger anything, tak boleh tengok jugak MV ni



Time Hoseok punya lirik the whiskey that is you tu dia duduk atas kerusi dalam bath tub yang penuh air, ada sedikit dance disitu..aku memerlukan close up, zoom in, behind the scene, semua tulah especially part Hoseok.

Dan dibawah adalah gambar Taehyung buat benda yang memang selalu dia buat, lepas tu buat-buat tak bersalah muka innocent. Bak kata Migotv, its like his tongue had its own mind


Stop this will ya? And his high note kills me every time. Like suara deep lautan dalam tu memang dah expected, but this high note punya...urghhh...what a nice surprise.

Jari BTS yang lain adalah symbolize mereka tak kasi Jin nampak sesuatu?


Masa ni ada monolog oleh Rapmon dari buku Demian tu.


Yoongi pula masuk dengan memainkan piano dengan bunyi yang agak creepy. Semua orang berlari keluar dari galeri tadi, ala-ala scene Run gitu. Dan disebabkan BigHit pun tak segan silu ship Yoonmin, diorang mintak Yoongi tarik tangan Jimin sambil berlari keluar. Hmm...BH ni boleh tahan jugak ship member diorang..baguih

Jin yang masih memandang-mandang ke belakang, aku suspek pandang gambar tadi tu la, didatangi oleh Taehyung.

And this scene yang tiba-tiba mendatangkan tanda tanya..Apekah itu??


Taehyung stay behind bila dia nampak Jin masih pandang belakang. Dia pun tutup mata Jin.
Ha bagi peminat jari Taehyung, ini untuk korang.


Apa yang Seokjin dapat tengok lepas Taehyung bukak hijab dia la lebih kurang adalah statue devil tu. Dah Jin berjalan terus ke arahnya...Ahhhhh noooo...jangan Seokjin, jangan ikutkan rasa ingin tahu tu...bahayaa

Its a devil..Maybe fallen angle yang dah jadik devil

 Nooo....jangan pergi sana Seokjin

 What are you doing??? Go back with your friends wei..bahaya...Dont play with the devil katanya

And he did it...He freakin kiss the devil..Aku dapat dengar jeritan fangirl Seokjin dan bayangkan betapa nak pengsannya diorang semua..haha

Andwaeee!! Noo!!! Nahi!!! Oh tidakkkk!!!
Katakan tidak dalam semua language yang ko tahu

Dan sebaik saja Seokjin kiss statue tu, terus lembaga misteri dengan shoulder back yang osem itu memalingkan wajahnya...

That is one nice back

And the worst or best thing happen.......


ITS Taehyung!!!

What the heck is this guys??? Adakah Taehyung sebenarnya adalah devil?? Kenapa?? Kenapa dia ada bekas wing atau sayap tu kat belakang badan dia yang broad itu?? Kenapa dia smirk dengan sangat jahatnya towards the end??

 Gambar yang sama...just because

Dalam otak aku cuma satu perkataan je iaitu VLADEN...omg..omg..oh my god...sebagai pembaca fanfic Kaye yang osem, aku sangatlah terkejut sebab THIS IS VLADEN kot...fallen angel dalam fanfic Dark & Wild series dia..Dah la fanfic dia selalu osem, lepas tu apa yang dia tulis tak lama nanti Bangtan akan buat..sampai orang suspek dia ni staff BH.

Kalau aku cuma reader setia ni pun freak out, bayangkan la author dia macam mana bila tengok V jadik devil dalam MV ni. Nak baca fanfic ni? Ha, carik sendiri.

Makeup effect menjadi..thumbs up!

Oh shit, baru teringat scene yang Taehyung senyum sebelum melompat dari balkoni awal tadi. Thats why dia tak takut nak melompat, sebab dia pernah ada wings sebelum ini. Dan scene dia main sorok-sorok dalam kain tu maybe symbolize dia cover up diri dia yang sebenar which is a demon sebenarnya....arghhhhhh....kepala berdenyut!

Selepas itu, semua benda jadi colorful, berdarah tapi dengan warna-warni itu..

And when Seokjin walks to the mirror, kat atas tu kan ada kata-kata macam Quote iaitu "you must have chaos within you to give birth to a dancing star" kata-kata dari Friedrich Nietzsche seorang philosopher, poet,author (buku-buku tulisan dia buat aku flashback zaman belajar pasal ethics dulu..tinggi lahai pemikiran) and there it is 2 pasu bunga, satu tu macam lavender, satu tu bunga putih yang ada dari zaman I Need U dan dikatakan melambangkan death atau orang yang telah mati.

That flower is everywhere tho

Oh nooo....jangan rosakkan muka Seokjin yang lawa ini...Anyway, special effect on point

Dan muka Seokjin pun sedikit-sedikit pecah seperti mana statue lain...Dan begitulah berakhirnya MV ini....penuh dengan confuse tapi pleasing kepada mata aku..and the beat is something new, actually the whole album pun. Itu nanti baca dalam album review.

Keseluruhannya

1. Aku suka MV ni.
Well, obviously bias. Kalau diorang buat MV cuma letak video puppies diorang dengan background lagu Bangtan pun aku suka...haha..

Anyway, ini konsep baru yang menandakan new era untuk Bangtan. Nicely done MV, camera movement tak buat aku sakit hati, hairstyle on point (except Taehyung..bolehlah), outfit osem lawa (dan semestinya mahal memasing pakai baju LV, selipar pun Gucci oi).

2. Part singing Jin sikit sangat..almost takde
Aku tak berapa nak faham kenapa. Well I know they all got their own solo song dalam album, but then kalau waktu perfomance lagu ni, Seokjin menyanyi tak? Dan aku tahu Seokjin main character in this whole story untuk comeback ni, still a lil bit of explanation diperlukan.

3.Rating untuk MV ni 12
Jadi yang 12 tahun dah boleh tengok katanya walaupun banyak akak-akak dan abang-abang terlebih umur kalut dengan meaning tertentu dalam MV ini.

4. Katanya BH dah tak partner dengan 1theK lagi.
Thats why takde MV ni dalam channel tu. Bagus la jugak supaya takde la view lari ke pelbagai channel. Dan katanya lagi, only big company je (the big 3 la senang citer)  berani letak mv kat channel sendiri tanpa guna platform 1theK

5. Story line menarik
Selain dikaitkan dengan previous MV dari zaman Run, I Need You, HYYH tu semua malah ambil philosophy dari buku Demian (ada kata cerita pasal devil dll). Dan tiba-tiba semua orang macam lupa pasal teori bagai..haha

6. Anti-fans sila menangis kat bucu katil
Sebelum Bangtan comeback, anti-fans dah susun strategi nak bagi comeback kali ni tak berjaya, siap ada hashtag #patahsayap bagai...last-last ko tengok, korang yang patah hati. Siap pecah rekod MV kpop group ditonton paling banyak dalam masa 24 jam.muahaha

7. Hoseok era starteu
Hopie bukan sahaja ada part dalam Intro, aku juga rasakan era kali ini adalah Hoseok era. Dalam lagu ini sahaja dia ada part menyanyi, rap, dan dance center. Maka untuk album ini sahaja kita dapat Intro JHope, solo JHope dan center Jhope sangatla banyaknye. Oleh itu, welcome to JHope lane you all...dipersilakan singgah Hoseok lane....hahaha

Ha, itu je kot. Aku bertenang sikit comeback kali ni, dah dewasa agaknya..muahaha...Okla, nak pergi cari translation lirik lagu diorang.

Komen sikit apa scene korang paling suka dalam MV ni. Untuk aku scene Taehyung pandang belakang tanpa sayap tu...

Adios!

Update: Ini screenshot MV view diorang saat review reaction rant ini habis ditulis. 9 million view in 2 days bro. We gonna hot 10million in 3 days rasanya. Apa-apa pun, Bangtan and ARMY stay humble, do you, ignore the haters, embrace the fans...acecece..pandai je aku..hahah...ok adios sekali lagi!

~Noona B

Comments

  1. mv ni confusing...mcm2 teori ada...they grow up...even kookies...muzik pn dah semakin matang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2..rasa macam membesarkan budak-budak tengok diorang semakin matured..dan noona masih disini..hehee
      ~noona b

      Delete
  2. yeay jumpa the fanfic tpi x start baca lagi~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. baca tak boleh berenti punya best tau..enjoy the fanfic & the mv!
      B

      Delete

Post a Comment