Skip to main content

Liking Kpop Back Then

Baca artikel Soompi tentang Rookie Kpoppers Vs Veteran Kpoppers ni, terkonang diri masa awal-awal terjebak jadi fangirl. Aku start kenal Kpop zaman Mirotic DBSK, kira tak berapa nak senior sangat kan (ah..bajet muda lagi). But still, zaman Suju-DBSK dulu berbanding BTS- Twice semua ni, berbezalah jugak.

Antara perbezaan bila minat kpop waktu tu adalah:

1. Internet
Menangis tunggu internet connection nak download We Got Married. Dah tu menangis lagi bila nak bayar duit kat CC padahal internet slow macam siput patah kaki. Korang tau tak CC tu ape?? cyber cafe la..

Sekarang internet laju ow, download pun sekejap je. HD pulak tu.

2. Closet fans
Dulu lagilah kena meng"closet"kan diri dalam almari. Side eyes dari classmate itu biasa. Nak open cerita kat family, gile ke ape..cannot one

Sekarang, almost everyone(budak-budak muda maksud aku) tahu dan minat kpop. Nak dengar lagu kpop kat radio pun boleh.

3. Lagu lama
Sempat sangat nak catch-up semua lagu diorang kalau terlepas sebab comeback entah tahun bila gamaknya.

Sekarang ni, mini album, mixtape yang release last month pun tak sempat hadam lagi, this week dah keluar lagu baru.

4. Unofficial kpop merch
Dalam closet pun, tetap nak ada merch jugak. Mouse pad muka Jaejoong ada,button badge, tshirt fanbase pun berhelai-helai. Mahal oi tshirt selai dah RM40, tetap beli.

Sekarang pulak terus beli official merch ok,. Original fanclub merch dari Korea lagi...untunglah.

5. New group
Tak susah pun nak kenal dan jadi familiar dengan group baru debut sebab yelah debut baru pun kadang-kadang.

Sekarang ni, almost every week group baru debut. Kebanyakannya tak sempat kenal dah berkubur, tak pun jadi nugu group je.

6. Berlambak variety show
Zaman tu lagi famous group tu, lagi banyak beul variety show, reality show diorang ada. Kira kalau bukak channel kat Korea tu, semua channel pun ada muka diorang.

Sekarang ni makin famous, makin susah nak cari variety diorang.

7.Live stream
What even is live-streaming?? Segalanya weeks atau months after the live show.

Sekarang ni jangankan live stream performance, music show malah live konsert pun dapat stream walaupun illegal.

8. Fanbase forum
Jaman tu(eh, jawa terkeluar..haha) takde whatsapp, line, kakotalk apatah lagi wechat. The only way ko nak interact with other fans online adalah menggunakan forum. Adalah sekejap online friend zaman tu. Tapi sayangnya most forum ni dah tutup atau dah tak aktif macam dulu lagi.

Sekarang ni melambak dan open je fanbase yang aktif dalam FB page, Twitter, Tumblr. Nak borak dengan masternim pun senang, given dia nak layan ko la kan.

9.Stylist experiment
Idol adalah bahan expriement untuk stylist. Redha jela bila diorang kena pakai baju aneh-aneh, haristyle ntah apa-apa, disaster sungguh, Cue hairstyle DBSK masa Rising Sun.

Sekarang style masing-masing up-to-date, branded, siap jadi trend lagi..selipo pun Gucchi tau.

10.Subber
Subber team adalah the best. Masa tu individual subber yang betul-betul konsisten tak ramai sangat. Subber team memang terbaik, sub lawa, hardsub, siap ada schedule lagi bila nak release subbed video walaupun takes time la jugak nak tunggu siap.

Sekarang ni, baru tadi release video lagi sejam sudah upload subbed video tak kesah la CC option pun. Takdelah ko gelak sebab tengok diorang gelak dalam video walaupun tak paham sepatah haram pun.

Ya begitulah sedikit pengalaman aku bila sempat rasa zaman fangirl dulu vs zaman fangirl sekarang. Korang sempat merasa yang mana satu? Kalau pernah experience semua tu maknanya kita sezamanlah...hahaha

Adios.

~noona B

Comments

  1. hehehehhehehhehehe..baru nk merasa ni...nak cari tshirt BTS but xtau ktne huuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ah kena tanya fanbase diorang..ada kot rasanya. tapi mostly just tulis nama member je, tak kreatip sangat. cari yang design unik2 tau baru boleh berlagak bila pakai tshirt tu..hehe

      Delete

Post a Comment